Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Khamis

Pengenalan Kitab & Intipati Kitab (2)


Sebelum lebih jauh saya bertatih, ingin saya ingatkan diri saya sendiri berkenaan dengn matapelajaran yang diambil semasa menuntut pelajaran di Bumi Anbiya' sana. Saya cuba untuk mengulangkaji kembali subjek-subjek yang pernah saya pelajari dan membuat ringkasan secara 'surface' mengenainya. Di atas usaha ini, saya mengambil tindakan untuk melakarkan ringkasan ini di ruang belog ini agar mudah untuk diakses juga beri peluang kepada umum untuk mengambil manfaat.


3 - Aqidah Islamiyah

http://1.bp.blogspot.com/-MV2ihWNdCDM/ThwkKLcpb_I/AAAAAAAAAIo/fgiSL0pWSQk/s1600/168066_1825003551324_1427315301_2024478_5945509_n.jpg
what we belive ?
ask our soul ..

Intisari
Aqidah merupakan perkara pokok bagi setiap ummat islam. Kepercayaan dan keimanan kepada sesuatu menjadi tunjang kepada agama islam, samaada percaya kepada perkara ghaib ataupun nyata.

Kitab ini menceritakan kepada kita antara lainya berkenaan bagaimana ketauhidan kita kepada Allah, dengan cara mana ulama'  mengatur kepada kita cara untuk kita kita mengenal Allah. Samada dengan asma' (namaNya).. dengan sifatNya.. dengan mengenal makhluqNya (penciptaan).. atau bagaimana yang lebih tepat. Juga kita didedahkan dengan kategori sifat-sifat yang layak bagi Allah dengan sifat nafsiyah, sifat salbiyah, sifat ma'aniy, dan sifat ma'nawiyah. Masing-masing punyai peranan dan perbahasan yang mendalam.

Sejarah para anbiya', kaum-kaum mereka, di mana mereka ditempatkan, apa bencana dan bala yang menimpa mereka, ujian dan cabaran yang menimpa rasul yang diutuskan dan sebagainya. Cabaran buat diri saya adalah apabila mengetahui bahawasanya sekeliling tempat saya belajar merupakan tanah pernah para nabi menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada ketauhidan kepada Allah. Iniseatif yang saya ambil adalah dengan usaha untuk menziarahi maqam, atau tapak-tapak sejarah yang berkait rapat dengan sirah para nabi. Syiria, Mesir, Jordan, Mekah, Madinah alhamdulillah saya berjaya jelajahi bagi merealisasikan tujuan ini.

Seterusnya, Berkenaan Qiyamat. Tanda-tanda kecil menurut unjuran hadith soheh. Kronologi tentang qiamat.. Matahri terbit daripada barat, Dajal keluar, Turunnya Imam Mahdi, Dabbah keluar dari muka bumi, dan lain-lain, benarkah ia wujud atau hanya sekadar susunan para ulama'. Semuanya dijawab di dalam perbahasan kitab ini.

4 - Feqh Ibadah (1) & (2)

Pengenalan Kitab

Nama : Al-Hidayah Syarah Bidayah Mubtadiy
Kategori : Kitab Fiqh ( Kitab muktabar didalam mazhab Hanafi)
Pengarang : Dr Abdul Karim Zaidan
Terbitan : Darr Hadith


Intipati Kitab

Pelajaran yang dipelajari berkaitan kitab ini adalah mengenai kaedah ibadah seharian yang kita lakukan. Dilengkapi dengan dalil, pencerahan mazhab-mazhab ibadah khusus tersebut, perbezaan rukun, syarat sah, amalan-amalan sunat dan sebagainya.

Topik yang dikhususkan untuk dipelajari dan dibincangkan di dalam kitab ini hanyalah beberapa sahaja, namunpun begitu, pembelajaran tentang subjek ini terasa agak 'berat' dek kerana beberapa perkara. Pertama, bahasa pengarang kitab yang boleh dikategorikan agak 'tinggi' jika hendak dibandingkan dengan kemampuan kita berbahasa arab. Kedua, kitab ini juga membandingkan pendapat diantara keempat-empat mazhab juga melebihkan sedikit pendapat daripada murid imam hanafi.  Ketiga, kitab ini boleh lagi kita kelasifikasikan sebagai kitab 'matan' sekalipun memang ianya merupakan kitab syarah kepada kitab Bidayah AlMubtadiy karya Maghinnani, kitab Hidayah ini juga masih mempunyai dua lagi kitab syarah salah satunya iaitu Fath Qadir lil a'ajiz al-Faqi hasil karya ibn hummam.


Thoharah ( bersuci ), diantara topik awal yang kami pelajari membincangkan tentang:-
- Wudhu' beserta perbandingan mazhab
- Mandi  beserta perbandingan mazhab
- Air beserta perbandingan mazhab
- Tayammum beserta perbandingan mazhab

Solat, Puasa, Haji
(kesemua dibentangkan juga diminta para pelajar untuk mengingati kesemua mazhab yang terlibat)
- Rukun
- Syarah sah
- Sunnat
- Perkata membatalkan
- Kaifiyat


5 - Usul Feqh


6 - Ulum Al-Hadith


7 - Tilawah al-Quraan ( tajwid & hafazan )


0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...