"Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah."
-Lirik lagu depetik dari karya Michael Jacson selepas dia menganut agama Islam-
Antara lirik nyanyian beliau yang menjentik telinga (utk mendengar) dan mengetuk hati (utk mentadabbur makna sebenar) adalah "take hold of your iman, don't givin to shaitan",
Seribu satu erti buat yang masih lagi tergapai2 dalam mencari erti kehidupan yang sebenar dalam dunia masa kini. Mungkin juga lirik ini menggambarkan betapa besar perbezaan gelisah tenangnya hidup beliau diwaktu sebelum dan selepas memeluk agama islam. Wallahua'lam...
الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
“Ulama adalah pewaris para nabi.”
(HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)
`
Habib Umar ben Hafidz
Tanggal 22hb April 2011 menjadi bukti Sejarah, Titik Permulaan dan Impian kepada kami bahawa kehadiran al-Habib ke mu'tah merupakan satu kewajipannya bagi setiap tahun dan dari sini terbit ke Azaman bahawa pada tahun2 hadapan akan memberikan semangat kepada kami untuk terus dan terus bertemu dengannya untuk mengambil keberkatan seorang ahli bayt (keturunan nabi s.a.w.).
Sudah menjadi jadual tahunan Habib Umar akan singgah ke Mu'tah pada hari jumaat bagi menziarah para Syuhada' yang terdapat disini. Ramai diantara mahasiswa yang tidak melepaskan peluang Keemasan ini untuk merakam segala bentuk bahan sebagai dijadikan bukti kepada kehadiran Ulama' Besar ini.
Antara pengisian Rohani yang dijalankan oleh Al-Habib adalah majlis zikir dan wirid serta tahlil pada setiap maqam Syuhada' yang terdapat di kawasan Mazar ini.
Syeikh Abdul Razak Abdul Rahan As-Sai'idi & Syeikh Abdul Malik Abdul Rahaman As-Sa'idi
Mereka berdua merupakan Bekas kepada Mufti Iraq pada satu ketika dahulu. Dan kini salah seorang diantara mereka (Syeikh Abdul Razak Abdul Rahman As-Sa'idi) merupakan seorang pensyarah yang aktif mengajar di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).
Hadirnya mereka berdua diatas jemputan daripada Program Ideal Muslim's Campaign 2011 (IMC). Ia merupakan program rentetan dari bulan biah solehah pada tahun sebelumnya yang dianjurkan ole Persatuan Pelajar yang terdapat di Mu'tah ini.
Mereka berdua dijemput untuk berkongsikan sebuah Forum Ilmiyah yang bertajuk :
juga dimoderatorkan oleh salah seorang daripada pensyarah di Universiti Of Mu'tah ini iaitu dokter Syueiz Bin Abd Hamid. Alhamdulillah, pernuturan dalam bahasa Fushah dan tenang apabila kata2 mereka mula mencecah ke gegendang telinga kami semua. Nyaman sekali bila nasihat2 ringan yang beliau kongsikan mula mencucuk ibarat jarum peniti yang cuba ditusukkan kepada kain tetapi terlepas mencucuk2 kulit. Pedih tapi selesa mendengar segala tegurannya itu. Allah~ bukti keberkatan yang hinggap pada tutur katanya.
Antara teguran yang as-syeikh tekankan adalah mengenai catatan atau rakaman ilmu sewaktu menghadiri majlis-majlis ilmu sebegini adalah PENTING..!!. Jadi, pesan saya kepada diri saya juga individu2 yang tidak berkemampuan seperti Imam As-Syafi'e rahimahullah agar sama-sama menyahut seruan Syeikh Abdul Razak Abdul Rahman As-Sa'idi untuk menyediakan nota kecil sebagai catatan dalam mengharidi majlis2 ilmu agar ilmu2 ini tidak terhanyut dibawa kelalaian dan kealpaan kita. Ayuh koreksi diri!
Sebuah kunjungan julung kali yang sangat dinanti akan kehadirannya, gelaran "Ayah Chik" yang disandang oleh beliau tidak lain tidak bukan seorang Ulama' Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang.
Secara tidak lansung semasa kehadiran beliau, PERMATA juga sedang menjanjurkan program Family Day buat seluruh warga Malaysia yang berada di Mu'tah ini. Opsyen ini memberi impak kepada kehadiran ahli Permata sekelian yang dahagakan ilmu, taujihad, dan isu2 semasa di Malaysia tanpa mengira kecenderungan mana-mana parti politik.
Antara pengisian yang dikongsikan oleh TG adalah sejarah mengenai kisah sahabat, kata2 semangat dan Inspirasi kepada semua mahasiswa. Banyak soalan yang diajukan kepada TG, diantaranya mengenai pilihanraya & kepimpinan Persatuan Pelajar, saranan buat penuntut luar negara, kelab penyokong dan lain2 lagi. Akan tetapi soalan yang menarik minat saya untuk dikongsikan bersama disini adalah soalan yang diajukan oleh seorang mahasiswa mengenai isu "Fitnah DSAI" yang kini hebah di Malaysia & kelompangan sistem pemerintahan di Malaysia dalam menangani isu ini.
"Hukum Islam mestilah perlu dibawa ke pengadilan mahkamah syariah yang sebenar, bukannya syariah yang diolah mengikut barat" ujar TG. Bagi kes tersebut, pendakwa memberanikan diri untuk bersumpah dengan Al-Quraan. Kata TG, "bagaimana mereka boleh bersumpah dengan Al-Quraan, sedangkan mereka sendiripun tidak mempercayai akan Al-Quraan...", dan tambah TG lagi jika kelak pihak media bertanyakan pendapat beliau mengenai isu tersebut dan seperti inilah jawapan yang akan diberikan. Terbit rasa bangga dengan kenyataan TG tersebut kerana Mahasiswa di Mu'tah ini sudah mengetahui jawapan yang akan diberikan secara lebih awal berbanding masyakat di Malaysia. ^_^
Maqam Abdullah bin Ruwahah |
alhamdulillah, sempat bersalaman dengan al-Habib |
Antara pengisian Rohani yang dijalankan oleh Al-Habib adalah majlis zikir dan wirid serta tahlil pada setiap maqam Syuhada' yang terdapat di kawasan Mazar ini.
Syeikh Abdul Razak Abdul Rahan As-Sai'idi & Syeikh Abdul Malik Abdul Rahaman As-Sa'idi
syeikh abdul malik |
Mereka berdua merupakan Bekas kepada Mufti Iraq pada satu ketika dahulu. Dan kini salah seorang diantara mereka (Syeikh Abdul Razak Abdul Rahman As-Sa'idi) merupakan seorang pensyarah yang aktif mengajar di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).
Hadirnya mereka berdua diatas jemputan daripada Program Ideal Muslim's Campaign 2011 (IMC). Ia merupakan program rentetan dari bulan biah solehah pada tahun sebelumnya yang dianjurkan ole Persatuan Pelajar yang terdapat di Mu'tah ini.
Mereka berdua dijemput untuk berkongsikan sebuah Forum Ilmiyah yang bertajuk :
"طلب العلم ودوره في النجتمع المعاصر"
Wakil Education Malaysian's Jordan bersama Moderator program |
Antara teguran yang as-syeikh tekankan adalah mengenai catatan atau rakaman ilmu sewaktu menghadiri majlis-majlis ilmu sebegini adalah PENTING..!!. Jadi, pesan saya kepada diri saya juga individu2 yang tidak berkemampuan seperti Imam As-Syafi'e rahimahullah agar sama-sama menyahut seruan Syeikh Abdul Razak Abdul Rahman As-Sa'idi untuk menyediakan nota kecil sebagai catatan dalam mengharidi majlis2 ilmu agar ilmu2 ini tidak terhanyut dibawa kelalaian dan kealpaan kita. Ayuh koreksi diri!
Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
Sebuah kunjungan julung kali yang sangat dinanti akan kehadirannya, gelaran "Ayah Chik" yang disandang oleh beliau tidak lain tidak bukan seorang Ulama' Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang.
Secara tidak lansung semasa kehadiran beliau, PERMATA juga sedang menjanjurkan program Family Day buat seluruh warga Malaysia yang berada di Mu'tah ini. Opsyen ini memberi impak kepada kehadiran ahli Permata sekelian yang dahagakan ilmu, taujihad, dan isu2 semasa di Malaysia tanpa mengira kecenderungan mana-mana parti politik.
Antara pengisian yang dikongsikan oleh TG adalah sejarah mengenai kisah sahabat, kata2 semangat dan Inspirasi kepada semua mahasiswa. Banyak soalan yang diajukan kepada TG, diantaranya mengenai pilihanraya & kepimpinan Persatuan Pelajar, saranan buat penuntut luar negara, kelab penyokong dan lain2 lagi. Akan tetapi soalan yang menarik minat saya untuk dikongsikan bersama disini adalah soalan yang diajukan oleh seorang mahasiswa mengenai isu "Fitnah DSAI" yang kini hebah di Malaysia & kelompangan sistem pemerintahan di Malaysia dalam menangani isu ini.
semasa sesi pengucapan beliau |
"Hukum Islam mestilah perlu dibawa ke pengadilan mahkamah syariah yang sebenar, bukannya syariah yang diolah mengikut barat" ujar TG. Bagi kes tersebut, pendakwa memberanikan diri untuk bersumpah dengan Al-Quraan. Kata TG, "bagaimana mereka boleh bersumpah dengan Al-Quraan, sedangkan mereka sendiripun tidak mempercayai akan Al-Quraan...", dan tambah TG lagi jika kelak pihak media bertanyakan pendapat beliau mengenai isu tersebut dan seperti inilah jawapan yang akan diberikan. Terbit rasa bangga dengan kenyataan TG tersebut kerana Mahasiswa di Mu'tah ini sudah mengetahui jawapan yang akan diberikan secara lebih awal berbanding masyakat di Malaysia. ^_^
masing2 menunggu giliran utk bersalam dgn TG |
0 nasihat:
Catat Ulasan