" Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri "
Telefon bimbit berjenama Nokia
dicapai lantas jari menekan butang nombor 013-3**79**,
Sebaik sahaja keluar dari lapangan
terbang KLIA, kedua ibubapa kemudiannya tiba menyambut kepulangan ke Tanah Air
tercinta...
suasana di dalam kereta tidak sunyi walaupun sesaat, kedengaran riuh bertebaran didalam kereta Toyota Unser. Mana tidaknya, enam orang adik-adik yang mempunyai pelbagai sifat dan perangai yang tersendiri membuatkan tidak kering air liur melayani karenah mereka.
suasana di dalam kereta tidak sunyi walaupun sesaat, kedengaran riuh bertebaran didalam kereta Toyota Unser. Mana tidaknya, enam orang adik-adik yang mempunyai pelbagai sifat dan perangai yang tersendiri membuatkan tidak kering air liur melayani karenah mereka.
" malam ini ensyaAllah kita akan bertolak ke negeri
kedah menaiki bas kawasan..., jam 10.30pm dari
masjid.."
ujar si ayah secara sepontan yang
sedang memandu perjalanan pulang menuju ke rumah yang selama dua tahun tidak
dikunjungi saya.
*
* * * * *
* *
2.15am
1 Jun 2012
R&R
Tapah
' Break
For A While '
Ratusan bas persiaran, bas sekolah
& kereta kelihatan di segenap ruangan parking kenderaan semasa di R&R
Tapah, semuanya penuh dengan kenderaan yang kelihatan tidak putus2 dikunjungi.
Sebaik sahaja ad kenderaan keluar, lantas akan ada kenderaan lain yang cuba
memenuhkan ruangan tersebut.
Sebaik sahaja kaki melangkah menuju ke di stesen minyak berhampiran untuk mencari tandas, kelihatan kelibat orang ramai sedang menunggu giliran, apatah lagi di tandas awam R&R, sama juga halnya malah lebih ramai
Sebaik sahaja kaki melangkah menuju ke di stesen minyak berhampiran untuk mencari tandas, kelihatan kelibat orang ramai sedang menunggu giliran, apatah lagi di tandas awam R&R, sama juga halnya malah lebih ramai
Hampir-hampir 10 minit masa
dihabiskan bagi menunggu giliran baik untuk ke restroom atau hanya untuk membeli
sebungkus air milo & sebungkus teh tarik buatan Malaysia yang dah lama
diidam2kan... Sebaik sahaja siap pesanan air yg diminta, terus meluru ke kauter
bayaran dan sempat bertanya pada jurukaunter...
" macammna niaga hari ni...?
"
" alhamdulillah... ramai costumer malam ni, tak sangka malam2 (awal pagi) macam ni masih lg ramai orang.."
" em, tapi kan,, sebenarnya ad ap ye datang ramai2 mcm ni..,?? "
sambungnya lagi...
" Owh, Ad program Himpun esok pagi di Stadium Darul Amman, Kedah..,, kalau2 sempat datang lh ye ramai2..."
jawapan ringkas terpacul dari mulut saya.
" alhamdulillah... ramai costumer malam ni, tak sangka malam2 (awal pagi) macam ni masih lg ramai orang.."
" em, tapi kan,, sebenarnya ad ap ye datang ramai2 mcm ni..,?? "
sambungnya lagi...
" Owh, Ad program Himpun esok pagi di Stadium Darul Amman, Kedah..,, kalau2 sempat datang lh ye ramai2..."
jawapan ringkas terpacul dari mulut saya.
*
* * * * *
* *
7.08am
1 Jun 2012
Pasar
pagi, Simpang Kuala
' Put
First Thing's, First '
Seorang pejuang di medan perang
memerlukan peralatan peperangan yang mencukupi bagi memastikan kemenangan dapat
digalasi. Begitu juga halnya dengan kami, pihak rombongan berhenti seketika
bagi memulihkan tenaga untuk kami 'bertarung' pada pagi ini. Bak kata iklan
kit-kat 'Silence your hunger'.
Berbekalkan 45 minit masa yang
diperuntukkan, saya terlebih dahulu memilih untuk 'round2' sekitar pasar
sebelum memilih menu untuk dimakan. Perasaan 'blur' menghantui saya
sebaik sahaja melihat barangan Malaysia yang pelbagai yang tidak terdapat di
tempat saya menuntut ilmu.
Sejurus sudah terisi dengan
tenaga... Semangat 'mula' mengintai keluar... Destinasi seterusnya mendengar
taujihad n amanat dari pimpinan di Markaz Kedah.
*
* * * * *
* *
8.33am
1 Jun 2012
Markaz
Pas, Kedah
' Sharpen
The Saw '
Lemparan kata2 semangat dari seorang
demi seorang pimpinan parti islam di Malaysia meniupkan roh-roh semangat kepada
peserta2 Himpun. Ucapan dari ketua pemuda yang sememangnya dikenali dengan
ucapan berbentuk asakan yang berkobar2 diakhiri dengan sebuah syair kepada Anak
Muda.
Ingat atau tidak, tahun 2012 ini
pernah dinobatkan sebagai tahun bermulanya 'Era Kebangkitan Mahasiswa'...
Mereka (mahasiswa) merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir menembusi
luar kotak pemikiran orang awam, menginginkan kebebasan dalam semua jenis
tindakan2. Masing cuba memerah fikiran untuk memikirkan soal kepemimpinan dalam
negara dan luar negara. Namun, minda mereka di'mandul'kan oleh sesetengah pihak
yang tidak bertanggungjawab demi memastikan golongan anak muda ini hanya
menilai dari sudut pandang kerajaan sahaja.
Justeru, saya menyeru Wahai Anak muda, kita merupakan asset yang 'mahal' dan banyak pihak yang cuba untuk meraih sokongan kita untuk menyokong mereka. Solidariti mahasiswa kini dicabar dan kita seharusnya meletakkan Keadilan sebagai neraca untuk kita memilih. Memilih untuk dipandu kepada hiburan dan individu2 yang mementingkan hak peribadi atau memilih kepada pihak yang inginkan keadilan dan kebajikan yang berbentuk sejagat yang berkemungkinan dapat diaplikasikan di negara kita
Justeru, saya menyeru Wahai Anak muda, kita merupakan asset yang 'mahal' dan banyak pihak yang cuba untuk meraih sokongan kita untuk menyokong mereka. Solidariti mahasiswa kini dicabar dan kita seharusnya meletakkan Keadilan sebagai neraca untuk kita memilih. Memilih untuk dipandu kepada hiburan dan individu2 yang mementingkan hak peribadi atau memilih kepada pihak yang inginkan keadilan dan kebajikan yang berbentuk sejagat yang berkemungkinan dapat diaplikasikan di negara kita
"
jika ingin kita lihat bagaimana negara untuk suatu jangka masa panjang (akan
datang),
lihatlah
kepada pemuda2 zaman itu... "
- saidina
umar al-khattab -
Sama-sama kita fikirkan hala tuju
masa depan negara kita....
Beberapa nukilan ucapan Presiden parti islam di
Malaysia sempat dirakam dan diantaranya,
" Malaysia akan cuba dibentuk sebagai sebuah negara
kerajaan
yang dapat menunaikan amanah.."
" PRU-13 ini, dijangkakan pilihanraya yang paling sengit yang akan
" PRU-13 ini, dijangkakan pilihanraya yang paling sengit yang akan
dihadapi berdasarkan bebrapa fakta kes.. "
" agama islam mengajar kita untuk memilih jalan 'fastabiqul
khairat', dengan
menggunakan pendekatan yang baik berbanding dilakukan dengan
cara keganasan, dsb... "
* Sempat berjumpa seorang sahabat
karib juga ahli usrah y
sedang menyambung pengajian di UIA.
*
* * * * *
* *
3.01pm
1 Jun 2012
Stadium
Darul Aman, Kedah
' Little
End for Bigger Objectives now Begin..!! '
|
||
|
||
Himpunan hijau yang diadakan di
Stadium Darul Aman, Kedah ini berjaya mengumpulkan kehadiran kira-kira 100,000
orang. Kejayaan himpunan ini dilihat sebagai tanda sokongan ahli-ahli Pas
seakan-akan tidak sabar untuk ke Putrajaya bagi merealisasikan Syiar Islam
dapat ditegakkan di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia.
Acara petang himpun, peserta
disajikan dengan persembahan puisi dari wakil muslimat, ucapan yb Nizar,
persembahan sketsa dari Bob Luqman, ucapan ustaz Naasruddin Tantawi dan
pelbagai lagi pengisian sebelum bermulanya ceramah dari Ustaz Azhar Idrus
secara 'live' dari Stadium ini.
"
mereka bawa kumpulan K-Pop untuk menarik
golongan
belia, kita bawakan ulama' untuk menaik anak muda "
- cetus
ustaz Nasruddin Tantawi sebelum bermulanya ceramah Ust Azhar Idrus -
Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti
padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana
hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga
yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.
"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar
Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya
perlukan 45 minit untuk sampai ke sini,"
- ujar Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya -
Bahang kepanasan cuaca diserikan
lagi dengan kehadiran hujan rahmat yang mula turun sejak jam 3 petang. Meskipun
hujan, ia tidak mematahkan semangat muslimin juga muslimat yang hadir bersama
anak2 kecil malahan ia menjadi satu medium untuk menyerlahkan & mengeratkan
ukhuwah sesama Muslim.
Pada malam itu juga terdapat tiga
kejutan telah dirancang pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti
TV Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru,
kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,
Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola
berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas
pemain bola sepak kebangsaan. Bola sepak itu juga diberikan hadiah bagi mereka
yang berjaya untuk menyambutnya...
|
||
Acara ucapan2 pada malam itu
dipengerusikan oleh yb Mahfuz Omar yang menceriakan suasana serta menjadikan
kedaan di dalam stadium hiruk-pikuk dengan gemaan Takbir dan sorakan kepada
pimpinan dan jemputan yang berucap. Ucapan dialu2kan oleh Menteri Besar Kedah
selaku tuan rumah, diikuti ucapan Aisyah (selebriti, antara lagu terkenal
'Janji Manismu'), diikuti ucapan Datuk Fauzi Syaari, mantan Pengarah Siasatan
Jenayah, PDRM ( bak kata yb Mahfuz Omar, orang ketiga kuat dalam PDRM ),
seterusnya Pak A Samad Said, Sasterawan Negara, bacaan ikrar serta
"gimik menuju putrajaya", dan diakhiri oleh ucapan dua orang Ulama'
Semalaysia Tuan Guru Haji Hadi Awang & Tuan Guru Niz Abdul Aziz Nik Mat.
sesi Ikrar yang dikelolai oleh setiausaha agong pas pusat |
bacaan ikrar..
|
Pasca HIMPUN 100, 000 anak muda
'Hijau ke Putrajaya', pastinya kesan yang dialirkan tidak seumpama himpunan belia yang dianjurkan di
putrajaya hujung mei lalu. Suntikan dalaman diberikan kepada jiwa anak2 muda
agar pastinya roh mereka akan terpandu kepada fitrah kemanusiaan yang inginkan
agar keamanan, kebajikan dan keadilan berpihak kepada seluruh masyarakat
khususnya masyarakat Malaysia.
Dan bagi mereka-mereka yang tidak
berkesempatan untuk menyertai Himpunan tempoh hari,
Jangan risau, menurut Ketua Pemuda.. Beliau inginkan kita berhimpun dan terus berhimpun sehinggakan menjelangnya PRU dan sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan. Putrajaya betul2 berada di hadapan kita.
Jangan risau, menurut Ketua Pemuda.. Beliau inginkan kita berhimpun dan terus berhimpun sehinggakan menjelangnya PRU dan sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan. Putrajaya betul2 berada di hadapan kita.
Jadual Roadshow
Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya :
1 Jun - Kedah
16 Jun - Johor
17 Jun - Pahang
23 Jun - Pulau Pinang
24 Jun - Perak
30 Jun - Terengganu
1 Julai - Kelantan
7 Julai - Melaka
14 Julai - Selangor
15 Julai - N. Sembilan
16 Jun - Johor
17 Jun - Pahang
23 Jun - Pulau Pinang
24 Jun - Perak
30 Jun - Terengganu
1 Julai - Kelantan
7 Julai - Melaka
14 Julai - Selangor
15 Julai - N. Sembilan
' Be The
Best, Beat The Rest '
1 nasihat:
ok.sngat cemburu.
Catat Ulasan