Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Ahad

Hari Keluarga Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan sesi 2010/2011

Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan [BKASJ] pada sesi 2010 & 2011 ini telah menyediakan satu medan untuk kita berukhuwah fillah dengan mengadadakan program yang menjadi kebiasanya memang akan membuahkan hasil tautan perkenalan. Program Hari Keluarga untuk semua ahli negeri selangor yang menyambung pengajian di Jordan ini. Kawasan yang menjadi pilihan ramai alhi BKASJ untuk mengadakan hari keluarga ini tertumpu di pantai Aqabah.


Serba sedikit mengenai Hari Keluarga ini,
Kami disajikan dengan aktiviti2 sukaneka yang menarik, berBBQ & bermandi manda disekitar kawasan. Tiga permainan bermodul terpilih untuk aktiviti sukaneka ini dan masing2 diberi nama dragon tails, snakes & rebut gula2 dlm laut. Setiap kumpulan alhamdulillah memberikan komitmen yang penuh untuk setiap aktiviti2 yang dijalankan sepanjang program.

SUBAHANALLAH!!
Syukur tidak tergambar memomentumkan getaran didasar hati ini apabila turun menyelami pantai Aqabah ini. Pertama kali didalam hidup, berhadapan secara live dengan terumbu karang dan dengan kehidupan yang tinggal dalam dilautan. Antara yang sempat diteropongi di laut ini Landak Laut, Terumbu2 karang, Ikan Nemo, dan banyak jenis ikan yang saya tidak didefinasikan nama2nya. Semuanya mengharmonikan jiwa yang kelut kesah ini. Keindahan makhluk2-Nya membuktikan akan keindahan & kekuasaan Allah tiada tolok bandingannya dengan sesuatu yang lain.


ikan nemo dan banyak lagi ikan2 lain yang terdapat didalam lautan Aqabah
keIndahan terumbu karang disini megikat hati untuk kembali  ber diving
beberapa ahli BKASJ  terkena duri yang landak laut 
landak laut


Majlis bersurai sebaik sahaja mendengar ucapan pengguhan dari Ust Sulaiman bin Che Ismail ketua EMJ [Education Malaysians Jordans]. Beliau diberi taklifan untuk menjaga segala perihal urusan mahasiswa2 yang berada di Jordan.Dan aktiviti seterunya adalah aktiviti pengambaran secara beramai-ramai diantara peserta2 Hari Keluarga sesi 2010/11 ini.

Terkenal Aqabah ini dengan kemurahan barangan2 berbanding di tempat2 lain dipelusuk Jordan. Ia disebabkan pantai Aqabah ini merupakan kawasan bebas cukai utk Negara Jordan. Jadi, disebabkan alasan ini masing2 diberi ruang untuk membali belah di sekitar bandar Aqabah. Sebaik sahaja usai, setiap peserta dihantar pulang ke mantiqah masing2 untuk kembali meneruskan pengajian & peperiksaan keesokan harinya.

~Terima Kasih BKASJ~

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...