Alhamdulillah..,, jutaan syukur padaNya kita masih di
pinjamkan satu aset yang amat kita perlukan. Tanpa meminta, tanpa menmbayar sesen pun kepadaNya. Nikmat nyawa. Hadirkan hati nurani kita dalam bersyukur kepadaNya, & fikir2kanlah apakah hikmah Allah mengurniakan lagi Nyawa kepada kita...
Segmen kali ini membawa kita penaklukan sulung seorang musafir ke bumi Syam. Niat saya untuk ke tanah Syam dan ke Yaman terpasang kukuh bak binaan kongkrit setelah didengarkan kepada saya akan sebuah hadith nabi ketika saya masih dibangku menengah. Hadith tersebut berbunyi :-
عن ابن عمر قال : ذكر النبي صلى الله عليه وسلم :
” اللهم بارك لنا في شامنا، اللهم بارك لنا في يمننا”
Dari Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w menyebutkan :
” Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami,
Seingat saya, kata2 sahabat saya Wan Farid & seorang senior saya Muhammad Saed yang pernah membacakan hadith ini menembus ke telinga saya. Negeri Yaman sememangnya sebuah negeri yang dikhabarkan aman dan suasananya seperti suasana kehidupan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Manakala untuk makna negeri Syam terdapat beberapa tafsiran ulama' muhaddithin mengenai dimana terletaknya negeri Syam ini. Antara penafsiran yang termasyhur adalah tahan syam terletak di keseluruhan negara Syiria + sedikit kawasan di negara Jordan + sedikit kawasan di negara Palestine.
Tempoh seminggu sahaja lagi sebelum jamiah bermula akan kami penuhkan dengan aktiviti yang memberi manfaat, dan Alhamdulillah, peneklukan saya ke Negara Syiria pada cuti semester pertama saya diaturkan Allah. Bersama 4orang akhowat dan 3 orang syabab (termasuk saya). Tarikh 30 Januari 2011 menjadi batu loncatan buat kami untuk memulakan perjalanan.
Untuk tambang, sebanyak 50JD diselaraskan dan disimpan sebagai tambang kami pergi dan balik dan termasuk sekali dengan Visa. Tempoh masa dari Jordan ke Syiria saya anggarkan adalah 7jam sehala.
Kami tiba di syiria pasa waktu petang. Hampir sahaja dengan waktu maghrib. Hari pertama kami di Syiria hampir tidak percaya... apakah saya berada di jordan atau di syiria.?? kelihatan suasana keadaan di Syiria lebih damai berbanding Jordan.
Malamnya kami disantapkan dengan sedikit "talk" dari motivator terkenal Dato' Doktor Fadzilah Kamsah. Diaadakan di
rumah persatuan PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia di Syiria). Bersama2nya ketika itu Pergarah EMJ (Educatoin Malaysian of Jordan) Ustz Haji Sulaiman bin Ismail.
|
ramai2 bergambar bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah |
|
mendengar ceramah dari Dato Dr Fadzilah Kamsah
|
Keesokan harinya, kami dibawa ke "western union" semestinya utk exchange our fulus. Matawang yang digunakan berbeza daripada Jordan. Jordan menggunakan
Dinar dan Syiria menggunakan
Lera. 1000lera bersamaan dengan RM65 bagi tukaran wang dari Malaysia ke Lera. Manakala tukaran jordan ke syiria, 1JD bersamaan 65lera.
Kami ke
Ma'had Fatah Al-Islami dimana ia merupakan salah satu universiti pelajar malaysia di syiria ini. Angin musim sejuk menyerbu menusuk ke badan kami. Sempat kami menghadiri 2 kuliah dari Universiti berkenaan. Satunya kelas yang disyarahkan sendiri oleh dari penulis kitab "I'ilamul Anam" yakni
Syeikh Nuruddin Al-Itir. Alhamdulillah, berpeluang untuk bertemu mata bahkan sempat bersalaman dengan seorang yang faqeh dalam pengajian islam ini. Walaupun beliau kelihatan berumur tetapi kudratnya untuk menyebarkan ilmu Allah ini tidak disia2kannya. Sifat pekerti yang patut ada pada seorang mukmin.
|
didalam maa'had fattah al-islami bersama ust amni, syakir
|
Setelah beberapa jam disana, Kami dibawa ke satu tempat makanan yang masyhur di syiria.
Nasi Mandi Hadral Maut yang terletak di kawasan masakin, dimasyq. Semestinya Nasi Mandi disana membuatkan semua orang yang merasanya akan terpukau. Nasi yang berlemak, daging ayam setengah ekor utk satu hidangan, seketul kepala kambing utk satu hidangan, sebahagian daging kambing utk satu hidangan, laban, sambal. Subahanallah, bergetar2 lidah ketika menikmati hidangan tersebut. Sangat berbeza dengan Malaysia dan Jordan.
|
ber"mandi" di restoran Nasi Mandi bersama2 (dr kiri)
ust syakir, ust hakimin, ust muslim,ust amni, ust anas |
|
hidangan kepala kambing |
|
Nasi Mandi Hadral Maut terbaek~
|
Musafir kami bersambung kembali keesokan harinya, kami bertolak ke
Suq Hamidi, ia merupakan deretan kedai2 yang beralaskan satu bumbung yang sama. Deretan yang sangat panjang dan pada hujung deretan itu terdapat
Jami'e Umawiy (Masjid Umawiy..). Sebelum sampai ke Jami'e Umawiy, sempat kami bertandang ke
Kedai "aiskrim tumbuk" Baqdash. Tidak dapat digambarkan keenakan rasanya aiskrim tumbuk ini. Ditambah dengan pelbagai perisa yang ada disitu.
|
di hapadan Tugu Salahuddin al-Ayyubi di luar suq hamidi |
|
Suq Hamidi |
|
"tempat turunnya imam mahadi kelak"
di dalam masjid Umawiy |
|
di kedai aiskrim tumbuk baqdash |
|
pelbagai perisa aiskrim tumbuk ni, sdap + lembut, |
|
sentiasa penuh dengan pelancong tempatan & luar |
Selesai menunaikan solat fardhu zohor di jami'e umawiy. Kami berziarah ke maqam2 yang ada di sekitar ini.
Maqam nabi Allah Yahya alaihissalam terletak betul2 di dalam jami'e tersebut. Di luar kawasan ruang solat itu terdapat pula
Maqam "kepala" saidina hussein cucu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Meluncur pula kepada maqam salah satu tokoh pejuang islam yakni
Maqam Salahuddin Al-Ayyubi. Persinggahan akhir untuk sesi kali ini adalah ke
Maqam Saidatina Ruqayah anak kepada nabi Muhammad s.a.w.
|
maqam kepala saidina hussin |
|
maqam Nabi Yahya a.s. |
|
maqam Salahuddin Al-Ayyubi |
|
Moga2 diri ini bijak + berani bak beliau.. |
Malamnya, kami diundang bersama ke Majlis Ramah Mesra bersama YB Dato Mustapha Muhammad di sebuah
hotel ternama di Syiria ini. Beliau hadir ke sini bukan atas tiket Ahli Parlimen Jeli & Ahli Majlis tertinggi umno sahaja tetapi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau dikatakan mempunyai perbincangan bersama Presiden Negara Syiria ini.
|
YB Dato' Mustapha bersama pimpinan PPMS |
Destinasi kami berikutnya,
Maqam Arbaein, dikatakan
tempat ini merupakan persinggahan 40orang wali2 besar satu masa dahulu. Bukan sahaja terkurung didalam lingkungan 40orang sahaja bahkan mereka silih berganti jika terdapat kekurangan yang berlaku dlm kalangan 40orang itu. Perjalanan ke maqam arbaein ini bukanlah mempunyai satu jalan yang mudah. Akan tetapi, perjalanan yang melibatkan pendakian sebanyak 500 lebih anak tangga utk sampai ke destinasi. Di atas ini juga terdapat tempat pembunuhan pertama di dunia yakni
pembunuhan Qabil & Habil. Malangnya di tempat itu (qabil & habil) kami
dilarang untuk mengambil gambar. :(
Bab Shoghir menjadi kawasan ziarah kami pada keesokan harinya. Kawasan ini terkenal dengan banyaknya maqam2
ahlul bayt nabi s.a.w. Isteri2 nabi, Anak2 nabi, Cucu-cicit Nabi dan sebagainya.
Tidak terkira banyaknya. Dan hal inilah yang menyebabkan ramainya ahli2 syiah disini. Wahabi memang
dilarang secara qati'e disini tetapi menghalalkan syiah. Dan yang paling terkilan adalah apabila melihat
Maqam Saidina Muawiyah yang kelihatan "hancur" dikerjakan dek Syiah ini. Diberitakan kaum syiah ini membuang air besar & kecil, menghentam dengan batu & kayu, dsbgainya. Moga2 Allah mengurniakan mereka hidayah & keampunan kepada mereka.
|
40 kepala2 yang dipenggal dikira syahid. di medan karbala. |
|
antara nama pemilik kepala2 diatas.. |
|
batu karbala' batu kaum syiah bersujud
|
|
Sebelah malamnya, Syiria "ditandang " oleh ahli majlis tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ust Nasharuddin Isa. Diadakan dirumah persatuan PPMS. Al maklumlah, mahasiswa2 di Syiria juga dikenali dengan mahasiswa bergraduan Islami. Matlamat setelah pulang ke Malaysia adalah membantu kepada wadah perjuangan ISLAM seperti juga mahasiswa Mesir. Manakala mahasiswa Jordan pula tidaklah dilabelkan sedemikian. Atas alasan itu jugalah kerajaan sekarang meng
iktiraf mahasiswa2 lulusan Jordan dan diambil berkerja lebih mudah berbanding mahasiswa2 Mesir & Syiria. Tetapi bukan itu yang patut dijadikan sebagai kayu ukur seseorang itu kaya dengan ILMU. Bagi pendapat saya graduan Mesir & Syiria lebih patut diberi
pengiktirafan kerana terkenal dengan keaslian & keizzahan ilmu.
|
ketika ust nasharuddin menyampaikan tazkirah...
|
Selain Syiria ini terkenal dengan orang arabnya yang baik dan suka membantu. Alhamdulillah nikmat kekayaan ilmu & ulama2 juga dapat dinikmati disini. Pengajian talaqqi sesama syeikh2 juga tidak kami lepaskan. Ramai ulama', fuqaha', muhaddithin yang sempat kami temui. Antaranya
Syeikh Said Ramadhan Al-Buty,
Syeikh Mustapha Bugha, Syeikh Waliyuddin, Syeikh Nuruddin Al-Itir, dan lain2 lagi. Kitab Muat'ho Imam Malik, Shohih Bukhari, Shohih Muslim, dll.. alhamdulillah sempat kami pelajari dengan ulama2 disini.
|
syeikh mustafa bugha sedang khusyu' mengajar
|
Bagi yang berkelapangan. Bolehlah datang syiria dan merasai sendiri kenikmatan bertalaqi, keenakan makanan, keharmonian suasana serta nyaman hati tikamana sepanjang keberadaan disana. Rindu syiria.~
|
sempat kami bermain salji di Buldan |
tulisan hijau = tempat2 menarik yg sempat kami lawati. Kebanyakannya pernah terpapar didalam rancangan Majalah 3 di Malaysia.
0 nasihat:
Catat Ulasan