Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Ahad

Teka-Teki yg menguji sifat insaniah kita..

Salam alaik,, saya seikhlasnya tidak tahu apakah tujuan Allah memutar2kan kisah ini didalam benak fikiran saya..
untuk kesekian kalinya saya terfikir utk berkongsi ia kepada umum.. Mungkin ada yang mampu membuka lipatan fikiran saya disini..



Ia berkaitan Kisah Imam Tasawuf yang kita segani Imam Al-Ghazali rahimahullah..



suatu hari..
Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka-teki);

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengankita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 ="Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akanmati" (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apakah yang paling jauh dari kitadi dunia ini?"
Murid 1 = "China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Bintang"
Murid 4 = "Matahari"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASALALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akandatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling besar diduniaini?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalahHAWA NAFSU (Surah Al-A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"


Imam Ghazali = "Apakah yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalahMEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, danmalaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupipermintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagalmemegang amanah"


Imam Ghazali = "Apakah yang paling ringan di duniaini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusandunia, kita tinggalkan solat"


Imam Ghazali = "Apakah yang paling tajam sekali didunia ini?
"Murid-murid dengan serentak menjawab = "Mata pedang!!!
"Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekalididunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri" 

**************************

Pengajaran yang mungkin saya terhendap2 dibenak ini mengenai kisah berteka-teki Imam Al-Ghazali diatas...

~yg paling dekat MATI, sebab mati tu pasti, dan x berubah waktu nya,,
sesaat jam kita bergerak, selangkah mati menghampiri kita,
untuk lebih membuahkan penghayatan..
kita sejam masa kita berlalu 6o saat x 6o minit = 3600 langkah mati menuju kearah kita..
jikalau sehari.. 24jam x 3600 langkah selama sejam = 86400 langkaah malaikat maut mengejari kita...
ALLAH.. Perbanyakkanlah amal ibadah ku ini, depanikanlah setiap ibadahku dengan keihhlasan...


~Begitu halnya dengan MASA LALU, yg x dapat diputar kembali,
jadi teruskan hidup dengan apa yg ada sekarang,
kerana masa lalu akan semakin jauh kita tinggalkan,,
"kita adalah apa kita sekarang, bukan apa kita masa silam"

~besar sungguh NAFSU, selalu kita merasa tidak cukup,
selalu kita inginkan lebih, dikatakan oleh ulama'2,, sifat yang ada pada setiap manusia..
"andai ada di depan manusia tu 2 gunung emas, dia akan mahukan segunung emas lagi"
penting untuk rasa cukup dengan apa yg kita ada, apa yang kita perlu lakukan bukannya menghalang sifat ini dr berleluasa didalam diri.. tetapi
mengawal sifat ini dan menyalurkan ke kawasan yang sepatutnya.. seperti kita berasa tamak dengan ilmu.. ia benar2 dituntut dlm islam..
tapi jangan itu dijadikan alasan untuk berhenti untuk mencapai kejayaan yg lebih besar,,

~berat sungguh AMANAH, kalau boleh kalau rasa tiida mampu jangan suka2 hati nk digalas, rasa2nya sumua perlu ingat statement ni, baru di JORDAN ni saya hinggap ketelinga saya,
datang dengan "full package" tu,,


"الأمانه التكلييف ليس تشريف"




~MENINGGALKAN SOLAT,, ringan je nak buat, tapi dosanya x lah seringan meninggalkan nya,,
mula2 dengan melambat2kn,, "alah,, kejap lagi lah! waktu panjang lagi...", sedar2 dah terlepas,,
nau'zubillah

~tajam sungguh LIDAH @ KATA-KATA, dengannya manusia bertelagah, bergaduh,
kadang2 sampai berbunuhan,, tajam nya lidah, kata2 yg keluar terus sampai ke hati,
menghiris2, merobek2, menikam2,, dari lidah keluarnya caci mencaci, keji mengeji, umpat dan fitnah,

"fitnah tu lebih besar dari membunuh"








wallahua'lam... sekadar renungan hati bersama..

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...