Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan

Isnin

Konvensyen Undang Undang Jenayah Syariah


Bismillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda s.a.w


Knvensyen Undang-Undang Jenayah Syariah

11 Disember 2014 – Hotel Istana, Kuala Lumpur
Seminggu sebelum konvensyen bermula, saya dipanggil oleh Masters Chambering, Puan Marlina Amir Hamzah atas tujuan untuk mendaftar bagi menghadiri satu seminar anjuran khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan undang-undang jenayah syariah. Daftaran dibuat melalui seketeriat PPMM saudara Iza’an Azalan dibawah kuota Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Sedikit perkongsian megenai atucara konvensyen yang berlansung selama satu hari, pada sebelah pagi, tetamu jemputan yang menjadi undangan pada konvensyen kali ini adalah Ketua Pengarah JAKIM sendiri YBhg Dato’ Hj Othman bin Mustapha, seterusnya  majlis perasmian konvensyen ini dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Bahrom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pembentangan kertas kerja

Kertas kerja 1
- Tuan Abas Nordin (Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia)
- Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) : Isu-isu dan Masalah Berbangkit

Kertas Kerja 2
- Ybhg Dr Siti Zubaidah Ismail (Universiti Malaya)
- Undang2 Jenayah dlm Konteks Perundangan

Kertas Kerja 3
- Ybhg Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz ( Institiut Kefahaman Islam Malaysia)
- Undang Undang Jenayah Syariah dibawah struktur Persekutuan Malaysia : satu perspektif perlembagaan


Kertas Kerja 4
- YBhg Tuan Abd Kadir Jailani & YBhg Tuan Masran Muhamad (Jabatan Penjara Malaysia)
- Perlaksanaan Hukuman Sebat dalam kes jenayah syariah : Teori & Praktikal


Kertas-kertas kerja bagi yang berminat boleh emailkan pada elfarisi_islamique@yahoo.com




Gambar sekitar Konvensyen

dari kiri Tuan Zainal, Tuan Masran (Jabatan Penjara Malaysia), saya, dan Pn Yusmawati

semasa sesi pendaftaran kovensyen

antara hidangan pada sesi tengahari

inside godies bag


Slot 1 : YBhg Tuan Abas Nordin

peserta-peserta konvensyen

slot ke 2 : YBhg Dr Siti Zubaidah

diantara penanya soalan

Akhi Mukhlis , chambering dari firma Puan Siti Razasah (PPMM)

antara Peguam yang aktif bertanyakan soalan

Rabu

Temuduga Peguam Syarie Negeri Kelantan


Pagi isnin yang hening,

Sedang saya menjengah beberapa e-mail yang masuk didalam peti simpanan dengan khusyuk, deringan telefon lenovo memecah kesunyian pagi itu, serta merta dikeluarkan telefon bimbit kesayangan itu dari saku dan mendapati bahawa panggilan itu dibuat daripada luar negeri, kod panggilan 09-746****

“..eish, dari Kelantan ni… siapa pulak yang nak call aku pagi-pagi ni..”
monolog saya sendirian.

tanpa membuang masa, deringan itu segera saya matikan dengan menjawab panggilan tersebut.

“…. Saya buat pangilan dari mahkamah syariah negeri Kelantan, nak memaklumkan kepada saudara untuk panggilan temuduga pada hari ahad depan, bersamaan 23 November 2014….”

Panggilan Temuduga
http://communitytable.com/wp-content/uploads/2013/09/job-interview-questions-ftr.jpg


“…wah, wah, wah… tak tersangka application diterima “

dengan panggilan yang tidak disangka-sangka itu, merubah kerajinan saya, membawa saya kepada perlunya saya untuk bersedia sebaik mungkin untuk mendepani temuduga itu pada hujung minggu ini.
Teruja !

pantas, saya capai aplikasi whatsapp dan di scroll  group-group yang ada didalam telefon bimbit dengan hasrat untuk berkongsi berita gembira ini kepada rakan-rakan yang turut membuat permohonan ini.

Rakan-rakan saya kebanyakannya sudah ditempah tarikh itu dengan komitmen-komitmen yang tersendiri. Ada yang terlibat sebagai pengarah didalam program sukan anjuran Ahli Majlis di kawasan dikediamannya, ada juga pada tarikh yang sama juga mempunyai satu lagi temuduga di luar kawasan sebagai pegawai pendidikan DG41.

Setelah berbincang pendapat dengan keluarga masing-masing, akhirnya semua dibenarkan untuk pergi ke temuduga yang akan dijalankan di mahkamah tinggi syariah negeri Kelantan.

Disebabkan saya dan beberapa rakan kini sekarang sedang melanjutkan pelajaran dibawah kursus DAIJ di IIUM pada setiap hujung minggu, jadual kami untuk bertolak ke temuduga itu dilewatkan sehingga lewat petang atau malam pada hari sabtu. Ini kerana kelas yang diadakan pada setiap hujung minggu itu amat memainkan peranan yang besar untuk memberi kefahaman tentang selok belok secara praktikal bagaimana untuk menjadi seorang pengamal undang-undang di Malaysia.



Betolak ke Kelantan


Kami bertolak menuju ke Kelantan boleh dikatakan agak lewat. Mencecah jam 1 pagi pada 23 November 2014, Toyota Estima yang mempunyai kelajuan enjin 2400cc, mula memecut laju memecah kesunyian malam. Saranan berbentuk kata-kata semangat dari ibu seorang dari kami yang juga merupakan seorang peguam syarie memberikan kepada kami suntikan untuk lebih bersedia menghadapi temuduga pada keesokan harinya.

Sebelum kami semua merehatkan diri, kami sebulat suara telah bersetuju untuk bangun pada jam 3.30am untuk mengulang kaji perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan temuduga di dalam perjalanan.


Ternyata hampir-hampir kami semua tersedar dalam satu masa yang sama, dan perancangan untuk mengulangkaji secara soal jawab diteruskan tanpa sebarang perkara yang menghalang. Ulangkaji mengenai enakmen-enakmen yang digunapakai oleh kerajaan negeri Kelantan, prosedure dan peringkat-peringkatnya  di dalam mahkamah, penggunaan istilah-istilah mahkamah seperti interlokuteri, ex-parte, injunksi, eksibit, pecahan Kaedah2 usul fiqhiyah, pembahagian maqasid Syariah, dan banyak lagi topik yang menjadi perbualan kami sepanjang perjalanan. Entah berapa kali kabus tebal kami tembusi sepanjang perjalanan, menandakan suhu di luar kenderaan ketika itu berada di tahap yang rendah. Kesejukan.

http://wwwf.imperial.ac.uk/blog/studentblogs/aislinn/files/2011/04/kid-studying-300x260.jpg

Kami kemudiannya berhenti pada sebelah pagi untuk menunaikan solat fardhu subuh di kampung halaman saya di Kuala Krai. Di situ, kami bersiap-siap dengan mengenakan pakaian yang sesuai dengan etika pemakaian peguam syarie dengan baju putih kemeja berlengan panjang, kot, tie, dan songkok bagi lelaki. Dan tudung putih, jubah / baju hitam serta kot bagi perempuan.

Dihidangkan dengan bihun goreng, telur goreng,  keropok keping , air teh o dan teh panas menjadi sarapan kami pada pagi itu.




Sesi Temuduga Bermula

Melepasi kawasan bersawah di kiri dan kanan sepanjang perjalanan, melalui jalan pasir mas – kota bharu, ternyata kini Mahkamah Syariah Negeri Kelantan sudahpun berada dihadapan kami. Signal kereta diberikan ke sebelah kiri dan jam 10 pagi, kami semua sudahpun terpacak di perkarangan Mahkamah.

Semasa mendaftar, angka giliran kami mencecah ke nombor 50an, 60an. Kami diantara calon temuduga yang boleh dikategorikan lewat berbanding yang lain. Namunpun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami yang diasah sejak pagi tadi.  

Tidak kurang ramai juga calon-calon temuduga yang turut hadir dari negeri-negeri luar seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, wilayah persekutuan KL, Johor, dan sebagainya. Ada yang sudahpun beramal sebagai peguam syarie di negeri lain, dan ada juga yang baru pertama kali menghadiri sesi temuduga seperti kami. 


Temuduga kali ini dihadiri oleh beberapa panel yang berpangkat Dato’. Diantaranya merupakan Sohibus Samahah Dato’ Haji Syukri Bin Ahmad selaku ketua Mufti Agama Islam Negeri Kelantan, YAA Dato’ Haji Daud bin Muhammad selaku ketua Hakim Syariah Negeri Kelantan, ketua pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dan lain-lain.  

Risau. Setiap kali ada pihak yang sudah melepasi sesi temuduga. Pasti ada pihak yang menggerumuni untuk bertanyakan mengenai soalan yang ditanya sepanjang temuduga berlansung.

Diantara soalan yang ditanyakan adalah :-
- Berkaitan tentang nisbah faraid bagi anak lelaki-suami-datuk-dsb.
- Soal isu semasa, isu transgender.
- Diminta untuk membaca teks-teks arab tanpa baris, serta terjemah.
- Soal hakim Wanita, pandangan islam mengenainya. Khilaf2 ulama’
- Iddah bagi lelaki. Ceritakan.
- keadaan mana yang dikira Nusyuz bagi lelaki.
- Kefahaman berkenaan Tariqat-tariqat yang wujud.
- Soal latar belakang pendidikan masing-masing masing
- Penceritaan serba ringkas tentang subjek-subjek yang diambil
- Sebutkan kitab-kitab turath yang dipelajari beserta nama-nama pengarang.
- dan pelbagai-bagai lagi.

Kemuncak debaran kami disahut tenang, apabila nama kami semua dipanggil didalam satu kumpulan, dan seorang demi seorang keluar dari bilik temuduga dengan wajah yang berseri-seri. Soalan-soalan yang ditanya semuanya well-prepared. Tawakkal pada Allah selepas usaha yang dah dibuat.



Natijah Akhir Temuduga Peguam Syarie Negeri Kelantan

23 November 2014, Lundang – Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Dimana pada sebelah petangnya, di edarkan satu salinan nama-nama yang layak diterima masuk sebagai peguam syariah negeri Kelantan. Bagi nama-nama mereka yang ada diminta untuk menurunkan tanda tandangan masing-masing.

“ Alhamdulillah….”

Masing-masing mengoyakkan senyuman di wajah ceria. Menghilangkan mulus wajah yang gundah dan gelisah beberapa ketika tadi.

Debaran kami tiba ke penghujung, apabila kesemua kami ber-enam lulus didalam ujian temuduga itu dan layak untuk menerima tauliah dari Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan juga pada hari yang sama.

Ibu bapa serta keluarga terdekat calon-calon dibenarkan untuk turut mengambil bahagian didalam sesi tauliah oleh YAA Dato’ Haji Daud Muhammad.











Semasa prosiding berlansung, YAA memberi beberapa pesanan ringkas untuk peringatan dan sebagai persediaan awal kepada mereka yang telah lulus temuduga, diantaranya,
- Penerimaan masuk peguam syarie negeri Kelantan tahun 2000
- Lantikan dibawah kaedah-kaedah peguam syarie 1982,
- seksyen 81, enakmen pentadbiran seksyen 18.
- memperingatkan bahawa dengan menjadi peguam ini, membantu pihak mahkamah menegakkan keadilan.
- Perlu untuk sentiasa damping ulama’ dan orang yang berilmu dan berpengetahuan
- Mengikut etika dan procedure sebagai seorang peguam Syarie.
- Perlunya untuk banyak pengetahuan, banyak ilmu, dan banyakkan membaca.
- Banyakkan merujuk kitab-kitab yang membantu menambah kefahaman dan ilmu.
- Memberi penekanan kepada hukum syarak itu sendiri.
- dapati banyak lawyer-laywer yang menghujjahkan keputusan tak selaras dengan hukum syarak.
- Juga diantara sikap buruk lawyer, tidak membuat persediaan yang secukupnya sebelum prosiding bermula, dan juga tidak menepati masa, banyak membuat tangguhan, dan sebagainya.

Usai sesi tauliah dijalankan, masing-masing mengucapkan tahniah kepada rakan rakan, dan dibenarkan untuk bergambar, mungkin ia boleh dikongsikan sebagai kenangan kita di masa masa akan datang.  
 
 
di antara calon temuduga lelaki yang berjaya mendapat
tauliah sebgai peguam syarie negeri kelantan

di antara calon temuduga wanita yang berjaya mendapat
tauliah sebgai peguam syarie negeri kelantan



Perjalanan seribu langkah pasti akan bermula dengan langkah pertama. Perjalanan kami masih lagi jauh, mohon doa semua agar langkah-langkah yang kami tempuhi ini tidak tersasar, juga meraih rahmat dan inayah Allah s.w.t.

Jumpa lagi di masa akan datang. Sekian.



sekian dari kami


Anas Abd Rahman
Peguam Syariah Negeri Kelantan Darul Naim 2014

Isnin

:: Ku Lihat Hijau ::

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHKrmCvwEU9pMyWN5jRoXIdVykADzGTBsd-_68h5faoObv_1GQhz8oSjmRT61B-a8WhWWL52pAaHaj3TB3lZ85Wz_JFH9KRpNffAFs9k5YQkw3hvbuKvAYbpwAICgklXvHNcFbVj1Y3IM/s400/kulihat+hijau....jpg

" Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri "

Telefon bimbit berjenama Nokia dicapai lantas jari menekan butang nombor 013-3**79**,
Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang KLIA, kedua ibubapa kemudiannya tiba menyambut kepulangan ke Tanah Air tercinta...

suasana di dalam kereta tidak sunyi walaupun sesaat, kedengaran riuh bertebaran didalam kereta Toyota Unser. Mana tidaknya, enam orang adik-adik yang mempunyai pelbagai sifat dan perangai yang tersendiri membuatkan tidak kering air liur melayani karenah mereka.  

" malam ini ensyaAllah kita akan bertolak ke negeri
 kedah menaiki bas kawasan..., jam 10.30pm dari masjid.."

ujar si ayah secara sepontan yang sedang memandu perjalanan pulang menuju ke rumah yang selama dua tahun tidak dikunjungi saya.

*    *    *    *    *    *    *    *   

2.15am
1 Jun 2012
R&R Tapah

' Break For A While '

Ratusan bas persiaran, bas sekolah & kereta kelihatan di segenap ruangan parking kenderaan semasa di R&R Tapah, semuanya penuh dengan kenderaan yang kelihatan tidak putus2 dikunjungi. Sebaik sahaja ad kenderaan keluar, lantas akan ada kenderaan lain yang cuba memenuhkan ruangan tersebut.

Sebaik sahaja kaki melangkah menuju ke di stesen minyak berhampiran untuk mencari tandas, kelihatan kelibat orang ramai sedang menunggu giliran, apatah lagi di tandas awam R&R, sama juga halnya malah lebih ramai

deretan kedai-kedai juga turut dipenuhi peserta2 himpun
Hampir-hampir 10 minit masa dihabiskan bagi menunggu giliran baik untuk ke restroom atau hanya untuk membeli sebungkus air milo & sebungkus teh tarik buatan Malaysia yang dah lama diidam2kan... Sebaik sahaja siap pesanan air yg diminta, terus meluru ke kauter bayaran dan sempat bertanya pada jurukaunter...

" macammna niaga hari ni...? "

" alhamdulillah... ramai costumer malam ni, tak sangka malam2 (awal pagi) macam ni masih lg ramai orang.."
" em, tapi kan,, sebenarnya ad ap ye datang ramai2 mcm ni..,?? "
sambungnya lagi...

" Owh, Ad program Himpun esok pagi di Stadium Darul Amman, Kedah..,, kalau2 sempat datang lh ye ramai2..."
jawapan ringkas terpacul dari mulut saya.

*    *    *    *    *    *    *    *   

7.08am
1 Jun 2012
Pasar pagi, Simpang Kuala
' Put First Thing's, First '

Seorang pejuang di medan perang memerlukan peralatan peperangan yang mencukupi bagi memastikan kemenangan dapat digalasi. Begitu juga halnya dengan kami, pihak rombongan berhenti seketika bagi memulihkan tenaga untuk kami 'bertarung' pada pagi ini. Bak kata iklan kit-kat 'Silence your hunger'.

Berbekalkan 45 minit masa yang diperuntukkan, saya terlebih dahulu memilih untuk 'round2' sekitar pasar sebelum memilih menu untuk dimakan. Perasaan 'blur' menghantui saya sebaik sahaja melihat barangan Malaysia yang pelbagai yang tidak terdapat di tempat saya menuntut ilmu.

Sejurus sudah terisi dengan tenaga... Semangat 'mula' mengintai keluar... Destinasi seterusnya mendengar taujihad n amanat dari pimpinan di Markaz Kedah.


*    *    *    *    *    *    *    *   

8.33am
1 Jun 2012
Markaz Pas, Kedah
' Sharpen The Saw '


sesi Amanat bersama pimpinan di markaz Pas, Kedah

Lemparan kata2 semangat dari seorang demi seorang pimpinan parti islam di Malaysia meniupkan roh-roh semangat kepada peserta2 Himpun. Ucapan dari ketua pemuda yang sememangnya dikenali dengan ucapan berbentuk asakan yang berkobar2 diakhiri dengan sebuah syair kepada Anak Muda.
 
Ingat atau tidak, tahun 2012 ini pernah dinobatkan sebagai  tahun bermulanya 'Era Kebangkitan Mahasiswa'... Mereka (mahasiswa) merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir menembusi luar kotak pemikiran orang awam, menginginkan kebebasan dalam semua jenis tindakan2. Masing cuba memerah fikiran untuk memikirkan soal kepemimpinan dalam negara dan luar negara. Namun, minda mereka di'mandul'kan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab demi memastikan golongan anak muda ini hanya menilai dari sudut pandang kerajaan sahaja.

Justeru, saya menyeru Wahai Anak muda, kita merupakan asset yang 'mahal' dan banyak pihak yang cuba untuk meraih sokongan kita untuk menyokong mereka. Solidariti mahasiswa kini dicabar dan kita seharusnya meletakkan Keadilan sebagai neraca untuk kita memilih. Memilih untuk dipandu kepada hiburan dan individu2 yang mementingkan hak peribadi atau memilih kepada pihak yang inginkan keadilan dan kebajikan yang berbentuk sejagat yang berkemungkinan dapat diaplikasikan di negara kita

" jika ingin kita lihat bagaimana negara untuk suatu jangka masa panjang (akan datang),
lihatlah kepada pemuda2 zaman itu... "
- saidina umar al-khattab -

Sama-sama kita fikirkan hala tuju masa depan negara kita....

Beberapa nukilan ucapan Presiden  parti islam di Malaysia sempat dirakam dan diantaranya,
" Malaysia akan cuba dibentuk sebagai sebuah negara kerajaan
 yang dapat menunaikan amanah.."

" PRU-13 ini, dijangkakan pilihanraya yang paling sengit yang akan 
dihadapi berdasarkan bebrapa fakta kes.. "
 
" agama islam mengajar kita untuk memilih jalan 'fastabiqul khairat', dengan
menggunakan pendekatan yang baik berbanding dilakukan dengan cara keganasan, dsb... "


* Sempat berjumpa seorang sahabat karib juga ahli usrah y
sedang menyambung pengajian di UIA.

*    *    *    *    *    *    *    *   

3.01pm
1 Jun 2012
 Stadium Darul Aman, Kedah

' Little End for Bigger Objectives now Begin..!! '

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMxt2HYSRrao3_fV96fdUW71WlL5Mg1BKXDRJe7cDq9-0a7OfySPOKgPvBH_M5gQNSMNBGGxKJqW1-36YUpdMVgLIik68vWHd_r9I0l6_ya91Gxcp4lfUCrHYFp-JmLEXXzaDGLSjTN_M/s1600/hijau1.JPG
Himpunan hijau pastinya mengukuhkan keazaman pas utk ke Putrajaya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9DIsfJoiqd6BzClWl2yCDKBr03ZrkFdo7hbF2sRQg7SLaB39uyLnb3Wki4WBeR6BYXmnnEr331hMwDUxZNAmwxSLLLOHfqzuGqFfEyJzt_b3YP0yj-lqG1CWTdQe66bnNDvM6kOnlopE/s400/hijau2.JPG
lautan manusia membanjiri stadium darul aman

Himpunan hijau yang diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah ini berjaya mengumpulkan kehadiran kira-kira 100,000 orang. Kejayaan himpunan ini dilihat sebagai tanda sokongan ahli-ahli Pas seakan-akan tidak sabar untuk ke Putrajaya bagi merealisasikan Syiar Islam dapat ditegakkan di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia.

Acara petang himpun, peserta disajikan dengan persembahan puisi dari wakil muslimat, ucapan yb Nizar, persembahan sketsa dari Bob Luqman, ucapan ustaz Naasruddin Tantawi dan pelbagai lagi pengisian sebelum bermulanya ceramah dari Ustaz Azhar Idrus secara 'live' dari Stadium ini.

" mereka bawa kumpulan K-Pop untuk menarik
golongan belia, kita bawakan ulama' untuk menaik anak muda "
- cetus ustaz Nasruddin Tantawi sebelum bermulanya ceramah Ust Azhar Idrus -

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," 
- ujar Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya -

Bahang kepanasan cuaca diserikan lagi dengan kehadiran hujan rahmat yang mula turun sejak jam 3 petang. Meskipun hujan, ia tidak mematahkan semangat muslimin juga muslimat yang hadir bersama anak2 kecil malahan ia menjadi satu medium untuk menyerlahkan & mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.

Pada malam itu juga terdapat tiga kejutan telah dirancang pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti TV  Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru, kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas pemain bola sepak kebangsaan. Bola sepak itu juga diberikan hadiah bagi mereka yang berjaya untuk menyambutnya...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjprJmGmG7nOxlev0ZZN6B_MqwxcWzy-flnsEqOM55nIxwDMpaN5vjWtjipi_fOn4t1kXixYIR-Q3RDVym2VLabHn0SytB0nvO-q1UxhagKHOrkT5a89Xq99CkN8Qqyl_MHCYltnCXRmko/s1600/hijau13.JPG
kelihatan peserta himpunan ini memenuhi seluruh genap ruang didalam dan diluar stadium, sehinggakan mereka yang tidak berpeluang untuk masuk kedalam 'terpaksa' untuk melihat acara yang dilansungkan didalam stadium menggunakan dua skrin besar yang disediakan dari pihak penganjur program
Acara ucapan2 pada malam itu dipengerusikan oleh yb Mahfuz Omar yang menceriakan suasana serta menjadikan kedaan di dalam stadium hiruk-pikuk dengan gemaan Takbir dan sorakan kepada pimpinan dan jemputan yang berucap. Ucapan dialu2kan oleh Menteri Besar Kedah selaku tuan rumah, diikuti ucapan Aisyah (selebriti, antara lagu terkenal 'Janji Manismu'), diikuti ucapan Datuk Fauzi Syaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah, PDRM ( bak kata yb Mahfuz Omar, orang ketiga kuat dalam PDRM ), seterusnya  Pak A Samad Said, Sasterawan Negara, bacaan ikrar serta "gimik menuju putrajaya", dan diakhiri oleh ucapan dua orang Ulama' Semalaysia Tuan Guru Haji Hadi Awang & Tuan Guru Niz Abdul Aziz Nik Mat.
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJ98tiVov3MmU0nybC-ggYyf9_qMb2uSYvRyd_c342Pu4c4MeXBv6RfjqJPEwlS-0lnvD0KWSR8pqeTMJZWpq2wcyAtYLonthUOXm2s6gYwmpwsakwXyToyrIFWudWu-ZPER2JxPLCmEE/s1600/hijau22.JPG
sesi Ikrar yang dikelolai oleh setiausaha agong pas pusat

 
bacaan ikrar..

Pasca HIMPUN 100, 000 anak muda 'Hijau ke Putrajaya', pastinya kesan yang dialirkan tidak seumpama himpunan belia yang dianjurkan di putrajaya hujung mei lalu. Suntikan dalaman diberikan kepada jiwa anak2 muda agar pastinya roh mereka akan terpandu kepada fitrah kemanusiaan yang inginkan agar keamanan, kebajikan dan keadilan berpihak kepada seluruh masyarakat khususnya masyarakat Malaysia.

Dan bagi mereka-mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai Himpunan tempoh hari,
Jangan risau, menurut Ketua Pemuda.. Beliau inginkan kita berhimpun dan terus berhimpun sehinggakan menjelangnya PRU dan sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan. Putrajaya betul2 berada di hadapan kita.

Jadual Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya :
1 Jun - Kedah
16 Jun - Johor
17 Jun - Pahang
23 Jun - Pulau Pinang
24 Jun - Perak
30 Jun - Terengganu
1 Julai - Kelantan
7 Julai - Melaka
14 Julai - Selangor
15 Julai - N. Sembilan



' Be The Best, Beat The Rest '

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...