Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Isnin

Warkah Untuk Mahasiswa (1)

 Kredibiliti mahasiswa sering diukur berasaskan kejayaan atau percubaan - percubaan berani mereka dalam membawa perubahan tertentu dalam sistem sosial masyarakat.



Ukuran ini dapat kita lihat di dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu di dalam dimensi gerakan mahasiswa era 60-an dan 70-an dan di dalam dimensi gerakan mahasiswa masa kini atau dalam era 2000-an.

Adalah tidak adil jika kita membandingkan ke dua - dua dimensi perjuangan gerakan ini  melalui pandangan mata kasar semata - mata. Hal ini disebabkan gerakan mahasiswa pada era 60-an dan 70-an bergerak berdasarkan ledakan idealisme mahasiswa yang membuak - buak, semangat mencabar yang begitu tinggi dan juga suasana politik ketika itu memaksa mahasiswa turut sama bergelumang dalam kancah politik terutama dalam membela nasib masyarakat mehran.

Banyak sahaja demonstrasi - demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa pada era tersebut bagi menunjukkan tanda protes mahupun sokongan berkenaan sesuatu isu.
Namun peristiwa yang paling diingati oleh ramai aktivis mahasiswa sehingga kini adalah peristiwa demonstrasi Baling, yang mana disertai hampir 5000 mahasiswa yang diadakan di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan, ketika itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman agar segera menyelesaikan masalah inflasi, menaikkan harga getah ke tahap yang munasabah dan mendedahkan serta menghukum semua Menteri dan Menteri Besar yang mengamalkan rasuah.

Dalam peristiwa ini seramai 1,128 orang mahasiswa telah ditahan dan rata - ratanya adalah pemimpin mahasiswa. Persoalannya adakah gerakan mahasiswa masa kini sehebat pada era 60-an dan 70-an dahulu?

Dalam perkiraan ini, penulis tidak boleh melihat perkara tersebut berpandukan kepada pandangan selektif sahaja, namun perlu dilihat berdasarkan perspektif dan pandangan secara adil berfokus beberapa item. Pertamanya suasana atau iklim politik sekeliling, kedua semangat mencabar mahasiswa, ketiga kesedaran mahasiswa sebagai juru bicara rakyat, keempat idealisme.

Jika kita melihat suasana dan iklim politik gerakan mahasiswa era 60-an dan 70-an, mahasiswanya amat bebas dalam berpartisipasi dalam segenap isu kampus, nasional mahu pun isu antarabangsa tanpa sebarang dikenakan sekatan.

Demonstrasi adalah salah satu item yang paling penting sebagai simbol luahan perasan mahasiswa dalam melahirkan rasa ketidakpuasan hati mahupun sokongan dalam apa - apa jua isu.


Hal ini dapat kita lihat beberapa siri demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa ketika itu, seperti 1966 demonstrasi mengutuk pengeboman Hanio-Haiphong oleh Amerika Syarikat, 1968 demonstrasi mengutuk kerajaan Filipina atas tuntutan Sabah, 1970 demonstrasi papan tanda yang dilakukan di Universiti Malaya bagi menuntut pentadbiran universiti menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi pentadbiran universiti, demonstrasi anti Tunku Abdul Rahman serta diikuti beberapa siri demonstrasi lain yang dijalankan pada zaman - zaman tersebut.

Namun, hari ini partisipasi mahasiswa mengenai isu - isu kampus mahupun isu - isu negara melalui siri demonstrasi sangat mendukacitakan. Hal ini disebabkan, mahasiswa sering dihantui atau di momokan dengan pelbagai akta  mahupun undang - undang yang digunakan untuk menyekat suara mahasiswa yang mana berpotensi mengubah landskap politik negara.


Sistem semester

Selain itu, penggunaan sistem semester bagi pengajian universiti - universiti tempatan ketika ini telah memaksa mahasiswa menuntut dengan lebih tekun bagi menjamin masa hadapan setelah bergelar graduan kelak.

Soal inilah menyebabkan mahasiswa menjadi begitu mementingkan diri sehinggakan bilangan mahasiswa yang bergiat cergas dalam soal isu kampus mahupun isu negara amat kecil bilangannya.

Hal ini terbukti apabila gelanggang Speaker Conner di Universiti Malaya yang begitu gah suatu ketika dahulu berperanan besar sebagai medan mahasiswa berpencak mengenai pelbagai isu semasa merangkumi isu politik, sosial, ekonomi, mahupun isu - isu di  peringkat global.
Pentas Speaker Conner ketika itu telah berjaya menarik beratus - ratus mahasiswa untuk mendengar pidato - pidato yang sampaikan oleh pemimpin - pemimpin mereka dan boleh dikatakan melalui pentas Speaker Connerinilah idealisme mahasiswa tercipta.

Namun situasi itu amat berbeza pada hari ini yang mana hanya sebilangan kecil sahaja mahasiswa yang sanggup meneruskan survival pentas Speaker Conner yang dilihat sebagai medan pencerahan isu - isu kampus mahupun isu - isu negara.

Kedua semangat mencabar dalam kalangan mahasiswa. Menurut Prof Madya Dr. Ahmad  Fawzi Basri Dekan Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia melalui kertas seminarnya Senario Kepimpinan Mahasiswa telah menyatakan bahawa gerakan mahasiswa masa kini mungkin gagal mewujudkan ketegangan struktur, kekecewaan yang menusuk majoriti mahasiswa, serta rasa tidak puas hati yang membakar, dan mereka juga tidak dapat mengwujudkan kepercayaan umum, perkongsian persefahaman tentang sebab kegelisahan dan ketegangan.

Melalui tafsiran ini dapat difahami bahawa semangat mencabar mahasiswa masa kini begitu lesu dek kerana hambatan beberapa faktor persekitaran sehinggakan mahasiswa tidak ubah seperti pelajar sekolah pengajian tinggi, dan boleh dikatakan amat kurang memainkan peranan sebagai ejen check and balance dalam segenap isu.

Menurut Menteri Timbalan Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam forum Gerakan Mahasiswa: Kebajikan Menterjemah Idealisme Ke Arah Merealisasikan Wawasan Perdana, menyatakan bahawa mahasiswa mempunyai peranan yang besar lagi penting dalam menggerakkan dan membangunkan sesebuah bangsa, negara dan tamadun.

Mahasiswa tidak harus bersikap menunggu sehingga peranan itu dilepaskan kepadanya tetapi tidak pula merebut peranan tersebut daripada generasi yang sedang memegangnya.

Melalui takrifan ini dapat huraikan bahawa mahasiswa perlu memainkan peranan partisipasinya secara tersendiri sebagai juru bicara rakyat dalam ruang lingkup force orang - orang muda, sebagai pencinta ilmu, penegak kebenaran dan keadilan, demi bangsa dan negara.

Ditambahkan lagi, tiga ciri utama yang menjadikan mahasiswa itu unik dan berperanan besar di dalam masyarakat adalah, pertama berada di dalam gedung ilmu, kedua sudah mencapai alam dewasa, dan ketiga menikmati beberapa kebebasan autonomi.

Namun, ciri-ciri yang dimiliki tidak mempunyai erti jika mahasiswa mengambil sikap menyepi dan tidak ambil peduli. Malah, mahasiswa juga perlu mempunyai rasa terpanggil bagi menawarkan diri, untuk berkhidmat demi masyarakat dan negara.

Selain itu, kurangnya idealisme dalam kalangan mahasiswa menyebabkan gerakan mahasiswa masa kini dilihat begitu lesu berbanding era 60-an dan 70-an.

Idealisme boleh ditakrifkan sebagai kefahaman yang muncul atas kesedaran diri, kecintaan terhadap kebenaran dan keadilan serta kebencian terhadap kepalsuan dan kezaliman.

Datuk Saifuddin Abdullah di dalam forum yang sama telah melontarkan sembilan cabaran yang perlu diatasi oleh gerakan mahasiswa masa kini. Sembilan cabaran tersebut seperti berikut:

(1)  Meningkatkan kembali idealisme dan aktivisme, iaitu kesedaran berpartisipasi dalam kalangan critical massamahasiswa.

(2)  Menguasai ilmu dan menghayati ilmu

(3)  Mengenali dan memahami dinamika sasaran, gelanggang dan iklim tempat berkhidmat.

(4)  Mampu menawarkan khidmat yang relevan dan tangible yang menuntut kreativiti dan inovasi yang bukan kepalang.

(5)  Menguasai pelbagai teknik, dan teknologi secara profesional dalam menyumbang khidmat.

(6)  Menjadikan jurubicara umat, terutama untuk mahasiswa, pelajar, dan generasi muda.

(7)  Meletakan gerakan mahasiswa pada kedudukan yang strategik dan efektif dalam arus pembangunan negara.

(8)  Menjadikan gerakan mahasiswa sebagai pencipta dan permulaan arus.

(9)  Melahirkan pewaris - pewaris kepimpinan dan pembangunan negara yang cemerlang.

Justeru, gerakan mahasiswa masa kini perlu melakukan post mortem dan melihat kembali peranan yang tanggungjawab yang telah dimainkan sebagai force anak -anak muda.
Sembilan cabaran seperti yang dilontarkan oleh Datuk Saifuddin perlu di teliti dan di analisis sebaiknya mungkin bagi memastikan gerakan mahasiswa, dan anak muda terus realistik menjadi ejen pembangunan dan kesejahteraan negara


sumber dari : Harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...