Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Khamis

Pengenalan Kitab & Intipati Kitab (2)


Sebelum lebih jauh saya bertatih, ingin saya ingatkan diri saya sendiri berkenaan dengn matapelajaran yang diambil semasa menuntut pelajaran di Bumi Anbiya' sana. Saya cuba untuk mengulangkaji kembali subjek-subjek yang pernah saya pelajari dan membuat ringkasan secara 'surface' mengenainya. Di atas usaha ini, saya mengambil tindakan untuk melakarkan ringkasan ini di ruang belog ini agar mudah untuk diakses juga beri peluang kepada umum untuk mengambil manfaat.


3 - Aqidah Islamiyah

http://1.bp.blogspot.com/-MV2ihWNdCDM/ThwkKLcpb_I/AAAAAAAAAIo/fgiSL0pWSQk/s1600/168066_1825003551324_1427315301_2024478_5945509_n.jpg
what we belive ?
ask our soul ..

Intisari
Aqidah merupakan perkara pokok bagi setiap ummat islam. Kepercayaan dan keimanan kepada sesuatu menjadi tunjang kepada agama islam, samaada percaya kepada perkara ghaib ataupun nyata.

Kitab ini menceritakan kepada kita antara lainya berkenaan bagaimana ketauhidan kita kepada Allah, dengan cara mana ulama'  mengatur kepada kita cara untuk kita kita mengenal Allah. Samada dengan asma' (namaNya).. dengan sifatNya.. dengan mengenal makhluqNya (penciptaan).. atau bagaimana yang lebih tepat. Juga kita didedahkan dengan kategori sifat-sifat yang layak bagi Allah dengan sifat nafsiyah, sifat salbiyah, sifat ma'aniy, dan sifat ma'nawiyah. Masing-masing punyai peranan dan perbahasan yang mendalam.

Sejarah para anbiya', kaum-kaum mereka, di mana mereka ditempatkan, apa bencana dan bala yang menimpa mereka, ujian dan cabaran yang menimpa rasul yang diutuskan dan sebagainya. Cabaran buat diri saya adalah apabila mengetahui bahawasanya sekeliling tempat saya belajar merupakan tanah pernah para nabi menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada ketauhidan kepada Allah. Iniseatif yang saya ambil adalah dengan usaha untuk menziarahi maqam, atau tapak-tapak sejarah yang berkait rapat dengan sirah para nabi. Syiria, Mesir, Jordan, Mekah, Madinah alhamdulillah saya berjaya jelajahi bagi merealisasikan tujuan ini.

Seterusnya, Berkenaan Qiyamat. Tanda-tanda kecil menurut unjuran hadith soheh. Kronologi tentang qiamat.. Matahri terbit daripada barat, Dajal keluar, Turunnya Imam Mahdi, Dabbah keluar dari muka bumi, dan lain-lain, benarkah ia wujud atau hanya sekadar susunan para ulama'. Semuanya dijawab di dalam perbahasan kitab ini.

4 - Feqh Ibadah (1) & (2)

Pengenalan Kitab

Nama : Al-Hidayah Syarah Bidayah Mubtadiy
Kategori : Kitab Fiqh ( Kitab muktabar didalam mazhab Hanafi)
Pengarang : Dr Abdul Karim Zaidan
Terbitan : Darr Hadith


Intipati Kitab

Pelajaran yang dipelajari berkaitan kitab ini adalah mengenai kaedah ibadah seharian yang kita lakukan. Dilengkapi dengan dalil, pencerahan mazhab-mazhab ibadah khusus tersebut, perbezaan rukun, syarat sah, amalan-amalan sunat dan sebagainya.

Topik yang dikhususkan untuk dipelajari dan dibincangkan di dalam kitab ini hanyalah beberapa sahaja, namunpun begitu, pembelajaran tentang subjek ini terasa agak 'berat' dek kerana beberapa perkara. Pertama, bahasa pengarang kitab yang boleh dikategorikan agak 'tinggi' jika hendak dibandingkan dengan kemampuan kita berbahasa arab. Kedua, kitab ini juga membandingkan pendapat diantara keempat-empat mazhab juga melebihkan sedikit pendapat daripada murid imam hanafi.  Ketiga, kitab ini boleh lagi kita kelasifikasikan sebagai kitab 'matan' sekalipun memang ianya merupakan kitab syarah kepada kitab Bidayah AlMubtadiy karya Maghinnani, kitab Hidayah ini juga masih mempunyai dua lagi kitab syarah salah satunya iaitu Fath Qadir lil a'ajiz al-Faqi hasil karya ibn hummam.


Thoharah ( bersuci ), diantara topik awal yang kami pelajari membincangkan tentang:-
- Wudhu' beserta perbandingan mazhab
- Mandi  beserta perbandingan mazhab
- Air beserta perbandingan mazhab
- Tayammum beserta perbandingan mazhab

Solat, Puasa, Haji
(kesemua dibentangkan juga diminta para pelajar untuk mengingati kesemua mazhab yang terlibat)
- Rukun
- Syarah sah
- Sunnat
- Perkata membatalkan
- Kaifiyat


5 - Usul Feqh


6 - Ulum Al-Hadith


7 - Tilawah al-Quraan ( tajwid & hafazan )


Rabu

Wajah baharu ; Penenalan kitab & Intipati ringkas (1)

Assalamualaikum,

http://misteraji.files.wordpress.com/2011/07/empty-book.jpg



InsyaAllah saya berhajat besar untuk menghidupkan kembali sesawang ini, bagi saya pengisian pada kali ini membawa pendekatan yang agak berbeza, berbeza dari sudut bahan rujukan, usaha untuk kurangkan post atau artikel yang berbaur politik, teori konspirasi yang tidak membina daya fikir sebaliknya hanya menyalahkan itu dan ini, juga usaha saya untuk mengurangkan post yang bersifat cinta kasih sayang manusia sesama manusia yang tiada pengakhiran jika hendak dikupas, akan tetapi saya berniat untuk mengajak para pembaca semua untuk lebih membaca berkenaan artikel atau bahan bacaan yang mempunyai nilai ilmu, mencakupi bahan ilmiyah yang bersifat sederhana berat, perkongsian ilmu yang lebih bermanfaat jika ia disebarluaskan.

Justeru, Pada kali ini saya ingin mengajak kembali kepada pembaca mengenal lebih kitab-kitab turath yang saya juga mengenalinya secara ringkas. Mungkin diantaranya terdapat kitab yang pernah saya pelajari ketika di universiti satu masa dahulu. Moga perkongsian ini mampu memberi faedah kepada lebih ramai.


1- Madhkal Ila Feqh Islami
( مدخل الى الفقه الإسلامي - عبد الكريم )



kitab Fiqh pertama yg dipelajari
Pengenalan

Nama Kitab : Madkhal li Dirasah As-Syaria'ah Al-Islamiyah
Pengarang Kitab : Dr Abdul Karim Zaidan
Tema Kitab : Pengenalan dan perkembangan ilmu-ilmu di dalam islam.


Intipati KitabPengenalan mengenai perkembangan fiqh, Pengarang mengkategorikan kepada empat zaman pemerintahan bermula dengan semasa zaman sebelum hijrah nabi, selepas zaman nabi berhijrah ke Madinah, Semasa zaman para sahabat empat orang khalifah selepas baginda, Semasa zaman khilafah-khilafah lain.

Didalam kitab ini juga, terdapat penghujahan ringkas mengenai cabang-cabang ilmu didalam agama islam, seperti ilmu Muamalat Islam (Financial), Qawaied Fiqhiyah (Islamic Legal Maxims), Usul Feqh, Fiqh berkaitan ibadah khusus, dsb.

**akan ditambah dari semasa ke semasa**


2- Ulum Al-Quraan


Intipati Kitab

Kitab ini membahaskan berkenaan tajuk-tajuk yang berkait rapat dengan ilmu Al-Quraan. Turut menjadi perbahasan ulama' adalah berkenaan dengan bagaimana Al-Quraan diturunkan adakah secara murattal (berperingkat) atau secara duf'ah wahidah (sekaligus) dari Allah ke langit dunia kemudian malaikat jibril menurunkan secara berperingkat. 

Perbezaan dan khilaf ulama' berkenaan Ayat Makiyah & Ayat Madaniyah, adakah ia dikira mengikut tempat dan kawasan ia diturunkan, atau dibezakan melalui isi ayat quraan tersebut sekiranya ia merupakan ayat hukum maka ia merupakan ayat madaniyah dan sekiranya ayat tersebut berkenaan dengan ayat soal aqidah maka ia merupakan ayat makkiyah, ataupun kaedah ketiga adalah dengan ditentukan dengan masa dan waktu ayat ini diturunkan samaada sebelum hijrah dan selepas hijrah nabi s.a.w.

Antara lain yang menjadi perbahasan adalah, berkenaan kepelbagaian cara bacaan al-Quraan, jenis-jenis Qiraat serta imam-imam yang mempelopori kaedah qiraat tersebut, i'ijaz atau mukjizat-mukjizat al-Quraan yang bertepatan dengan sains, bahasa dan sebagainya.


**akan ditambah dari semasa ke semasa**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...