Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Khamis

Bagaimana dengan keadaan di JEPUN sebenarnya..??

Jepun merupakan salah sebuah negara yang diiktiraf Negara Maju didalam negara2 didunia. Malaysia pula diiktiraf sebagai Negara Membina yang membawa erti Malaysia masih dalam merangkak, belajar , membina mencapai kemajuan negara secara amnya.

Seingat saya, Jepun masih mempunyai bekalan minyak, gas, arang batu, tetapi berkuantiti sedikit & terhad. Atas sebab itu, pihak Jepun perlu mngimport jumlah yang berkuantiti besar untuk menyokong sumber tenaga bagi disalurkan ke bandar2di Jepun. Oleh itu, tenaga nuklear di jepun merupakan salah satu daripada beberapa jenis tenaga yang dapat menampung kemajuan negara & ekonomi. Jepun tidak mempunyai banyak pilihan.

Berita khabar mengenai kekecohan rakyat di Jepun ini hinggap di telinga saya sebaik sahaja saya pulang dari solat fardhu jumaat minggu lepas. "Jepun Dilanda Gempa Bumi".

Hadir jauh disudut hati saya memikirkan mengenai banyaknya kejadian bencana2 alam yang berlaku era ini. Mungkinkah ini tanda yang Allah cuba suluhkan kepada kita sebagai seorang mukmin untuk terus beristiqamah dalam menyeru kepada jalannya. Teringat kata2 seorang sahabat  ketika bersama mentiti perjuangan islamiyah ini.
"Cari & lakukan seseuatu yg boleh kita jadikan sebagai aset
untuk kita sumbang kepada Islam ini"

Sehungga kini saya cuba memanipulasi apakah makna sebenar yang cuba disampaikan kepada saya. Sama2 fikirkan dengan mengunakan teropong akal fikiran yang berpandangan lebih jauh kehadapan.


Disebalik kejadian Gempa bumi dikatakan berskala ricter 8.9, Akibat gegaran yang kuat dari sebelah utara & selatan dunia... Tsunami pula menimpa Jepun. Tsunami kali ini cukup untuk membanjiri kawasan di negara itu. Ditambah bebanan rakyat2 Jepun dengan kejadian letupan loji Nuklear. Dan sekarang timbunan kruncingan mula bertambah apabila salji lebat turun dikawasan banjir tsunami.

Letupan ini berlaku akibat tong yang menyimpan nuklear ini menghadapi kebocoran akibat tusukan ombak tsunami. Rentetan itu, air yang tersimpan didalam loji nuklear mula keluar dan besi yang mengendali tenaga nuklear ini kepanasan akibat kekurangan air. Kepanasan yang teramat inilah yang menjadi punca utama ketidakstabilan nuklear ini seterusnya mula menyebarkan radiasi2 yang kurang sihat.

Seterusnya rakyat seluruh negara mula menjadi kelam kabut tikamana tersebarnya sebuah messege yang berbunyi :-

"A nuclear plan in Fukumi, japan exploded at 4.30AM today. If it rains tomorrow or later dont go outside. If  you are outside. If  you are outside be sure that you have rain protector. Its acid rain . Dont let it touch you. You may burn, lose your hair or have cancer. Please stay safe and remind everyone you know."

Semasa mengikuti perkembangan perihal bencana alam ini. Terjumpa beberapa link, video & bebrapa keping gambar untuk menceritakan keadaan realiti sebenar disana. Sama kita ringankan tangan kita untuk meng"roll + click mouse" pada link2 berkaitan untuk melihat bagaimana keadaan saudara2 kita yang berada di sana:

1)Video letupan loji nuklear di Jepun

2)Keadaan Jepun sebelum, semasa & selepas kehadiran tsunami.
[**gambar boleh di drag kiri- kanan]

3)Gambar2 boleh "roll" dibawah..



rumah2 hancur dihanyutkn arus

salji lebat membanjiri Jepun

ada sebuah kapal sedang hanyut dibawa pusaran

mangsa gempa bumi

air ombak besar merempuh bangunan2


air terus menerus membanjiri Jepun

mangsa2 yang ditempatkan di rumah kebajikan

akibat gempa

masing2 berusaha menyelamatkan diri ketempat selamat

runtuhan tanah hasil gemaan bumi
kekuatan ombak
ketinggian ombak

Dan berita baik bagi masyarakat di Malaysia ;



Pelepasan radioaktif tidak mungkin sampai ke Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun Jumaat lepas, adalah rendah dan tidak mungkin akan sampai ke Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
“Maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam.
“Had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam,” katanya.
Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini, katanya.
Ongkili berkata, kementeriannya melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. – Bernama\…..
**************

Marlah sama2 kita intropeksi kembali diri kita, keluarga kita, masyarakat sekawasan dengan kita, negara setrusnya dunia kita, adakah kita sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Mungkinkah masyarakat negara kita sudah terlepas 100% dari pandangan-Nya..? sama2 baiki diri dan sampaikan ajaran islam ini kepada orang lain. Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang dapat mengecapi nikmat syurga diakhirat kelak.

Dan moga2 ummat islam yang berada disana terus tabah meniti ranjau duri yang diuji oleh Allah. Mudahan2an mereka terus menerus membuat pergantungan kepada Allah dan dikuatkan + diMantapkan iman. Ensyaallah meraka disana akan tenang sekiranya kita menghujani mereka dengan doa2 seluruh ummat islam.

"اللهم سلّمنا"

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...