Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Rabu

Fitnah akhirnya terBONGKAR satu per satu.. [updated]


Kerapkali kita mendengar para ustaz membicarakan tentang dosa Fitnah. Mereka memberitahu bahawa dosa fitnah itu lebih BESAR daripada dosa membunuh berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 191

"والفتنة أشد من القتل"


Gegar di Malaysia terchinta kita kebelakangan ini dengan isu Fitnah siri 2.0 kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Timbul dakwaan wujudnya klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur (wanita) di sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks.





Hanya kerana perbezaan politik menyebabkan berlakunya fenomena2 yang kurang sihat ini. Mungkin benar seperti yang saya fikirkan. Malaysia meletakkan POLITIK adalah sebagai pentas utama sesebuah keputusan negara. Walaubagaimanapun, ia tetap tidak merubah fikrah saya dari memilih parti potilik manakah yang menjadikan matlamat utama mereka adalah kearah keakhiratan dan ketenangan masyarakat sedunia. 0leh itu, suka kiranya saya mengutip antara kata2 Ketua Dewan Ulama'  Parti Islam SeMalaysia [PAS] menyatakan bahawa,

“Saya percaya perkara ini memberi kelebihan kepada Pakatan kerana rakyat kini terarah kepada kami,” 

“Dalam PAS, berita yang dibawa perlu disahkan. Kami ketawa bila dengar cerita ini kerana dari segi logiknya. Ia hanya percubaan politik ketika menjelang pilihan raya terutama di Sarawak. Kami dalam PAS kukuh bersama Pakatan.
Jom sama2 kita lihat apa kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri ketika ditemuramah mengenai isu ini...




dan bersama2 ini saya sertakan link2 yang berkait dengan isu FITNAH siri 2.0 ini..

5) dan banyak lagi pautan2 pada link2 tersebut...



Media rakyat kini mula beroperasi pesat untuk membaikpulih kembali keadaan ini. Bukti ketelusan media rakyat, video dibawah ini menunjukkan bahawa permainan Fintah siri 2.0 ini sudah hampir berjaya memenui siapakah dalang2 disebalik si peFiTNAH.,, hendak mengenalpasti siapa.. ayuh kita tembusi video ini....



Dan kini media rakyat telah menemukan siapakah sebenarnya yang menjadi "watak utama" disebalik isu Fitnah ini... ,

kenali perbedaan mereka.


Mungkin kepercayaan rakyat kepada kerajaan 2011 sekarang ini sudah mula longgar akibat isu2 yang sering dipolitikkan oleh seteru dari pihak kerajaan sendiri dan mereka menganggap mereka menjadi ingin hero kepada isu ini. Tetapi sangkaan mereka pastinya jauh meleset akibat kuasa rakyat sendiri yang ingin mencari kebenaran didalam sebarang permasaalahan atau isu yang cuba ditimbulkan ini.


Cuba kita tropong kembali apa kesan buruk kepada anak2 kecil, mungkin sebelum ini mereka tidak pernah lagi mendengar istilah2 seks yang melampau seperti "liwat", "video seks" dan sebagainya. Dan ramai mereka mula bertanyakan kepada ibu bapa, kawan2 apakan definisi istilah2 ini dan secara tidak lansung isu yang direncanakan ini akan mengotorkan pemikiran suci mereka. Mungkinkah isu2 sebegini boleh dikaitkan idengan statstik kadar anak luar nikah makin meningkat sedikit masa lagi..?? sama2 kita perkembangannya kelak..!! Lihatlah betapa banyak dosa  yang  bakal ditanggung oleh manusia2 yang berhati kotor ini kepada masyarakat. Oleh itu, saya sarankankan agar kita sama2 mendoa agar mereka yang terlibat secara lansung & tidak lansung dikurniakan daripada Allah akan hidayah & hikmah dan moga2 taubat mereka diterima Allah. ameen...


Sekadar mainan fikiran saya, seakan2 kita (manusia) adalah perancang stategi Allah ke arah menuju KIAMAT. Semuanya dilakonkan dengan  watak yang dirancang tanpa kita sendiri menyangkanya sebagaimana suatu peringatan dari nabi yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ



Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah




Jadi, sebagai khulasah dan muhasabah bersama. sama2 kita teliti dan perhatikan setiap kejadian, isu, dan lainnya.. sudah menepati hampir semua ciri2 HADIS nabi diatas. Apa yang perlu kita lakukan adalah perTINGKATkan amalan2 harian wajib + sunnat, dan sama2 berdoa agar kita diselamatkan dari fitnah2 dunia akhir zaman ini. Allahumma ameen...

Isnin

Hukum Allah Dipersenda...!


Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz’s Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.



Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai 'seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia' (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia).


Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah; bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?


Dengan kuasa yang diamanahkan, nilai-nilai
Islam berjaya diterapkan di Kelantan
Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga mengganggu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?


Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar 'Membangun Bersama Islam' yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya.


Sedarkah beliau bahawa di Kelantan lah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita.


Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh 'kerajaan yang menindas wanita' seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana 'Doctor In The House' itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!


Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an.


Khatijah Sidek
Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik). Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu?

Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?
islam hadhari hanya tinggal kenangan..


Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.



credit: Tuan Ibrahim Tuan Man

Ahad

Hari Keluarga Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan sesi 2010/2011

Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan [BKASJ] pada sesi 2010 & 2011 ini telah menyediakan satu medan untuk kita berukhuwah fillah dengan mengadadakan program yang menjadi kebiasanya memang akan membuahkan hasil tautan perkenalan. Program Hari Keluarga untuk semua ahli negeri selangor yang menyambung pengajian di Jordan ini. Kawasan yang menjadi pilihan ramai alhi BKASJ untuk mengadakan hari keluarga ini tertumpu di pantai Aqabah.


Serba sedikit mengenai Hari Keluarga ini,
Kami disajikan dengan aktiviti2 sukaneka yang menarik, berBBQ & bermandi manda disekitar kawasan. Tiga permainan bermodul terpilih untuk aktiviti sukaneka ini dan masing2 diberi nama dragon tails, snakes & rebut gula2 dlm laut. Setiap kumpulan alhamdulillah memberikan komitmen yang penuh untuk setiap aktiviti2 yang dijalankan sepanjang program.

SUBAHANALLAH!!
Syukur tidak tergambar memomentumkan getaran didasar hati ini apabila turun menyelami pantai Aqabah ini. Pertama kali didalam hidup, berhadapan secara live dengan terumbu karang dan dengan kehidupan yang tinggal dalam dilautan. Antara yang sempat diteropongi di laut ini Landak Laut, Terumbu2 karang, Ikan Nemo, dan banyak jenis ikan yang saya tidak didefinasikan nama2nya. Semuanya mengharmonikan jiwa yang kelut kesah ini. Keindahan makhluk2-Nya membuktikan akan keindahan & kekuasaan Allah tiada tolok bandingannya dengan sesuatu yang lain.


ikan nemo dan banyak lagi ikan2 lain yang terdapat didalam lautan Aqabah
keIndahan terumbu karang disini megikat hati untuk kembali  ber diving
beberapa ahli BKASJ  terkena duri yang landak laut 
landak laut


Majlis bersurai sebaik sahaja mendengar ucapan pengguhan dari Ust Sulaiman bin Che Ismail ketua EMJ [Education Malaysians Jordans]. Beliau diberi taklifan untuk menjaga segala perihal urusan mahasiswa2 yang berada di Jordan.Dan aktiviti seterunya adalah aktiviti pengambaran secara beramai-ramai diantara peserta2 Hari Keluarga sesi 2010/11 ini.

Terkenal Aqabah ini dengan kemurahan barangan2 berbanding di tempat2 lain dipelusuk Jordan. Ia disebabkan pantai Aqabah ini merupakan kawasan bebas cukai utk Negara Jordan. Jadi, disebabkan alasan ini masing2 diberi ruang untuk membali belah di sekitar bandar Aqabah. Sebaik sahaja usai, setiap peserta dihantar pulang ke mantiqah masing2 untuk kembali meneruskan pengajian & peperiksaan keesokan harinya.

~Terima Kasih BKASJ~

Khamis

Bagaimana dengan keadaan di JEPUN sebenarnya..??

Jepun merupakan salah sebuah negara yang diiktiraf Negara Maju didalam negara2 didunia. Malaysia pula diiktiraf sebagai Negara Membina yang membawa erti Malaysia masih dalam merangkak, belajar , membina mencapai kemajuan negara secara amnya.

Seingat saya, Jepun masih mempunyai bekalan minyak, gas, arang batu, tetapi berkuantiti sedikit & terhad. Atas sebab itu, pihak Jepun perlu mngimport jumlah yang berkuantiti besar untuk menyokong sumber tenaga bagi disalurkan ke bandar2di Jepun. Oleh itu, tenaga nuklear di jepun merupakan salah satu daripada beberapa jenis tenaga yang dapat menampung kemajuan negara & ekonomi. Jepun tidak mempunyai banyak pilihan.

Berita khabar mengenai kekecohan rakyat di Jepun ini hinggap di telinga saya sebaik sahaja saya pulang dari solat fardhu jumaat minggu lepas. "Jepun Dilanda Gempa Bumi".

Hadir jauh disudut hati saya memikirkan mengenai banyaknya kejadian bencana2 alam yang berlaku era ini. Mungkinkah ini tanda yang Allah cuba suluhkan kepada kita sebagai seorang mukmin untuk terus beristiqamah dalam menyeru kepada jalannya. Teringat kata2 seorang sahabat  ketika bersama mentiti perjuangan islamiyah ini.
"Cari & lakukan seseuatu yg boleh kita jadikan sebagai aset
untuk kita sumbang kepada Islam ini"

Sehungga kini saya cuba memanipulasi apakah makna sebenar yang cuba disampaikan kepada saya. Sama2 fikirkan dengan mengunakan teropong akal fikiran yang berpandangan lebih jauh kehadapan.


Disebalik kejadian Gempa bumi dikatakan berskala ricter 8.9, Akibat gegaran yang kuat dari sebelah utara & selatan dunia... Tsunami pula menimpa Jepun. Tsunami kali ini cukup untuk membanjiri kawasan di negara itu. Ditambah bebanan rakyat2 Jepun dengan kejadian letupan loji Nuklear. Dan sekarang timbunan kruncingan mula bertambah apabila salji lebat turun dikawasan banjir tsunami.

Letupan ini berlaku akibat tong yang menyimpan nuklear ini menghadapi kebocoran akibat tusukan ombak tsunami. Rentetan itu, air yang tersimpan didalam loji nuklear mula keluar dan besi yang mengendali tenaga nuklear ini kepanasan akibat kekurangan air. Kepanasan yang teramat inilah yang menjadi punca utama ketidakstabilan nuklear ini seterusnya mula menyebarkan radiasi2 yang kurang sihat.

Seterusnya rakyat seluruh negara mula menjadi kelam kabut tikamana tersebarnya sebuah messege yang berbunyi :-

"A nuclear plan in Fukumi, japan exploded at 4.30AM today. If it rains tomorrow or later dont go outside. If  you are outside. If  you are outside be sure that you have rain protector. Its acid rain . Dont let it touch you. You may burn, lose your hair or have cancer. Please stay safe and remind everyone you know."

Semasa mengikuti perkembangan perihal bencana alam ini. Terjumpa beberapa link, video & bebrapa keping gambar untuk menceritakan keadaan realiti sebenar disana. Sama kita ringankan tangan kita untuk meng"roll + click mouse" pada link2 berkaitan untuk melihat bagaimana keadaan saudara2 kita yang berada di sana:

1)Video letupan loji nuklear di Jepun

2)Keadaan Jepun sebelum, semasa & selepas kehadiran tsunami.
[**gambar boleh di drag kiri- kanan]

3)Gambar2 boleh "roll" dibawah..



rumah2 hancur dihanyutkn arus

salji lebat membanjiri Jepun

ada sebuah kapal sedang hanyut dibawa pusaran

mangsa gempa bumi

air ombak besar merempuh bangunan2


air terus menerus membanjiri Jepun

mangsa2 yang ditempatkan di rumah kebajikan

akibat gempa

masing2 berusaha menyelamatkan diri ketempat selamat

runtuhan tanah hasil gemaan bumi
kekuatan ombak
ketinggian ombak

Dan berita baik bagi masyarakat di Malaysia ;



Pelepasan radioaktif tidak mungkin sampai ke Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun Jumaat lepas, adalah rendah dan tidak mungkin akan sampai ke Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
“Maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam.
“Had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam,” katanya.
Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini, katanya.
Ongkili berkata, kementeriannya melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. – Bernama\…..
**************

Marlah sama2 kita intropeksi kembali diri kita, keluarga kita, masyarakat sekawasan dengan kita, negara setrusnya dunia kita, adakah kita sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Mungkinkah masyarakat negara kita sudah terlepas 100% dari pandangan-Nya..? sama2 baiki diri dan sampaikan ajaran islam ini kepada orang lain. Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang dapat mengecapi nikmat syurga diakhirat kelak.

Dan moga2 ummat islam yang berada disana terus tabah meniti ranjau duri yang diuji oleh Allah. Mudahan2an mereka terus menerus membuat pergantungan kepada Allah dan dikuatkan + diMantapkan iman. Ensyaallah meraka disana akan tenang sekiranya kita menghujani mereka dengan doa2 seluruh ummat islam.

"اللهم سلّمنا"

Ahad

Cabaran Seorang "Tholibil iLmi"


Debaran datang meniti jambatan kehidupan... Sehari kini ibarat sejam masa berlalu, Pantas berlari mengejar setiap tindakan kita. Cabaran yang sama yang terpikul diatas bahu setiap seorang yang bergelar "Tholibul Ilmi"... Satu medan yang bakal menguji ditingkat manakah kefahaman seseorang terhadap ilmu yang dipelajarinya. :: Fatrah Imtihan  ::



Setiap manusia normal akan memastikan bahawa menjadi yang terbaik adalah sebagai matlamat kehidupan. Begitu juga difatrah ini, setiap individu pastinya mengharapkan dirinya menjadi seorang yang genius dimedan peperiksaan ini sebagai kayu ukur matlamat. Untuk memperoleh hasil sedemikian, semuanya sebenarnya terletak di tangan kita. Kita sendiri yang akan membuat keputusan samaada memperoleh peratusan yang tinggi, sederhana atau rendah.

Sejajar dengan Kalam-Nya yang memberi erti :
"Allah tidak akan merubah sesuatu kaum (setiap manusia) itu sehinggakan kaum itu merubah dirinya sendiri.."



Untuk kelebihan apa kita memperoleh keputusan yang cemerlang..?? Untuk dibanggakn..? untuk disebut..? untuk sijil..??. Tidak lain tidak bukan adalah demi memperoleh pengetahuan saintifik, teori2 kimia, mempelajari kisah ummat2 terdahulu, mencari keselesaan umat akan datang, dan lain2 semuanya terkepung didalam kumpulan ilmu Allah. Jadi, untuk itu doa amatlah diperlukan untuk dipermudahkan & dibukakan jalan kepada kita. 




Tetapi terkadang2 kita terlalu memberatkan isu ini. Sehinggakan ada yang sanggup berjaga malam demi mencapai matlamat kita untuk berjaya dengan cemerlang didalam hidup. Kemudahan hidup didunia. Tidak dapat dinafikan akan kebenarannya, tetapi alangkah beruntungnya jika kita meletakkan peperiksaan Allah adalah sebagai peperiksaan yang awlawiyat [diutamakan], kerana matlamat yang hendak dicapai didalam peperiksaan ini telahpun dijanjikan oleh Allah.

Kita ibaratkan hidup ini sebagai ujiannya, 
malaikat raqib & atid sentiasa mendampingi kita, 
dengannya benteng dosa pahala akan terbina, 
dan Syurga adalah ganjaran bagi sesiapa yang Allah Redha terhadapnya.

Salam Imtihan bagi mereka2 yang sewaktu dengannya. Bittaufiq wa Najjah.




Khamis

UMRAH & ZIARAH JORDAN

umrah..


:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
«العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ» 
مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Bersempena cuti sekolah bulan jun 2011 ini.  Kami mempelawa anda untuk menziarahi Makkah Al-Mukarramah  &  Madinah Al-Munawwarah bagi menunaikan ibadat umrah. Pekej yg kami sediakan kali ini adalah yang termurah berbanding biasa. Harga standard travel di Malaysia kebiasaannya adalah didalam lingkungan RM5900 ~ RM7500. Kami menyediakan Umrah dengan harga RM5700.

Tunggu!!



Sebelum terlambat..,
Pihak kami juga menyediakan travel ke negara Jordan secara percuma dengan pakej ini. Tempoh pakej kami ini secara keseluruhan sebanyak 14 hari (tidak termasuk pergi balik) . 10hari berada di tanah suci mekah & madinah manakala baki 4 hari lagi akan dibawa khas dengan ziarah ke tempat2 menarik di sini. Antara tempat2 yang "bakal" menjadi ziarah jordan ini adalah :-


petra - salah satu dari 7 perkara ajaib dunia
laut merah lebih dikenali dengan aqabah
- bersebelahan dengan negara israel
laut mati - laut yg tidak menenggelamkan orang
maqam nabi & maqam sahabat

caslte - tinggalan salahuddin al-ayubi

gua ashabul kahfi - ada diceritakan kisah didalam alquraan
dan pelbagai lagi tempat2 menarik




Jadi, apa tunggu lagi..
Bolehlah menghantarkan nama, no talian yg boleh dihubungi. Ensyaallah pihak kami akan memaklumbalas serta merta selepas maklumat ini dihantar.


 Pendaftaran boleh bermula dari sekarang di e-mail elfarisi_islamique@yahoo.com ataupun di Yahoo Messengger elfarisi_islamique. Sebarang pembatalan juga boleh dibuat sekiranya terdapat keraguan, kecacatan dan kelemahan dari pihak kami. Sekiranya terdapat persoalan bolehlah diajukan di talian tertera dibawah melalui YM & e-mail.




Dibawa khas oleh Hazmi Dimashq Travel,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...