Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Ahad

Hari Keluarga Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan sesi 2010/2011

Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan [BKASJ] pada sesi 2010 & 2011 ini telah menyediakan satu medan untuk kita berukhuwah fillah dengan mengadadakan program yang menjadi kebiasanya memang akan membuahkan hasil tautan perkenalan. Program Hari Keluarga untuk semua ahli negeri selangor yang menyambung pengajian di Jordan ini. Kawasan yang menjadi pilihan ramai alhi BKASJ untuk mengadakan hari keluarga ini tertumpu di pantai Aqabah.


Serba sedikit mengenai Hari Keluarga ini,
Kami disajikan dengan aktiviti2 sukaneka yang menarik, berBBQ & bermandi manda disekitar kawasan. Tiga permainan bermodul terpilih untuk aktiviti sukaneka ini dan masing2 diberi nama dragon tails, snakes & rebut gula2 dlm laut. Setiap kumpulan alhamdulillah memberikan komitmen yang penuh untuk setiap aktiviti2 yang dijalankan sepanjang program.

SUBAHANALLAH!!
Syukur tidak tergambar memomentumkan getaran didasar hati ini apabila turun menyelami pantai Aqabah ini. Pertama kali didalam hidup, berhadapan secara live dengan terumbu karang dan dengan kehidupan yang tinggal dalam dilautan. Antara yang sempat diteropongi di laut ini Landak Laut, Terumbu2 karang, Ikan Nemo, dan banyak jenis ikan yang saya tidak didefinasikan nama2nya. Semuanya mengharmonikan jiwa yang kelut kesah ini. Keindahan makhluk2-Nya membuktikan akan keindahan & kekuasaan Allah tiada tolok bandingannya dengan sesuatu yang lain.


ikan nemo dan banyak lagi ikan2 lain yang terdapat didalam lautan Aqabah
keIndahan terumbu karang disini megikat hati untuk kembali  ber diving
beberapa ahli BKASJ  terkena duri yang landak laut 
landak laut


Majlis bersurai sebaik sahaja mendengar ucapan pengguhan dari Ust Sulaiman bin Che Ismail ketua EMJ [Education Malaysians Jordans]. Beliau diberi taklifan untuk menjaga segala perihal urusan mahasiswa2 yang berada di Jordan.Dan aktiviti seterunya adalah aktiviti pengambaran secara beramai-ramai diantara peserta2 Hari Keluarga sesi 2010/11 ini.

Terkenal Aqabah ini dengan kemurahan barangan2 berbanding di tempat2 lain dipelusuk Jordan. Ia disebabkan pantai Aqabah ini merupakan kawasan bebas cukai utk Negara Jordan. Jadi, disebabkan alasan ini masing2 diberi ruang untuk membali belah di sekitar bandar Aqabah. Sebaik sahaja usai, setiap peserta dihantar pulang ke mantiqah masing2 untuk kembali meneruskan pengajian & peperiksaan keesokan harinya.

~Terima Kasih BKASJ~

Cabaran Seorang "Tholibil iLmi"


Debaran datang meniti jambatan kehidupan... Sehari kini ibarat sejam masa berlalu, Pantas berlari mengejar setiap tindakan kita. Cabaran yang sama yang terpikul diatas bahu setiap seorang yang bergelar "Tholibul Ilmi"... Satu medan yang bakal menguji ditingkat manakah kefahaman seseorang terhadap ilmu yang dipelajarinya. :: Fatrah Imtihan  ::



Setiap manusia normal akan memastikan bahawa menjadi yang terbaik adalah sebagai matlamat kehidupan. Begitu juga difatrah ini, setiap individu pastinya mengharapkan dirinya menjadi seorang yang genius dimedan peperiksaan ini sebagai kayu ukur matlamat. Untuk memperoleh hasil sedemikian, semuanya sebenarnya terletak di tangan kita. Kita sendiri yang akan membuat keputusan samaada memperoleh peratusan yang tinggi, sederhana atau rendah.

Sejajar dengan Kalam-Nya yang memberi erti :
"Allah tidak akan merubah sesuatu kaum (setiap manusia) itu sehinggakan kaum itu merubah dirinya sendiri.."



Untuk kelebihan apa kita memperoleh keputusan yang cemerlang..?? Untuk dibanggakn..? untuk disebut..? untuk sijil..??. Tidak lain tidak bukan adalah demi memperoleh pengetahuan saintifik, teori2 kimia, mempelajari kisah ummat2 terdahulu, mencari keselesaan umat akan datang, dan lain2 semuanya terkepung didalam kumpulan ilmu Allah. Jadi, untuk itu doa amatlah diperlukan untuk dipermudahkan & dibukakan jalan kepada kita. 




Tetapi terkadang2 kita terlalu memberatkan isu ini. Sehinggakan ada yang sanggup berjaga malam demi mencapai matlamat kita untuk berjaya dengan cemerlang didalam hidup. Kemudahan hidup didunia. Tidak dapat dinafikan akan kebenarannya, tetapi alangkah beruntungnya jika kita meletakkan peperiksaan Allah adalah sebagai peperiksaan yang awlawiyat [diutamakan], kerana matlamat yang hendak dicapai didalam peperiksaan ini telahpun dijanjikan oleh Allah.

Kita ibaratkan hidup ini sebagai ujiannya, 
malaikat raqib & atid sentiasa mendampingi kita, 
dengannya benteng dosa pahala akan terbina, 
dan Syurga adalah ganjaran bagi sesiapa yang Allah Redha terhadapnya.

Salam Imtihan bagi mereka2 yang sewaktu dengannya. Bittaufiq wa Najjah.




Isnin

Penaklukan Sulung :: ke Syiria ::

Alhamdulillah..,, jutaan syukur padaNya kita masih dipinjamkan satu aset yang amat kita perlukan. Tanpa meminta, tanpa menmbayar sesen pun kepadaNya. Nikmat nyawa. Hadirkan hati nurani kita dalam bersyukur kepadaNya, & fikir2kanlah apakah hikmah Allah mengurniakan lagi Nyawa kepada kita...

Segmen kali ini membawa kita penaklukan sulung seorang musafir ke bumi Syam. Niat saya untuk ke tanah Syam dan ke Yaman terpasang kukuh bak binaan kongkrit setelah didengarkan kepada saya akan sebuah hadith nabi ketika saya masih dibangku menengah. Hadith tersebut berbunyi :-

عن ابن عمر قال : ذكر النبي صلى الله عليه وسلم :
 ” اللهم بارك لنا في شامنا، اللهم بارك لنا في يمننا”


Dari Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w menyebutkan : 
” Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami, 

Seingat saya, kata2 sahabat saya Wan Farid & seorang senior saya Muhammad Saed yang pernah membacakan hadith ini menembus ke telinga saya. Negeri Yaman sememangnya sebuah negeri yang dikhabarkan aman dan suasananya seperti suasana kehidupan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Manakala untuk makna negeri Syam terdapat beberapa tafsiran ulama' muhaddithin mengenai dimana terletaknya negeri Syam ini. Antara penafsiran yang termasyhur adalah tahan syam terletak di keseluruhan negara Syiria + sedikit kawasan di negara Jordan + sedikit kawasan di negara Palestine.

Tempoh seminggu sahaja lagi sebelum jamiah bermula akan kami penuhkan dengan aktiviti yang memberi manfaat, dan Alhamdulillah, peneklukan saya ke Negara Syiria pada cuti semester pertama saya diaturkan Allah. Bersama 4orang akhowat dan 3 orang syabab (termasuk saya). Tarikh 30 Januari 2011 menjadi batu loncatan buat kami untuk memulakan perjalanan.

Untuk tambang, sebanyak 50JD diselaraskan dan disimpan sebagai tambang kami pergi dan balik dan termasuk sekali dengan Visa. Tempoh masa dari Jordan ke Syiria saya anggarkan adalah 7jam sehala.

Kami tiba di syiria pasa waktu petang. Hampir sahaja dengan waktu maghrib. Hari pertama kami di Syiria hampir tidak percaya... apakah saya berada di jordan atau di syiria.?? kelihatan suasana keadaan di Syiria lebih damai berbanding Jordan.

Malamnya kami disantapkan dengan sedikit "talk" dari motivator terkenal Dato' Doktor Fadzilah Kamsah. Diaadakan di rumah persatuan PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia di Syiria). Bersama2nya ketika itu Pergarah EMJ (Educatoin Malaysian of Jordan) Ustz Haji Sulaiman bin Ismail.


ramai2 bergambar bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah

mendengar ceramah dari Dato Dr Fadzilah Kamsah


Keesokan harinya, kami dibawa ke "western union" semestinya utk exchange our fulus. Matawang yang digunakan berbeza daripada Jordan. Jordan menggunakan Dinar dan Syiria menggunakan Lera. 1000lera bersamaan dengan RM65 bagi tukaran wang dari Malaysia ke Lera. Manakala tukaran jordan ke syiria, 1JD bersamaan 65lera.

Kami ke Ma'had Fatah Al-Islami dimana ia merupakan salah satu universiti pelajar malaysia di syiria ini. Angin musim sejuk menyerbu menusuk ke badan kami. Sempat kami menghadiri 2 kuliah dari Universiti berkenaan. Satunya kelas yang disyarahkan sendiri oleh dari penulis kitab "I'ilamul Anam" yakni  Syeikh Nuruddin Al-Itir. Alhamdulillah, berpeluang untuk bertemu mata bahkan sempat bersalaman dengan seorang yang faqeh dalam pengajian islam ini. Walaupun beliau kelihatan berumur tetapi kudratnya untuk menyebarkan ilmu Allah ini tidak disia2kannya. Sifat pekerti yang patut ada pada seorang mukmin.

didalam maa'had fattah al-islami bersama ust amni, syakir


Setelah beberapa jam disana, Kami dibawa ke satu tempat makanan yang masyhur di syiria. Nasi Mandi Hadral Maut yang terletak di kawasan masakin, dimasyq. Semestinya Nasi Mandi disana membuatkan semua orang yang merasanya akan terpukau. Nasi yang berlemak, daging ayam setengah ekor utk satu hidangan, seketul kepala kambing utk satu hidangan, sebahagian daging kambing utk satu hidangan, laban, sambal. Subahanallah, bergetar2 lidah ketika menikmati hidangan tersebut. Sangat berbeza dengan Malaysia dan Jordan.


ber"mandi" di restoran Nasi Mandi bersama2 (dr kiri)
ust syakir, ust hakimin, ust muslim,ust amni, ust anas
hidangan kepala kambing
Nasi Mandi Hadral Maut terbaek~


Musafir kami bersambung kembali keesokan harinya, kami bertolak ke Suq Hamidi, ia merupakan deretan kedai2 yang beralaskan satu bumbung yang sama. Deretan yang sangat panjang dan pada hujung deretan itu terdapat Jami'e Umawiy (Masjid Umawiy..). Sebelum sampai ke Jami'e Umawiy, sempat kami bertandang ke Kedai "aiskrim tumbuk" Baqdash. Tidak dapat digambarkan keenakan rasanya aiskrim tumbuk ini. Ditambah dengan pelbagai perisa yang ada disitu.

di hapadan Tugu Salahuddin al-Ayyubi di luar suq hamidi
Suq Hamidi
"tempat turunnya imam mahadi kelak"
di dalam masjid Umawiy
di kedai aiskrim tumbuk baqdash 


pelbagai perisa aiskrim tumbuk ni, sdap + lembut,

sentiasa penuh dengan pelancong tempatan & luar


Selesai menunaikan solat fardhu zohor di jami'e umawiy. Kami berziarah ke maqam2 yang ada di sekitar ini. Maqam nabi Allah Yahya alaihissalam terletak betul2 di dalam jami'e tersebut. Di luar kawasan ruang solat itu terdapat pula Maqam "kepala" saidina hussein cucu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Meluncur pula kepada maqam salah satu tokoh pejuang islam yakni Maqam Salahuddin Al-Ayyubi. Persinggahan akhir untuk sesi kali ini adalah ke Maqam Saidatina Ruqayah anak kepada nabi Muhammad s.a.w.



maqam kepala saidina hussin
maqam Nabi Yahya a.s.
maqam Salahuddin Al-Ayyubi 

Moga2 diri ini bijak + berani bak beliau..
Malamnya, kami diundang bersama ke Majlis Ramah Mesra bersama YB Dato Mustapha Muhammad di  sebuah hotel ternama di Syiria ini. Beliau hadir ke sini bukan atas tiket Ahli Parlimen Jeli & Ahli Majlis tertinggi umno sahaja tetapi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau dikatakan mempunyai perbincangan bersama Presiden Negara Syiria ini.


YB Dato' Mustapha bersama pimpinan PPMS


Destinasi kami berikutnya, Maqam Arbaein, dikatakan tempat ini merupakan persinggahan 40orang wali2 besar satu masa dahulu. Bukan sahaja terkurung didalam lingkungan 40orang sahaja bahkan mereka silih berganti jika terdapat kekurangan yang berlaku dlm kalangan 40orang itu. Perjalanan ke maqam arbaein ini bukanlah mempunyai satu jalan yang mudah. Akan tetapi, perjalanan yang melibatkan pendakian sebanyak 500 lebih anak tangga utk sampai ke destinasi. Di atas ini juga terdapat tempat pembunuhan pertama di dunia yakni pembunuhan Qabil & Habil. Malangnya di tempat itu (qabil & habil) kami dilarang untuk mengambil gambar. :(




Bab Shoghir menjadi kawasan ziarah kami pada keesokan harinya. Kawasan ini terkenal dengan banyaknya maqam2 ahlul bayt nabi s.a.w. Isteri2 nabi, Anak2 nabi, Cucu-cicit Nabi dan sebagainya. Tidak terkira banyaknya. Dan hal inilah yang menyebabkan ramainya ahli2 syiah disini. Wahabi memang dilarang secara qati'e disini tetapi menghalalkan syiah. Dan yang paling terkilan adalah apabila melihat Maqam Saidina Muawiyah yang kelihatan "hancur" dikerjakan dek Syiah ini. Diberitakan kaum syiah ini membuang air besar & kecil, menghentam dengan batu & kayu, dsbgainya. Moga2 Allah mengurniakan mereka hidayah & keampunan kepada mereka.


40 kepala2 yang dipenggal dikira syahid. di medan karbala.
antara nama pemilik kepala2 diatas..




batu karbala' batu kaum syiah bersujud


Sebelah malamnya, Syiria "ditandang " oleh ahli majlis tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ust Nasharuddin Isa. Diadakan dirumah persatuan PPMS. Al maklumlah, mahasiswa2 di Syiria juga dikenali dengan mahasiswa bergraduan Islami. Matlamat setelah pulang ke Malaysia adalah membantu kepada wadah perjuangan ISLAM seperti juga mahasiswa Mesir. Manakala mahasiswa Jordan pula tidaklah dilabelkan sedemikian. Atas alasan itu jugalah kerajaan sekarang mengiktiraf  mahasiswa2 lulusan Jordan dan diambil berkerja lebih mudah berbanding mahasiswa2 Mesir & Syiria. Tetapi bukan itu  yang patut dijadikan sebagai kayu ukur seseorang itu kaya dengan ILMU. Bagi  pendapat saya graduan Mesir & Syiria lebih patut diberi pengiktirafan kerana terkenal dengan keaslian & keizzahan ilmu.


ketika ust nasharuddin menyampaikan tazkirah...


Selain Syiria ini terkenal dengan orang arabnya yang baik dan suka membantu. Alhamdulillah nikmat kekayaan ilmu & ulama2 juga dapat dinikmati disini. Pengajian talaqqi sesama syeikh2 juga tidak kami lepaskan. Ramai ulama', fuqaha', muhaddithin yang sempat kami temui. Antaranya Syeikh Said Ramadhan Al-Buty, Syeikh Mustapha Bugha, Syeikh Waliyuddin, Syeikh Nuruddin Al-Itir, dan lain2 lagi. Kitab Muat'ho Imam Malik, Shohih Bukhari, Shohih Muslim, dll.. alhamdulillah sempat kami pelajari dengan ulama2 disini.


syeikh mustafa bugha sedang khusyu' mengajar


Bagi yang berkelapangan. Bolehlah datang syiria dan merasai sendiri kenikmatan bertalaqi,  keenakan makanan, keharmonian suasana serta nyaman hati tikamana sepanjang keberadaan disana. Rindu syiria.~ 


sempat kami bermain salji di Buldan

tulisan hijau =  tempat2 menarik yg sempat kami lawati. Kebanyakannya pernah terpapar didalam rancangan Majalah 3 di Malaysia.


Jumaat

Percutian semester pertama.. ahlamdulillah, [updated..]

 "  Berjalan,bermusafirlah  "

melihat kebesaran tuhan

yang diciptakan untuk

mereka yang berfikir...

dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia  "


Lirik lagu nesyed kumpulan Mirwana  bertajuk Hikmah Kembara berligat bermain disekitar billion neurones didalam sel2 otak yang seterunya bergerak laju menuju ke synapes dan kemudiannya menghasilkan gelombang kepada memahami pengertian lirik secara maknawi..

Niat mengembara melihat keindahan ciptaan anugerah Allah & mencari ilmu, sentiasa saya paterikan didalam hati ketika diambang cuti semester ini... dibimbangi akan hadir tujuan2 lain yang berkemungkinan tidak membuahkan sebarang hasil (pahala) dapat diperoleh.

Mengikut apa yang saya pelajari.. Manusia akan bertranformasi mengikut detik frekuensi fikirannya.Insan bertukar wajah kewajah2 pemikiranya setiap detik... "setiap yang dipandang" adalah wajahnya. Insan memiliki berjuta wajah per/saat seperti susunan pita filem. Insan sentiasa meneliti dan menemui wajahnya "sendiri" dalam setiap hal keadaan..

fahami & telililah....


Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FEMAK) menjadi pengisian pertama saya pada cuti fasal ini. Diadakan di Mu'tah dan mengumpulkan 4buah mantiqah [amman - mafraq  - mu'tah  - irbid]. Masing2 disajikan dengan pelbagai acara sukan untuk dipertandingkan diantaranya... Ping-pong, Takraw, Badminton, Futsal, Bola Tampar, Chess, Dam haji, dan banyak lagi..

Tiket ke program ini disediakan dan bagi yang tidak mempunyai tiket ini tidak akan dapat menghayati intipati program secara keseluruhannya. Tiketnya diedarkan secara percuma dan ia boleh didapati didalam jiwa murni masing2, dan ia adalah "Ukhuwah Islami". Tanamkannya semasa berprogram insyaallah matlamat merapatkan ukhuwah dari pelaksana program akan terlaksana dengan Gemilangnya.

antara peserta pertandingan bina walpaper




Universiti pelajar malaysia di jordan di mantiqah Mafraq dikenali sebagai University Al-Bayt. Persinggahan saya seterusnya adalah ke mantiqah berkenaan. Sepanjang saya disana, banyak kunjungan dan aktiviti yang dipenuhi dan dipimpin oleh sahabat2 disana. Sempat saya rakamkan beberapa kenangan di sana selama beberapa hari.


Antara kawasan menarik di mantiqah ini dikhabarkan ada sepohon pokok yang menjadi tempat rasulullah berteduh satu ketika dahulu. Hasrat ke sana ditanam erat, namunpun begitu, hasrat itu bertukar hampa dek kerana kebiasaannya pemandu2 teksi, jarang mengenai tempat itu dan mengikut senior2 kami, tempat itu jauh tersembunyi di kawasan pedalaman kampung. :(




di pintu masuk jamiah (universiti)

siapa intai kt belakang tue..?? :)

bersama syakir, firdaus di kreta api lama di jamiah al-bayt



Selang beberapa hari disana. "Kami" teruskan berhijrah untuk menziarah sahabat di mantiqah Irbid. Di mantiqah ini terdapat dua buah Jamiah yang kebiasaannya terdapat limpahan pelajar2 Malaysia.
Univercity Of Yarmouk & Jordan Univercity of Sceince and Technology (JUST). Sepanjang keberadaan disana, saya diatur oleh Allah untuk berkunjung ke dua kawasan menarik di jordan. Ummu Qais & Ma'rakah Yarmouk (Medan perang yarmouk).


Ummu Qais




satu sudut di ummu qais


antara tinggalan bangunan yg masih kukuh


ziarah bersama haji idris al-kailani


semua tengok apa tu..?


salah satu pintu yang masih wujud tersergam

Dikatakan runtuhan gereja & kuil ummu qais ini..


dataran ummu qais menjadi saksi ukhuwah kami..

rehlah mahasiswa Jordan Yik 2010
Ziarah Ummu Qais mahasiswa YIK ke jordan 2010

Setelah Ke Ummu Qais. Kami bergerak pula ke detinasi seterusnya... Ma'rakah Yarmouk (Medan Perang Yarmouk)

Sedikit information sebagai penguat keyakinan kita terhadap perjuangan islam.
Peperangan Yarmouk adalah perang antara tentera Islam dengan tentera Rom.ia berlaku pada bulan Ogos, tahun 636 Masihi bersamaan dengan tahun ke-15 Hijrah,empat tahun selepas kewafatan Rasulullah saw.(ada pendapat lain mengatakan pada tahun ke-13 Hijrah)dan ianya berlaku ketika zaman pemerintahan al-Farouk,Khalifah Umar bin al-Khattab.\

Tentera Islam pada masa tu telah dipimpin oleh pedang Allah,Khalid al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah manakala tentera Rom pulak telah dipimpin oleh Heraclius dan George Theodorus
Dianggarkan ketika perang yarmouk ini tentera islam 24,000 ~ 40,000 manakala tentera Rom jauh lebih mendahului iaitu 100,000 ~ 400,000 orang.



di sini dikatakan tempat Khalid al-Walid memerintah 

Dalam perang ni,terselit beberapa kisah yang boleh kita ambil iktibar daripadanya.kisah yang pertama ialah kisah yang agak masyhur iaitu kisah seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Jahim bin Huzaifah cuba memberikan air kepada sahabat-sahabatnya semasa peperangan tersebut. Hendak beri kepada sahabat yang pertama,tapi sahabat itu mmendahulukan pada sahabat lain.

bukit Khalid Al-walid dinamakan sempena kecemerlangan strategi beliau

Hendak beri kepada sahabat yang kedua,sahabat kedua ni mempunyai pekerti sama seperti sahabat pertama. Pegi kepada sahabat lain yang lebih memerlukan.kemudian,bila beliau nak beri air kepada sahabat yang ketiga,sahabat tersebut dah pun syahid.maka,beliau pun patah balik kepada sahabat kedua,sahabat tu pun turut syahid. Berpatah balik kepada sahabat pertama, turut syahid. 

Subahanallah, kisah ukhuwah mereka manis didengari. mengutamakan sahabat berbanding dirinya walaupun mengorbankan nyawanya sendiri. Moga2 kita dikurniakan sahabat dan menjadi seorang yang berukhuwah hingga ke tahap itu. Ameen Ya Rabb..

panorama indah di ma'rakah yarmouk ini

Kisah kedua,kisah pengislaman George Theodorus,ketua tentera Rom oleh Khalid al-Walid Saifullah.Khalid al-Walid bertarung dgn George Theodorus ini berlawan bukan dengan menggunakan mata pedang sebaliknya menggunakan lidah.beliau telah berdialog dengan Geogre beberapa perkara tentang Islam,dan akhirnya George ni pun masuk Islam.kemudian,George ni pun sama-sama berjihad dengan tentera Islam melawan tentera Rom(tentera beliau sendiri pada mulanya) dan akhirnya beliau mati syahid sebagai seorang pejuang Islam



Di Ma'rakah Yarmouk (Medan perang)
Saya juga berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis zikir & tazkirah agama di Masjid sekitar kawasan Yarmouk ini. Mengutip nasihat, pesanan, taujihad dari para alim sememangnya membina taman didalam hati kita.Tenang. Suasana taman dari satu sudut dasar hati ini seolah2 akan ditiupkan tiupan angin sepoi2 bahasa, ditambah dengan cicipan burung2 sekaligus membina ketenangan yang nyaman tetapi sayang ia hanyalah bersifat sementara.

iklan Maljis Ilmu 

seikh ismail al-kurdi..


Syeikh Ismail al-kurdi ini merupakan diantara tokoh2 yang di"highlight"kan namanya oleh al-habib Umar ben Hafidz. Didalam portal Habib Umar, dia mengazetkan tokoh2 ulama kibar di seluruh negara dan  nama beliau (Seikh Ismail Al-Kurdi). Beliau juga adalah anak kepada ulama' besar jordan Almarhum syeikh Saeed Muhammad Al-kurdi. Alhamdulillah berpeluang menghadiri ceramah beliau. 

maqam almarhum Syeikh Muhammad Saed Al-Kurdi
 bersana Syeikh Ismali Al-kurdi

bersama mufti mantiqah Mafraq,

majlis ilmu bersama ulama'2 jordan


Bagi saya, Ketenangan seperti itu juga dapat diwujudkan apabila hubungan kita dengan pencipta tidak jauh, sering berasa diri ini hampir denganNya. Cara untuk memperbaiki ke"akrab"an kita dengan Allah adalah dengan ILMU. Manakala ilmu, tidak akan kita peroleh tanpa wasilah guru dan para alim ulama'. Oleh itu pesan saya kepada diri saya khususnya, hampirkanlah diri kita dengan para fuqaha', Ulama, Guru, Syeikh, Insan2 yang lebih berlilmu daripada kita kerana pada mereka terdapat jongkongan emas ( ilmu ) yang  berharga sebagai bekal kita di akhirat kelak.

p/s : Perkongsian percutian saya ini, tidak saya nilai dari sudut pengalaman sahaja, tetapi moga2 sebarang maklumat, pengajaran dan intipati dari perkongsian insan kerdil ini dapat sama2 kita hayati demi membina kemaslahatan ummah. Perkongsian mengenai percutian saya tidak ternoktah disini, bahkan bersambung disebuah sebuah Negara yang tidak pernah saya jejakkan diri saya kesana. Ke Bumi Syiria.....



 mantiqah = zon @ negeri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...