Setiap manusia normal akan memastikan bahawa menjadi yang terbaik adalah sebagai matlamat kehidupan. Begitu juga difatrah ini, setiap individu pastinya mengharapkan dirinya menjadi seorang yang genius dimedan peperiksaan ini sebagai kayu ukur matlamat. Untuk memperoleh hasil sedemikian, semuanya sebenarnya terletak di tangan kita. Kita sendiri yang akan membuat keputusan samaada memperoleh peratusan yang tinggi, sederhana atau rendah.
Sejajar dengan Kalam-Nya yang memberi erti :
"Allah tidak akan merubah sesuatu kaum (setiap manusia) itu sehinggakan kaum itu merubah dirinya sendiri.."
Untuk kelebihan apa kita memperoleh keputusan yang cemerlang..?? Untuk dibanggakn..? untuk disebut..? untuk sijil..??. Tidak lain tidak bukan adalah demi memperoleh pengetahuan saintifik, teori2 kimia, mempelajari kisah ummat2 terdahulu, mencari keselesaan umat akan datang, dan lain2 semuanya terkepung didalam kumpulan ilmu Allah. Jadi, untuk itu doa amatlah diperlukan untuk dipermudahkan & dibukakan jalan kepada kita.
Tetapi terkadang2 kita terlalu memberatkan isu ini. Sehinggakan ada yang sanggup berjaga malam demi mencapai matlamat kita untuk berjaya dengan cemerlang didalam hidup. Kemudahan hidup didunia. Tidak dapat dinafikan akan kebenarannya, tetapi alangkah beruntungnya jika kita meletakkan peperiksaan Allah adalah sebagai peperiksaan yang awlawiyat [diutamakan], kerana matlamat yang hendak dicapai didalam peperiksaan ini telahpun dijanjikan oleh Allah.
Kita ibaratkan hidup ini sebagai ujiannya,
malaikat raqib & atid sentiasa mendampingi kita,
dengannya benteng dosa pahala akan terbina,
dan Syurga adalah ganjaran bagi sesiapa yang Allah Redha terhadapnya.
Salam Imtihan bagi mereka2 yang sewaktu dengannya. Bittaufiq wa Najjah.
1 nasihat:
BITTAUFIQ WANNAJAH YA SOHABATI..=)
Catat Ulasan