Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Sabtu

Sekitar Global March to Jurusalem (GMJ) di Jordan (gambar)


Jumaat 
28 Rejab 1433h bersamaan 7 Jun 2013
Sehari selepas peristiwa sejarah bagi seluruh ummat islam di masjid Aqsa dan masjid Nabawi (Isra'&Mikraj) . Rata-rata di seluruh dunia disatukan dibawah satu bumbung, berpaksikan dengan panji Al-Aqsa dibawah program Global March to Jurusalem (GMJ). Program ini diadakan demi untuk memperingati peristiwa hitam pada bumi Palestin pada tanggal 7 jun 1967 kurang lebih 46 tahun yang dahulu dengan Masjid Al-Aqsa ketika itu kembali dikuasai oleh tentera Zionis. 

Himpunan di adakan di Suwaimieh, Aghwar bersempadanan dengan Palestin kira-kira 20km dengan sempadan tebing barat dan Palestin (israel). Himpunan dijadualkan bermula jam 5pm dan tamat pada jam 8pm bersebelahan dengan Laut Mati (dead sea) juga mampu dilihat secara jelas bandar Israel melalui sini menggunakan teropong jarak jauh (binocular) yang kami bawa.
Kami tiba di lokasi kira-kira 45minit awal sebelum bermulanya program. Bersama van yang mampu memuatkan 10 penumpang, perjalanan kami mennuju ke Perhimpuna Global March to Jurusalem ini memakan masa kira-kira dua jam dari kawasan kediaman kami di Mutah, Karak, Jordan. 

Turut menyatakan kebersamaan didalam program Global March to Jurusalem ini bersama-sama dengan kita diadakan secara serentak di beberapa negeri didalam semenanjung Gaza sendiri dan hampir 65buah negara lain pada hari yang sama. Termasuklah di Syiria, Tunisia, Lubnan, Turki, Yaman, Mesir (Kaherah&Alexanderia), Britain, Russia, Pakistan, Indonesia, Malaysia, New York, serta banyak lagi negara-negara yang turut mengambil bahagian untuk meraikan isu kemanusiaan yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestin sana.



kalam ringkas dari Penasihat Ikhwan Muslimin di Jordan
Professor Hamam Said
Antara kalam yang menjadi petikan dari Syeikh Professor Hamam Said adalah:-

 ,ما دامت قضية القدس قضية العبيدات والعلاونة وبني حسن" 
وأبناء هذا الشعب وعشائر الأردن شمالها جنوبها ومن شرقها الى غربها فنحن بخير
 وما دامت قضية فلسطين قضية بني صخر 
".والشعب الماليزي الذي يقف الآن كما تقفون الآن انتصارا للأقصى فنحن بخير

"as long as the issue of Jerusalem, the issue of the slaves walalaonh and Beni Hasan, and sons of this people, the tribes of Jordan North South and East to West, we're fine, as long as the question of Palestine issue Brown flag and Malaysian people that stands now as you stand now is a victory for the maximum, we're fine." 


sebaik sahaja tiba di perkarangan himpunan,
turun mnyembah bumi untuk tunaikan solat asar qasr secara berjemaah
bersama imam dari palestine

siapa sangka 'tangan menggoncang dunia'  berbondong2
memenuhi dataran ini

اليوم على اسوارك

ثورات الربيع العربي مقدمه لتحرير قدس

topi rasmi (kiri) himpunan Global March to Jurusalem


barisan pemuda2 dari mantiqah ramtha
( negeri bersempadan dengan negara syiria kira2 10km)

terus menerus dataran Suwaimieh dilimpahi lautan manusia

tua,muda,kecil,besar turut menuntut kebersamaan
dalam isu kemanusiaan ini

selang 30minit sebelum bermulanya program

gelagat dua beradik comel ini memeriahkan lagi suasana


laungan-laungan membesarkan Allah sentiasa diselitkan dibibir-bibir ummat Islam yang hadir bersama-sama pada perhimpunan gergasi ini, banyak tasyjie' motivasi serta ucapan-ucapan yang menghidupkan semangat kami untuk lebih menjiwai watak sebagai seorang pemuda palestin, puluhan laungan sempat kami laungkan dan diantara laungan yang sempat kami laungkan bersama dengan semua hadirin yang hadir.. 

" الشعب يريد تحرير فلسطين "
Masyarakat (kami) inginkan pembebasan Palestine 


ditemukan secara kebetulan dengan seorang kenalan rapat
 dari Universiti yang sama, beliau betugas sebagai 'Unit Amal'
dengan memakai vest IM 


kibaran marak sang bendera memberi makna bahawa
kita ummat islam akan terus mara tanpa rehat untuk memastikan Al-Aqsa,
BaitulMaqdis jatuh kembali ke tangan ummat Islam.. Takbir!!

Lautan manusia membanjiri himpuna GMJ

'sebahagian' para muslimat yang turut hadir ke himpunan
Global March to Jurusalem ini.

sesi ucapan memperingati Palestin
kira-kira 5000 atau lebih peserta himpunan yang hadir kali ini

"tiada gantian dari bumi palestin melainkan pasti SyurgaNya"

bersama anak-anak kecil yang memberi tasyjie' 

Asyraf Ruslan (kiri) dan saya (kanan)

saya dan seorang teman Ridzuan Fillah 

Kami bersama2Mu Palestin

segelintir kami warga Malaysia yang hadir bersama meraikan
menuntut kebebasan Palestin dan Al-Aqsa di bumi Jordan ini

Moga Allah memelihara kamu duhai adik-adikKu.

" wahai pemuda, saya berharap anak saya yang masih kecil ini
 turut mewarisi semangat engkau dalam usaha menyertai himpunan ini untuk membebaskan Al-Aqsa.."
-ujar pemuda ini

Anak2 kecil dari warga syiria, palestin dan Jordan


Add caption

tikamana bendera Malaysia digenggam erat ditangan ini,
bertambah2lah warga tempatan yg menuntut utk mengambil gambar bersama..
(macam artis pulak.. hehe)


si comel

semangat si anak bersama ayahnya untuk mengibarkan bendera Palestin



suci raut wajah si anak kecil ini..

warga tempatan (Jordan)

sebahagian kecil kami warga Malaysia yang hadir
ke Global March to Jurusalem di Jordan.
 (dari belakang) Asyraf & Ridzuan
(tengah) Umaimah & Hajar
(hadapan) Asmui, Anas, Muiz, Ali Saif, Abd Rahim
(tiada dalam gambar) Ehsan sebri, Shahmirul, AhlulFikri, dll..


Seusai program, himpunan dan ucapan.. sebelum kami bertolak pulang,
Saya diberi peluang untuk ditemuramah mewakili warga negara Malaysia yang hadir dalam perhimpunan kali ini menyatakan kami warga Malaysia menyatakan kebersamaan kami untuk bergerak didalam satu saf demi untuk melihat bumi suci ummat islam al-Quds kembali bebas dari tangan zionis dan kembali ketangan ummat islam. Juga di beri penghargaan untuk menyalakan ballon api secara berkumpulan dengan membawa hasrat menyampaikan ballon udara ini kepada penduduk Palestin di beberapa kilometer seberang kami.

Anas Abd Rahman
1.01pm

Darul Muttaqin
Mutah, Karak
Jordan
-Tribiutte to Palestine-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...