Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Rabu

Imtihan adalah Tarbiyah Allah..


Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah, Selawat serta salam kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w, serta sahabat-sahabat baginda, para tabii'en, para ulama dan awliya' yang menyambung mata rantai perjuangan Raslullah dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. serta kepada deluruh muslimin muslimat dan didoakan agar sentiasa berada dibawah penjagaan-Nya setiap saat. Ameeen Ya Rabb..

Islam mengajar kita bahawa Ibadah didalam Islam terbahagi kepada dua bahagian..:
1) Ibadah Khusus seperti contoh solat, puasa, membantu orang kesusahan, bersedekah, etc..
2) Ibadah secara Umum.. setiap perkara jika kita niatkan semata2 kerana Allah seperti sontoh makan.. diniatkan didalam hati adalah sebagai cas tenaga untuk digunakan bagi Amal Ibadah khusus., etc..

Setiap tindakan yang terrefleks dari gerak kerja orang mukmin adalah dikira sebagai ibadah. Akan tetapi jika diperhatikan, kadangkala setiap ibadah yang kita lakukan akan dipertingkatkan cabaran agar susah untuk kita meneruskan ibadah yang kebiasaannya kita lakukan. Level kita untuk melaksanakan sesuatu ibadah akan menjadi lebih complicated. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku pada kita..?

 

Hal ini dijadualkan didalam perancangan Allah sebagai ujian "Tuan Hamba" kepada "Hamba2-Nya" untuk mengenalpasti sejauh mana kesungguhan dan keberterusan amal ibadah kita kepada-Nya.

" Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan  "
*In Team -Kehidupan

Symptom ini lebih mesra dikenali sebagai Tarbiyah (proses ujian) kepada kita agar berlaku penigkatan pada setiap saat-minit-jam-hari-minggu-bulan-tahun masa kita. Ujian sebagai kayu ukur sesebuah pemahaman kita dalam mengaplikasikan syariatnya didalam kehidupan seharian kita.

Begitu juga didalam Kehidupan sebagai seorang Pelajar jurusan ugama di Universiti di Mu'tah, Minggu ini akan terhampar sebuah medan perjuangan dalam mengaplikasikan segala ilmu yang telahpun dipelajari kedalam bentuk pemahaman dan diterjemahkan dengan penulisan (menjawab exam).

Imtihan Nihai'e fasal Thani ini benar-benar menguji kesabaran & kesungguhan saya untuk mendepaninya, berbeza dengan fasal awal yang lepas. Akan tetapi sebuah kartun ringkas dibawah telah mengoreksi kembali diri ini agar tidak hanyut dengan kesibukan imtihan sehinggakan lupa hak-hak yang penting yang patut kita aulakan (utamakan).

tekan "ctrl + left click" utk perbesarkan gambar

tekan "ctrl + left click" utk perbesarkan gambar
Hak dengan diri sendiri. Tindakan atau usaha kita untuk kita mencapai sesebuah matlamat yang kita targetkan. Untuk mendapat muaddal (peratusan) yang tinggi, untuk membina pengaruh kepada masyarakat sekeliling, untuk menjadi sebutan orang ramai, untuk membina sebuah stand (mencapai sijil) bagi menterjemah kepada masyarakat secara lebih berautoriti, untuk menempa nama di lawhah (papan kenyataan), untuk mendapat kelayakan dalam menerima zakat, biasiswa, pinjaman boleh laras..., dan lain-lain target yang boleh ditujukan, masing-masing bergantung kepada ketelusan & fikrah individu itu sendiri.

Hak dengan Masyakarat sekeliling. Respon kita pada individu2 sekeliling kita dalam membentuk pergaulan yang seimbang. Tidak terlalu menyendiri dan tidak terlalu aktif sehingga digelar hyperactive. Terdapat pelbagai strategi untuk kita bertindakbalas kepada masyarakat diantaranya memastikan bukan kita sahaja yang mahukan kejayaan (imtihan) bahkan mereka juga sepatutnya diberikan jalan untuk menuju kefahaman sama, membantu mereka2 yang kurang berkemampuan dalam memahami sesebuah matapelajaran, mengajak mereka kepada amal jamai'e (yakni berpersatuan), menjadi pembantu jika ada individu yang memerlukan pertolongan, menjadi pendengar & mencetuskan jalan penyelesaian kepada sebarang permasaalahan yang dihadapi, memberi semangat dan dorongan kepada mereka2 yang "down" (kurang bersemangat) lebih2 lagi di musim imtihan nihai'e ini, dan banyak lagi contoh yang sesuai dengan suasana di sini sebagai pengaplikasian hak kita kepada masyarakat.
tekan "ctrl + left click" utk perbesarkan gambar

Hak dengan Allah, perlu di genggam seerat2nya tujuan sebagai sandaran kita melaksanakan sesuatu perkara. Kita hanya perancang, tetapi penentu bagi perancangan kita itu adalah Allah. "We study hard for the best, But Allah will do the Rest ". Pastikan usaha gigih kita diselaraskan dengan peningkatan doa & solat hajat sebelum, semasa dan selepas menjawab sebarang matapelajaran yang akan ditempuhi. Kunci bagi membuka pintu kejayaan yang masyhur digunakan di setiap peringkat adalah D.U.I.T. (( D-doa, U-usaha, I-ikhtiyar, T-tawakkal )). Gunakanlah D.U.I.T antum semua sebaik2nya dan pastikan agar kita tidak menyimpan & melepaskan D.U.I.T itu bukan pada tempatnya.

Terjemahan Firman Allah s.w.t :


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehinggakan mereka sendiri yang merubahnya"

Mohon agar sama-sama didoakan kejayaan bagi imtihan kali ini. Dan yang paling penting, mendapat kejayaan yang hakiki pada Exam Akhirat yang Allah kurniakan kepada tiap2 detik masa pada setiap manusia yang bernyawa diatas muka bumi Allah ini. Ameen Ya Rabb..

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...