Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Jumaat

32 Tips Travel yang santai

Bila melibatkan percutian, lain orang lain ragamnya. Ada yang suka pack barang last minute, ada pula yang suka kemas beg dari seawal seminggu sebelum tarikh percutian bermula, yang tak pernah pack barang pun ada, semua isteri dia buatkan, hehe.

Kali ini kami bawakan 32 tips yang dapat membantu agar percutian anda menjadi lebih mudah, santai dan meriah.

1. Gulung baju anda untuk lebih ruang di dalam beg


2. Buat carian dengan menggunakan private window (browser mozilla firefox) atau new ignito window (chrome) bila anda sedang mencari tiket kapalterbang dan hotel.
tips-travel-1
Ada travel website yang menyimpan tracking carian anda dan menaikkan harga kerana anda pernah membuat carian yang sama di laman web mereka sebelum ini.

3. Simpan wayar charger dan cable di dalam bekas kaca mata hitam (sunglass) anda
tips-travel-2
Habis sunglass nak letak mana pula? Letak di mata la. Hehe. Nak boarding flight pun pakai je spek tu, atau sangkut di poket. Nampak lebih bergaya kan? Hakikatnya anda nak jimatkan ruang ;)

4. Gunakan penyedut minuman (straw) sebagai bekas menyimpan produk penjagaan kulit anda
tips-travel-3
Jangan lupa letakkan label. Nanti susah pula anda nak pastikan mana satu losyen tangan, mana satu pula losyen muka. Perempuan lah katakan, harus mau kekal jelita terutama sebelum snap gambar di lokasi percutian.

5. Letakkan pelapik kering (dryer sheet) di bahagian paling bawah beg anda untuk mengekalkan bau baju yang segar dan harum.
tips-travel-4

6. Gunakan spring dari pen lama anda untuk melindungi charger handphone dari bengkok dan patah.
tips-travel-5

7. Nak ke tandas di lapangan terbang? Elakkan dari beratur panjang. Cari tandas ke 2 atau di tingkat lain di terminal lapangan terbang
tips-travel-6
Tanya saja pada makcik / pakcik tukang sapu. Pasti mereka antara yang paling tahu di mana tandas yang tak perlukan anda berbaris panjang.

8. Tips ini untuk traveler lelaki. Selamatkan pencukur misai anda dengan binder clip
tips-travel-7

9. Salah satu cara untuk caj gajet anda semasa travel adalah dengan TV
tips-travel-8

10. Jika ada antara baju anda yang perlu dilipat, salah satu cara untuk kurangkan kedut pada baju adalah dengan meletakkan tisu di celah lipatan.
tips-travel-10

11. Bekas pil / ubat juga boleh digunakan untuk menyimpan perhiasan seperti gelang, rantai dan subang – agar barang-barang ini tidak bersilang dan terpintal antara satu sama lain.
tips-travel-11

12. Scan semua dokumen penting sebelum anda keluar travel.
tips-travel-12
Simpan scan copy passport, travel insurance dan lain-lain dokumen penting dalam email, smartphone atau notebook anda. Jika sekiranya dokumen penting ini hilang, anda masih ada salinan yang sangat membantu sewaktu anda diluar negara.

13. Simpan sabun mandi dalam lipatan baju / seluar.
tips-travel-13
Hasilnya baju / seluar anda berbau wangi. Jika rajin buatlah bunjut (pouch) seperti dalam gambar. Tapi balut dengan plastik pun dah ok. Lebih mudah untuk anda bawa ke mana-mana terutama jika sabun telah digunakan dan masih basah.

14. Gunakan shower cap sebagai pembalut tapak kasut anda.
tips-travel-14
Jika anda tinggal di hotel yang ada sediakan shower cap, inilah masanya untuk gunakan shower cap dengan sebaiknya. Jika kasut anda berbau, boleh letak sabun mandi dan alaskan dengan dryer sheet di bahagian dalam kasut.

15. Set smartphone anda ke airplane mode untuk jimatkan bateri dan juga untuk caj dengan lebih pantas.
tips-travel-15

16. Gulungkan wayar headphone anda di binder clip untuk mengelakkan ia dari bersimpul, tertarik-tarik dan tersangkut.


17.  Bekas gula-gula tick tack ini banyak gunanya. Antaranya sebagai bekas menyimpan sepit rambut semasa anda travel.
tips-travel-16

18. Cuba dapatkan tempat duduk berhampiran dengan sayap kapal terbang untuk mengurangkan turbulance dan goncangan.
tips-travel-17

19. Sebaiknya simpan dengan baik tiub ubat gigi dan lain-lain bekas bersaiz kecil yang anda gunakan untuk travel. Jika anda travel lagi di masa depan, tak perlu beli baru. Hanya perlu tambah saja kandungan nya.
tips-travel-18

20. Sewaktu kemas beg, letak tali pinggang di bahagian kolar baju untuk elakkan kolar dari berkedut dan kemek


21. Google maps boleh digunakan tanpa internet sebenarnya. Caranya taip OK MAPS. Maps yang sedang anda lihat akan di simpan dalam smartphone anda dan kini ia boleh digunakan offline.
tips-travel-19

22. Bawa botol kosong bersama anda. Bila sampai ke destinasi, anda boleh isi saja air semula, tanpa perlu membeli yang baru. Lebih menjimatkan.
tips-travel-20

23. Jika anda berpeluang memilih tempat duduk dalam kapal terbang, pilih 1 di tepi tingkap, 1 lagi ni tepi laluan.
tips-travel-21
Jika tiada penumpang di kerusi tengah, satu baris 3 kerusi tu jadi milik anda berdua. Tapi jika ada penumpang lain, buat la muka peramah dan minta tukar kerusi ;)

24. Lipat baju kot bahagian dalam keluar untuk elakkan kotor dan rosak kerana benangnya tertarik



25. Lapiskan bahan cecair dengan plastik pembalut nipis sebelum anda tutup dengan penutupnya.

Sangat membantu untuk mengelakkan bahan cecair dari meleleh hingga terkena pada baju dalam beg anda.

26. Gunakan FourSquare untuk dapatkan password wifi
tips-travel-22
Biasanya password wifi diberikan di bahagian komen.

27. Gunakan GPS untuk mencari lokasi yang dituju
tips-travel-23
Download peta sebelum anda keluar dari hotel, off wifi, tukar mode smartphone ke airplane mode. Kini anda boleh menjelajah dengan gps yang berfungsi tanpa internet

28. Terlupa bawa charger?
tips-travel-24
Berikan senyuman paling manis pada reception di hotel anda. Dan tanyakan dengan sopan jika mereka ada charger lebih. Biasanya mereka ada simpan charger yang di tinggalkan oleh pelanggan mereka yang terdahulu.

29. Jimat masa menunggu beg di lapangan terbang
tips-travel-25
Tampalkan pelekat ‘fragile‘ di beg anda. Biasanya beg yang bertanda ‘fragile‘ akan diletakkan di bahagian paling atas berbanding beg lain didalam perut kapal terbang. Jadi apabila sampai ke destinasi beg anda antara yang paling awal di keluarkan. Pengendalian juga biasanya dilakukan dengan lebih berhati-hati. Jadi risiko beg anda kemek atau hilang tayar dapat dikurangkan.

30. Wifi percuma di lapangan terbang.
tips-travel-26
Biasanya di lapangan terbang mudah untuk apatkan wifi percuma. Tetapi jika agak sukar, anda boleh duduk berhampiran dengan airport club lounge, dan tumpang wifi mereka.

31. Bawalah extension bersama anda
tips-travel-27
Sambil caj smartphone dan gajet anda, boleh bantu pengembara lain juga. Dapatlah kawan baru.

32. Dihari terakhir anda mengembara, jika ada wang anda yang masih berbaki apa kata sedekahkan sedikit kepada mereka yang memerlukan di sana. Tak perlu bagi banyak pun.
tips-travel-28

Sabtu

Wanita yang haram dikahwini : Feqh

Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini
1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:
i. Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.
2. Sebab-sebab haram dikahwini:
i. Haram dengan sebab keturunan.
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )
3. Haram dengan sebab keturunan:
i. Ibu dan nenek hingga ke atas.
ii. Anak dan cucu hingga kebawah.
iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )
4. Haram dengan sebab susuan :
i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.



Daftar Perempuan Yang Haram Dinikahi Untuk Sementara

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tidak semua perempuan boleh dikawini, walaupun tidak ada hubungan secara nasab (keturunan). tetapi syarat perempuan yang boleh dikawini hendaklah dia bukan orang yang haram bagi laki-laki yang akan mengawininya, baik haramnya untuk selamanya ataupun sementara. Yang haram selamanya, yaitu perempuan yang tidak boleh dikawini oleh laki-laki sepanjang masa, sedang yang haram sementara yaitu perempuannya tidak boleh dikawininya selama waktu tertentu dan dalam keadaan tertentu. Bilamana keadaannya sudah berubah haram sementaranya hilang dan menjadi halal. Postingan kali ini akan membahas orang-orang yang tidak boleh dinikahi untuk sementara waktu, diantaranya:

1. Memadu Dua Orang Perempuan Bersaudara

Diharamkan memadu anata dua orang perempuan bersaudara kandung, atau antara seorang perempuan dengan bibi dari ayahnya, atau seorang perempuan dengan bibi dari ibunya. Juga diharamkan memadu antara dua orang perempuan yang masih punya hubungan kekeluargaan, yang andaikata salah seorang dari dua perempuan yang behubungan keluarga tadi laki-laki yang tidak dibenarkan kawin satu dengan yang lainnya, sepert: memadu antar seorang perempuan dengan anak perempuan saudara laki-lakinya atau anak perempuan saudara perempuan (keponakannya).

Alasannya ialah:

  • Firman Allah swt. dalam Surah An-Nisa: 23:   ...وَأَن تَجۡمَعُواْ بَيۡنَ ٱلۡأُخۡتَيۡنِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَ‌ۗ    ...Dan menghimpunkan [dalam perkawinan] dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; 
  • Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah  Artinya: Sesungguhnya Nabi saw. melarang memadu seorang perempuan dengan bibi dari ayahnya atau dengan bibi dari ibunya.
  • Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidzi, dimana hadits ini dihasankan: Dari Fairuz Dailami, bahwa ia masuk Islam dengan kedua isterinya yang masih bersaudara, maka bersabdalah Rasulullah saw. kepadanya: "Talaklah salah seorang dari keduanya yang kamu sukai."
  • Beberapa hadits mursal pada Abu Daud dari Husain bin Thalhah, ia berkata: Rasulullah saw. melarang memadu perempuan dengan saudara-saudara perempuannya karena takut akan putusnya hubungan keluarga.
  • Dan hadits-hadits lain yang substansinya sama.

2-3. Isteri Orang Lain / Bekas Isteri Orang Lain Yang Sedang Iddah

Diharamkan bagi orang Islam mengawini isteri orang lain atau bekas isteri orang lain yang sedang iddah, karena memperhatikan hak suaminya, sebagaimana firman Allah swt.:
 ۞ وَٱلۡمُحۡصَنَـٰتُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُڪُمۡ‌ۖ
  ... Dan [diharamkan juga kamu mengawini] wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki.. (Q.S.An-Nisa: 24).  Yang dimaksud dengan perempuan muhshanah adalah perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali yang menjadi budak sebagai tawanan perang. Adapun tentang masalah bekas isteri orang lain yang sedang dalam iddah telah dibicarkan pada postingan berjudul " Meminang Yang Dibolehkan Islam."

4. Perempuan Yang Ditalak 3 kali

Perempuan yang telah ditalak tiga kali tidak halal lagi bagi suami pertamanya, sebelum ia dikawini oleh laki-laki lain dengan perkawinan yang sah dan bersungguh-sungguh. Sebagaimana firman Allah swt,:
  فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ   فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوۡجًا غَيۡرَهُ
Artinya: 
 Kemudian jika si suami menalaknya [sesudah talak yang kedua], maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya [bekas suami pertama dan isteri] untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. (Q.S. Al-Baqarah: 230).

5. Kawinnya Orang Yang Sedang Ihram

Orang yang sedang ihram (laki-laki mauupun perempuan) haram kawin, baik dilakukannya sendiri atau diwakilkan dan dikuasakan kepada orang lain. Kawinnya orang ihram batal, dan segala akibat hukumnya tidak berlaku, sebagaimana riwayat Muslin dan lain-lain: Dari Utsman bin Affan bahwa Rasulullah saw. bersabda: " Orang yang ihram tidak boleh kawin, mengawinkan dan tidak boleh pula meminang."

6. Kawin Dengan Budak Padahal Mampu Dengan Perempuan Merdeka

Para ulama sependapat bahwa budak laki-laki boleh kawin dengan budak perempuan, dan perempuan merdeka boleh dikawini oleh budak laki-laki asalkan dia dan walinya rela. Mereka juga sependapat bahwa tuan puteri tidak boleh kawin dengan budak laki-lakinya, dan jika budak laki-laki itu milik suaminya, maka kawinnya harus dibatalkan.
Tetapi jumhur (mayoritas) ulama berpendapat, bahwa tidak boleh laki-laki merdeka kawin dengan budak perempuan, kecuali dengan syarat:

1. Tidak mampu kawin dengan perempuan merdeka.

2. Takut terjerumus ke dalam zina.

Alasannya ialah firman Allah swt.:

                وَمَن لَّمۡ يَسۡتَطِعۡ مِنكُمۡ طَوۡلاً أَن يَنڪِحَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ فَمِن مَّا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُم مِّن فَتَيَـٰتِكُمُ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ‌
Dan barangsiapa di antara kamu [orang merdeka] yang tidak cukup perbelanjaannya untuk mengawini wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengawini wanita yang beriman, dari budak-budak yang kamu miliki. (Q.S. An-Nisa: 25)

                            ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ ٱلۡعَنَتَ مِنكُمۡ‌ۚ وَأَن تَصۡبِرُواْ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬                
[Kebolehan mengawini budak] itu, adalah bagi orang-orang yang takut kepada kesulitan menjaga diri [dari perbuatan zina] di antaramu, dan kesabaran itu lebih baik bagimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Q.S. An-Nisa: 25)

7. Kawin Dengan Pezina

Tidak dihalalkan kawin dengan perempuan zina, begitu pula bagi perempuan tidak halal kawin dengan laki-laki zina terkecuali sesudah mereka taubat. Alasannya:
  1. Allah menyaratkan agar kedua orang laki-laki dan perempuan yang hendak kawin betul-betul menjaga kehormatannya.                                                                                               ٱلۡيَوۡمَ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتُ‌ۖ وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ حِلٌّ۬ لَّكُمۡ وَطَعَامُكُمۡ حِلٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ وَٱلۡمُحۡصَنَـٰتُ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَٱلۡمُحۡصَنَـٰتُ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ إِذَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَـٰفِحِينَ وَلَا مُتَّخِذِىٓ أَخۡدَانٍ۬‌ۗ               Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan [sembelihan] orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. [Dan dihalalkan mengawini] wanita-wanita yang menjaga kehormatan [9] di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak [pula] menjadikannya gundik-gundik. (Q.S. Al-Maidah: 5).
  2. Dibolehkan kawin dengan budan perempuan bilamana tidak sanggup kawin dengan perempuan merdeka. Firman Allah swt.                                                               فَٱنكِحُوهُنَّ بِإِذۡنِ أَهۡلِهِنَّ وَءَاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ مُحۡصَنَـٰتٍ غَيۡرَ مُسَـٰفِحَـٰتٍ۬ وَلَا مُتَّخِذَٲتِ أَخۡدَانٍ۬‌ۚ              karena itu kawinilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah maskawin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan [pula] wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai piaraannya; (Q.S. An-Nisa: 25).
  3. Fiman Allah yang tegas dan spesifik tentang masalah ini:                                         ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةً۬ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٌ۬‌ۚ وَحُرِّمَ ذَٲلِكَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Artinya: Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mu’min . (Q.S.An-Nur: 3).
  4. Hadits dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: الزانى الماجلود لا ينكح إلا مثله          "Laki-laki zina yang pernah didera,tidak akan kawin kecuali dengan perempuan seperti dia." (H.R.Ahmad dan Abu Daud).

8. Kawin Dengan Perempuan Yang Pernah Dilaknaati

Tidak halal bagi seorang laki-laki mengawini kembali bekas isteri yang pernah sama-sama mengadakan sumpah pelaknatan (li'an), karena bila telah terjadi saling sumpah pelaknatan seperti ini, maka perempuan tadi haram baginya untuk selama-lamanya. Firman Allah swt. Surah An-Nur: 6 - 9.
  وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٲجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُہَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَـٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَہَـٰدَٲتِۭ بِٱللَّهِ‌ۙ إِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٦)وَٱلۡخَـٰمِسَةُ أَنَّ لَعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٧)وَيَدۡرَؤُاْ عَنۡہَا ٱلۡعَذَابَ أَن تَشۡہَدَ أَرۡبَعَ شَہَـٰدَٲتِۭ بِٱللَّهِ‌ۙ إِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٨) وَٱلۡخَـٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيۡہَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
Dan orang-orang yang menuduh isterinya [berzina], padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. (6) Dan [sumpah] yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. (7) Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta, (8) dan [sumpah] yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar. (9)

9. Kawin Dengan Wanita Musyrik

Para ulama sepakat bahwa laki-laki muslim tidak halal kawin dengan perempuan penyembah berhala, permpuan zindiq, perempuan murtad, penyembah sapi, perempuan beragama politeisme (manunggaling kawula lan Gusti). 
Alasannya adalah firman Allah swt. Surah Al-Baqarah: 221.
  وَلَا تَنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤۡمِنَّ‌ۚ وَلَأَمَةٌ۬ مُّؤۡمِنَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكَةٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡ‌ۗ وَلَا تُنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤۡمِنُواْ‌ۚ وَلَعَبۡدٌ۬ مُّؤۡمِنٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ وَٱلۡمَغۡفِرَةِ بِإِذۡنِهِ
Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mu’min lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik [dengan wanita-wanita mu’min] sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu’min lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya.

Mudah-mudahan bermanfaat.
                      ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ                          “Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”


artikel asal :
1) http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/haram.htm
2) http://www.jadipintar.com/2013/09/Daftar-Perempuan-Yang-Haram-Dinikahi-Untuk-Sementara.html

Persediaan rumah tangga : Khitbah - Melamar - Meminang




KHITBAH / MEMINANG

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRejZ8eX3LvbtS0ycxkjTo9VgrZY3F6N-_e_eMcrSCq5y63FXS2U1DrxLnH
cincin : sinonim dengan makna khitbah

 Pengertian 
Peminangan dalam ilmu fiqh disebut “khitbah” ertinya “permintaan”. Menurut istilah peminangan diertikan sebagai pernyataan atau permintaan dari seorang laki-laki kepada pihak seorang wanita untuk mengawininya baik dilakukan oleh laki-laki itu secara langsung ataupun dengan perantaraan pihak lain yang dipercayainya seusai dengan ketentuan-ketentuan agama.
Syarat peminangan 
1)      Mustahsinah
Mustahsinah adalah syarat yang berupa anjuran kepada seorang lelaki yang akan meninang / melamar seorang wanita, agar ia meneliti terlebih dahulu wanita yang akan dipinangnya itu. Sehingga dapat menjamin kelansungan hidup berumah tangga kelak. Syarat mustahsinah ini bukanlah merupakan syarat yang wajib untuk dipenuhi, cumalah sekadar unjuran bagi satu kebiasaan yang baik dengan kata lain bonus.

Diantara syarat mustahsinah ialah :-
[1]  Sekufu. Permpuan yang aka dilamar hendaklah sejodoh dengan lelaki yang datang meminangnya. Sama dari segi kedudukannya, sama-sama elok budi pekertinya, sama dalam tingkatan ekonominya, dan sebagainya. 
[2]  Kasih sayang. Wanita yang akan dipinang adalah wanita yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi dan mampu memberikan keturunan sesuai dengan unjuran Rasulullah s.a.w. , dengan menjadikan wanita-wanita solehah terdahulu sebagai contoh teladan mampu melatih dan menjadikan seseorang wanita itu kearah mulia pekertinya.
[3]  Bukan dari sanak saudara. Wanita yang akan dilamar hendaklah wanita yang jauh hubungan darah dengan lelaki yang akan melamarnya. Islam tidak mengesyorkan seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang sangat dekat hubungan darah dari kalangan sanak saudara terdekat.
[4]  Kenali budi. Hendaklah mengetahui keadaan jasmani, budi pekerti dan sebagainya dari wanita yang akan dipinang. Seorang wanita yang dikenali dengan sopan tutur kata, tulus akhlak budinya, menjaga hubungan dengan lelaki ajnabi, menunaikan tanggungjawab apabila bersama ibu bapa, dan sebagainya ini perlu diberikan keutamaan dalam memilih pasangan. Agar ia menentukan bagaimana keluarga kita yang akan dibentuk kelak.
kebahagian bukan dapat diukur semata dengan harta
2)      Lazimah
Lazimah adalah syarat yang wajib dipenuhi sebelum proses peminangan dilakukan. Sahnya peminangan tergantung pada syarat-syarat lazimah sebagaimana yang dianjurkan didalam Islam. Disini saya sertakan beberapa dalil untuk menguatkan pendapat bahawa syarat ini merupakan wajib dipenuhi.

Diantara syarat lazimah adalah:-
[1]  Wanita tersebut tidak dalam pinangan lelaki lain. Hadith riwayat Muslim didalam kitab nikah dibawah bab Haram meminang terhadap pinangan saudaranya. Untuk perbahasan lanjut perihal ini boleh didapati di link ini


 عَنْ ابْنِ عُمَرَ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ 
عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبْ بَعْضُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ بَعْضٍ

Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda:
 Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain 
dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.
[2]  Wanita tersebut tidak dalam masa iddah. Dalil ini dipetik dari surah Al-Baqarah ayat 235 didalam Al-Quraan resam uthmani boleh didapati pada muka surat 38. Untuk tafsir kepada ayat ini boleh didapati pada link ini.
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلاَّ أَن تَقُولُوا قَوْلاً مَّعْرُوفًا وَلاَ تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ غَفُورٌ حَلِيمُُ {235}

"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepadaNya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun." 
(Al-Baqarah: 235)


[3]  Wanita tersebut bukan termasuk didalam kategori wanita yang haram dinikahi. Haram dinikahi secara selama-lamanya dan juga wanita yang haram dinikahi secara bertempoh. Dipetik salah satu dalil mengenai golongan ini didalam surah an-nisa pada ayat 23. Perbahasan lebih jelas boleh di dapati di link ini berkenaan kategori wanita-wanita yang haram dinikahi sementara dan yang haram dinikahi selamanya.


لَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (٢٣ - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-nisa-ayat-22-23.html#sthash.PC0FKnci.dpuf
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ 
اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ 
 اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ
 مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا 
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا ( - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-nisa-ayat-22-23.html#sthash.PC0FKnci.dpuf
لَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (٢٣ - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-nisa-ayat-22-23.html#sthash.PC0FKnci.dpuf
      
Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-nisa : 23 )



Melihat Wanita yang Dipinang

Melihat wanita yang dipinang dianjurkan oleh agama. Tujuannya adalah agar mengetahui keadaan yang sebenarnya agak kedua-duanya dapat menepati kehendak dan maksud pasangan masing-masing.
 
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam salah satu hadithnya sebagai berikut
 
“Apabila salah seorang di antara kamu hendak meminang seorang perempuan, kemudian dia dapat melihat sebahagian apa yang kiranya dapat menarik untuk mengawininya, maka kerjakanlah.” (Riwayat Abu Daud)

Sementara ulama ada yang sangat ekstrim dalam memberikan kebebasan batas yang boleh dilihat, dan sementara ada juga yang ekstrim dengan mempersempit dan keras. Tetapi yang lebih baik ialah tengah-tengah. Justru itu sebagian ahli penyelidik memberikan batas, bahwa seorang lelaki di zaman kita sekarang ini boleh melihat perempuan yang hendak dipinang dengan berpakaian yang boleh dilihat oleh ayah dan mahram-mahramnya yang lain.

Selanjutnya mereka berkata: bahwa si lelaki itu boleh pergi bersama wanita tersebut dengan syarat disertai oleh ayah atau salah seorang mahramnya dengan pakaian menurut ukuran syara’ ke tempat yang boleh dikunjungi untuk mengetahui kecerdikannya, perasaannya dan keperibadiannya. Semua ini termasuk kata sebahagian yang disebut dalam hadis Nabi di atas yang mengatakan:

“… kemudian dia dapat melihat sebagian apa yang kiranya dapat menarik dia untuk mengawininya.”



Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan. Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:

Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak 
berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata
 untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”


Perlu diingat, walaupun Islam mengharuskan melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang dan mengambil kesempatan untuk memuaskan perasaan atau hawa nafsunya. Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu boleh menjurus ke arah kemaksiatan. Bagi lelaki, keizinan untuk melihat bakal pasangan mereka sebelum bertunang haruslah mempunyai etika-etika yang telah digariskan. 

Namun keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secocok di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya. Keizinan untuk melihat bakal pasangan adalah bertujuan untuk mencari kesesuaian serta keserasian. Dalam satu hadis pengertiannya An-Nasa’i meriwayatkan:


Bermaksud: Dari al-Mughirah Ibnu Syu’bah katanya: 
pada zaman Rasulullah s.a.w. aku telah meminang seorang perempuan. 
Baginda s.a.w. lalu berkata: sudahkah kamu melihatnya? 
Jawab saya: belum. Sabda baginda: 
tengoklah dia kerana langkah seperti itu boleh membantu kamu berdua untuk lebih serasi”.

Jika pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya. Bagi pihak perempuan pula hendaklah diselidik dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.


Pertunangan

Setelah terjadi peminangan dan pinangan tersebut diterima, maka secara tidak langsung kedua belah pihak dengan persetujuan disertai kerelaan hati telah mengadakan perjanjian untuk melaksanakan akad nikah. Dengan adanya perjanjian tersebut maka secara tidak langsung maupun langsung calon mempelai telah terikat pertunangan. Masa antara penerimaan pinangan dengan pelaksanaan akad nikah disebut sebagai masa pertungan.
Dalam tempoh ini, masih belum diaplikasikan lagi hukum suami istri, baik dari sudut pembahagian nafkah yang zahir atau nafkah yang batin, juga perkara yang berkaitan dengan hak dan kewajiban suami isteri.
Ketika calon suami memberikan sesuatu kepada calon istri, adalah sama dengan pemberian biasa, tidak ada ikatan, dan tidak wajib dikembalikan seandainya pertunangan diputuskan. Pertunangan adalah semacam perjanjian biasa, Kerana itu membatalkan pertunangan sama hukumnya dengan membatalkan perjanjian biasa. 
Mengenai hukum mengembalikan pemberian atau hibah dijelaskan oleh hadis NAbi saw., yang berbunyi:
عن ابن عباس رضى الله عنه, ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
 لا يحل لرجل ان يعطي عطيىة او يهب هبة  فيرجع فيها الا الوالد فيما يعطى ولده
 (رواه اصحاب السنن)

Dari Ibnu Abbas ra., bahwasanya Rasulullah saw., bersabda: 
“Tidak boleh bagi seorang laku-laki memberikan sesuatu pemberian 
atau menghibahkan suatu hibbah, lalu dikembalikannya, kecuali pemberian orang tua yang telah diberikan kepada anaknya. 
(HR Ashabu Sunan)

Adapun mazhab Maliki membedakan orang-orang yang membatalkan pertunangan. Apabila yang membatalkan pertunangan itu pihak laki-laki, maka pihak perempuan tidak wajib mengembalikan apa-apa yang telah diberikan oleh pihak laki-laki. Dan kalau yang membatalkan pihak perempuan maka pihak laki-laki menerima kembali apa yang telah pernah dia berikan.
Jika seorang suami memberikan seluruh atau sebagian mas kawin pada masa pertunangan, kemudian dia membatalkan pertunangannya, maka dia dapat mengambil kembali seluruh atau sebagian yang telah diberikannya itu, sebab mas kawin baru ada dan dibayar setelah akad nikah, hal ini disepakati para ulama.

Dalam hal pemutusan pertunangan ini yang adil adalah bila ditinjau dari segi “Siapa pihak yang dirugikan”. Jika pihak yang memutuskan pertunangan adalah pihak yang pernah memberikan, berarti dengan pemutusan pertunangan atas kehendaknya itu, maka ia merelakan semua yang pernah dia berikan kepada pihak lain. 


Sebaliknya jika yang memutuskan pertunangan adalah pihak yang pernah menerima, tentu saja pemutusan pertunangan ini merugikan pihak yang pernah memberi. Oleh kerana itu pihak yang pernah memberi berhak untuk menuntut kepada pihak penerima akan pengembalian pemberian yang pernah dia berikan.

Dasarnya ialah, pihak yang telah memberikan sesuatu kepada pihak yang menerima kerana adanya ikatan pertunangan yang menuju gerbang perkawinan. Ia tidak akan memberikan sesuatu kepada pihak yang lain, seandainya tidak ada harapan terjadinya perkawinan itu


Pertunangan membolehkan individu dan keluarga saling mengenal supaya wujud keserasian dalam perkahwinan kelak. Semasa dalam tempoh pertunangan, pasangan perlu mematuhi peradaban dan garis panduan bergaul kerana ia bukan merupakan tiket untuk pergaulan bebas. Pertunangan haruslah disertakan dengan keinginan untuk berkahwin. Ini telah dinyatakan oleh Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat 
perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”

Setiap pasangan haruslah bijak didalam memilih pasangan mereka. Ini kerana pertunagan adalah merupakan pra perkahwinan, yang menjadi penentu keberkesanan dan kelancaran institusi perkahwinan itu sendiri dan seterusnya akan mencorakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Setiap pemilihan haruslah diteliti dan dihalusi dari segenap aspek, samaada dari segi pegangan agama, kewangan, kemampuan zahir mahupun batin, dan sebagainya. Pasangan yang ingin bertunang perlulah memilih keputusan dengan tepat (sekufu), jika tidak ianya pasti akan mengundang masalah suatu hari kelak.

Rasulullah memberi saranan umum kepada para pemuda keseluruhannya supaya kahwin, dengan sabdanya sebagai berikut :  

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu berkahwin, maka kahwinlah; 
kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan." 
 (Riwayat Bukhari)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...