Freedom Lyrics by Maher Zain
Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
{c/o}
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
{c/o}
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
{c/o}
We know you’re here with us
c/o:
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
Subahanallah !! Maha Suci Allah dari segala kelemahan...., Allahuakbar !! Maha Besar Allah dari segala perkara..,,
Jika sebuah kereta dibiarkan hampir sebulan tanpa sebarang fungsi, Proses pemanasan enjin juga akan mengambil masa yang lama untuk berfungsi secara progressif. Dan jika terdapat sebarang habuk dan debu, itu sudah menjadi kebiasaan kepada kereta tersebut. Begitu juga dianalogikan blog ini sudah hampir sebulan tidak diberi penulisan, sudah tentunya masa yang akan diambil untuk meraih kembali menu-menu sajian pengisian akan menjadi panjang untuk kembali berfungsi sepertimana sediakala. Dan jika terdapat cacat cela, saya memohon tunjuk ajar dari semua pihak untuk mengoreksi kembali diri ini.
Jika dilihat pada nasyed Maher Zain yang ditampal diatas, Lagu yang diberi tajuk "Freedom" diatas bukanlah lagu kepunyaan orang lain tetapi adalah lagu daripada hasil Ciptaannya sendiri. Saya pasti ramai diantara kita meminati Maheer Zain dek kerana setiap lagu2nya bercirikan universal. Seribu satu bahasa pujangga dan dipersembahkan dalam bahasa "international" yakni arab & english. Pastinya seluruh dunia akan memahami maksud yang cuba disampaikan melalui nasyed2nya...
Secara literalnya kita dapat simpulkan bahawa bahasa yang digunakan dalam proses penyampaian sesuatu perkara ataupun dakwah yang kita sebarkan adalah sesuatu yang tidak boleh ditimbang ringan. Jika inginkan lebih ramai madu' (sasaran yang ingin didakwah) yang lebih antarabangsa, bukan sahaja di Malaysia dan berbangsa Melayu, bahkan masyarakat non-muslim, dan pelajar2 asing yang belajar di Negara kita. Semuanya tidak dapat diaplikasikan dengan kurangnya nilai tambah kemahiran bertutur dalam bahasa "international".
Nasyed yang dipersembahkan oleh Maheer Zain diatas diberi ilham oleh aplikasi kebangkitan masyarakat ummat islam khususnya di kebanyakan negara arab semenjak dua baru2 ni. Negara2 ini meletus dan membangun dek akibat Ummat islam di zaman kini sudah di cucuhkan dengan kesedaran dan keyakinan terhadap janji-janji Allah. Contoh2 Negara kebangkitan yang kita dapat perhatikan adalah.. Libya, Syiria, Yaman, Jordan sendiri dan banyak lagi Negara yang mengalami REVOLUSI dan kebangkitan yang paling disyhtihar berjaya oleh ummat islam adalah kejatuhan Husni Mubarak di Mesir.
Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.
Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari.
Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih menggembirakan.
Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai "zaman tanpa senjata," dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:
"kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air "
-Sunan Ibnu Majah-
"Pertempuran akan meletakkan senjatanya"
- Sunan Ibnu Majah -
Segala2nya adlah jadual yang telah disusun atur oleh Allah s.w.t. Maha Agung dan Maha Kuasanya Allah dan kita wajib mengiktiraf keKUASAanNya ini dengan perbanyakkan ibadah kepadanya, pertingkatkan kesyukuran kita kepadaNya, dan mengikat anggota2 badan kita dari terus melakukan maksiat kepada-Nya. Mudah2an kita sentiasa tergolong dalam golongan yang diredhaiNya dalam setiap saat masa kita bergerak. Wallahua'alam..
0 nasihat:
Catat Ulasan