KHITBAH / MEMINANG
cincin : sinonim dengan makna khitbah |
Pengertian
Peminangan
dalam ilmu fiqh disebut “khitbah” ertinya “permintaan”. Menurut
istilah peminangan diertikan sebagai pernyataan atau permintaan dari
seorang laki-laki kepada pihak seorang wanita untuk mengawininya baik
dilakukan oleh laki-laki itu secara langsung ataupun dengan perantaraan
pihak lain yang dipercayainya seusai dengan ketentuan-ketentuan agama.
Syarat peminangan
1) Mustahsinah
Mustahsinah
adalah syarat yang berupa anjuran kepada seorang lelaki yang akan
meninang / melamar seorang wanita, agar ia meneliti terlebih dahulu wanita yang
akan dipinangnya itu. Sehingga dapat menjamin kelansungan hidup berumah tangga kelak. Syarat mustahsinah ini bukanlah merupakan syarat yang wajib untuk dipenuhi, cumalah sekadar unjuran bagi satu kebiasaan yang baik dengan kata lain bonus.
Diantara syarat mustahsinah ialah :-
Diantara syarat mustahsinah ialah :-
[1] Sekufu. Permpuan yang aka dilamar hendaklah sejodoh dengan lelaki yang datang meminangnya. Sama dari segi kedudukannya, sama-sama elok budi pekertinya, sama dalam tingkatan ekonominya, dan sebagainya.
[2] Kasih sayang. Wanita yang akan dipinang adalah wanita yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi dan mampu memberikan keturunan sesuai dengan unjuran Rasulullah s.a.w. , dengan menjadikan wanita-wanita solehah terdahulu sebagai contoh teladan mampu melatih dan menjadikan seseorang wanita itu kearah mulia pekertinya.
[3] Bukan dari sanak saudara. Wanita yang akan dilamar hendaklah wanita yang jauh hubungan darah dengan lelaki yang akan melamarnya. Islam tidak mengesyorkan seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang sangat dekat hubungan darah dari kalangan sanak saudara terdekat.
[4] Kenali budi. Hendaklah mengetahui keadaan jasmani, budi pekerti dan sebagainya dari wanita yang akan dipinang. Seorang wanita yang dikenali dengan sopan tutur kata, tulus akhlak budinya, menjaga hubungan dengan lelaki ajnabi, menunaikan tanggungjawab apabila bersama ibu bapa, dan sebagainya ini perlu diberikan keutamaan dalam memilih pasangan. Agar ia menentukan bagaimana keluarga kita yang akan dibentuk kelak.
kebahagian bukan dapat diukur semata dengan harta |
2) Lazimah
Lazimah
adalah syarat yang wajib dipenuhi sebelum proses peminangan dilakukan. Sahnya
peminangan tergantung pada syarat-syarat lazimah sebagaimana yang dianjurkan didalam Islam. Disini saya sertakan beberapa dalil untuk menguatkan pendapat bahawa syarat ini merupakan wajib dipenuhi.
Diantara syarat lazimah adalah:-
Diantara syarat lazimah adalah:-
[1] Wanita tersebut tidak dalam pinangan lelaki lain. Hadith riwayat Muslim didalam kitab nikah dibawah bab Haram meminang terhadap pinangan saudaranya. Untuk perbahasan lanjut perihal ini boleh didapati di link ini
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ :
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَبِعْ
بَعْضُكُمْ
عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبْ بَعْضُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ
بَعْضٍ
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda:
Jangan ada di antara
kamu yang menjual atas jualan orang lain
dan juga jangan ada di antara
kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.
[2] Wanita tersebut tidak dalam masa iddah. Dalil ini dipetik dari surah Al-Baqarah ayat 235 didalam Al-Quraan resam uthmani boleh didapati pada muka surat 38. Untuk tafsir kepada ayat ini boleh didapati pada link ini.
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا
عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي
أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِن لاَّ
تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلاَّ أَن تَقُولُوا قَوْلاً مَّعْرُوفًا وَلاَ
تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ غَفُورٌ حَلِيمُُ {235}
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang
wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan
mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji
kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada
mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap
hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah
bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah
kepadaNya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyantun."
(Al-Baqarah: 235)
[3] Wanita tersebut bukan termasuk didalam kategori wanita yang haram dinikahi. Haram dinikahi secara selama-lamanya dan juga wanita yang haram dinikahi secara bertempoh. Dipetik salah satu dalil mengenai golongan ini didalam surah an-nisa pada ayat 23. Perbahasan lebih jelas boleh di dapati di link ini berkenaan kategori wanita-wanita yang haram dinikahi sementara dan yang haram dinikahi selamanya.
لَيْكُمْ
أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ
وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي
أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ
نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ
اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا
جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ
وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ
كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (٢٣ - See more at:
http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-nisa-ayat-22-23.html#sthash.PC0FKnci.dpuf
حُرِّمَتْ
عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ
وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ
اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ
نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ
اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ
مِنْ
أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ
سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ
وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ
الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي
حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ
تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ
أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ
الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (
- See more at:
http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-nisa-ayat-22-23.html#sthash.PC0FKnci.dpuf
لَيْكُمْ
أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ
وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي
أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ
نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ
اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا
جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ
وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ
كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (٢٣ - See more at:
http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-nisa-ayat-22-23.html#sthash.PC0FKnci.dpuf
Diharamkan
atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan;
saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang
perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan
dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari
saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara
perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu
yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi
jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan),
maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu)
isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam
perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi
pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-nisa : 23 )
(An-nisa : 23 )
Melihat Wanita yang Dipinang
Melihat
wanita yang dipinang dianjurkan oleh agama. Tujuannya adalah agar
mengetahui keadaan yang sebenarnya agak kedua-duanya dapat menepati kehendak dan maksud pasangan masing-masing.
Sementara ulama ada yang sangat ekstrim dalam memberikan kebebasan batas yang boleh dilihat, dan sementara ada juga yang ekstrim dengan mempersempit dan keras. Tetapi yang lebih baik ialah tengah-tengah. Justru itu sebagian ahli penyelidik memberikan batas, bahwa seorang lelaki di zaman kita sekarang ini boleh melihat perempuan yang hendak dipinang dengan berpakaian yang boleh dilihat oleh ayah dan mahram-mahramnya yang lain.
Selanjutnya mereka berkata: bahwa si lelaki itu boleh pergi bersama wanita tersebut dengan syarat disertai oleh ayah atau salah seorang mahramnya dengan pakaian menurut ukuran syara’ ke tempat yang boleh dikunjungi untuk mengetahui kecerdikannya, perasaannya dan keperibadiannya. Semua ini termasuk kata sebahagian yang disebut dalam hadis Nabi di atas yang mengatakan:
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam salah satu hadithnya sebagai berikut
“Apabila salah seorang di antara kamu hendak meminang seorang
perempuan, kemudian dia dapat melihat sebahagian apa yang kiranya dapat
menarik untuk mengawininya, maka kerjakanlah.” (Riwayat Abu Daud)
Sementara ulama ada yang sangat ekstrim dalam memberikan kebebasan batas yang boleh dilihat, dan sementara ada juga yang ekstrim dengan mempersempit dan keras. Tetapi yang lebih baik ialah tengah-tengah. Justru itu sebagian ahli penyelidik memberikan batas, bahwa seorang lelaki di zaman kita sekarang ini boleh melihat perempuan yang hendak dipinang dengan berpakaian yang boleh dilihat oleh ayah dan mahram-mahramnya yang lain.
Selanjutnya mereka berkata: bahwa si lelaki itu boleh pergi bersama wanita tersebut dengan syarat disertai oleh ayah atau salah seorang mahramnya dengan pakaian menurut ukuran syara’ ke tempat yang boleh dikunjungi untuk mengetahui kecerdikannya, perasaannya dan keperibadiannya. Semua ini termasuk kata sebahagian yang disebut dalam hadis Nabi di atas yang mengatakan:
“… kemudian dia dapat melihat sebagian apa yang kiranya dapat menarik dia untuk mengawininya.”
Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan. Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
“
Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak
berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata
untuk
meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”
Perlu diingat, walaupun Islam mengharuskan melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang dan mengambil kesempatan untuk memuaskan perasaan atau hawa nafsunya. Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu boleh menjurus ke arah kemaksiatan. Bagi lelaki, keizinan untuk melihat bakal pasangan mereka sebelum bertunang haruslah mempunyai etika-etika yang telah digariskan.
Namun keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secocok di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya. Keizinan untuk melihat bakal pasangan adalah bertujuan untuk mencari kesesuaian serta keserasian. Dalam satu hadis pengertiannya An-Nasa’i meriwayatkan:
“ Bermaksud: Dari al-Mughirah Ibnu Syu’bah katanya:
pada zaman
Rasulullah s.a.w. aku telah meminang seorang perempuan.
Baginda s.a.w.
lalu berkata: sudahkah kamu melihatnya?
Jawab saya: belum. Sabda
baginda:
tengoklah dia kerana langkah seperti itu boleh membantu kamu
berdua untuk lebih serasi”.
Jika pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya. Bagi pihak perempuan pula hendaklah diselidik dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.
Pertunangan
Setelah
terjadi peminangan dan pinangan tersebut diterima, maka secara tidak
langsung kedua belah pihak dengan persetujuan disertai kerelaan hati
telah mengadakan perjanjian untuk melaksanakan akad nikah. Dengan adanya
perjanjian tersebut maka secara tidak langsung maupun langsung calon
mempelai telah terikat pertunangan. Masa antara penerimaan pinangan
dengan pelaksanaan akad nikah disebut sebagai masa pertungan.
Dalam tempoh ini, masih belum diaplikasikan lagi hukum suami istri, baik dari sudut pembahagian nafkah yang zahir atau nafkah yang batin, juga perkara yang berkaitan dengan hak dan kewajiban suami isteri.
Ketika
calon suami memberikan sesuatu kepada calon istri, adalah sama dengan
pemberian biasa, tidak ada ikatan, dan tidak wajib dikembalikan
seandainya pertunangan diputuskan. Pertunangan adalah semacam perjanjian
biasa, Kerana itu membatalkan pertunangan sama hukumnya dengan
membatalkan perjanjian biasa.
Mengenai hukum mengembalikan pemberian atau hibah dijelaskan oleh hadis NAbi saw., yang berbunyi:
عن ابن عباس رضى الله عنه, ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
لا يحل لرجل ان يعطي عطيىة او يهب هبة فيرجع فيها الا الوالد فيما يعطى ولده
(رواه اصحاب السنن)
Dari
Ibnu Abbas ra., bahwasanya Rasulullah saw., bersabda:
“Tidak boleh bagi
seorang laku-laki memberikan sesuatu pemberian
atau menghibahkan suatu
hibbah, lalu dikembalikannya, kecuali pemberian orang tua yang telah
diberikan kepada anaknya.
(HR Ashabu Sunan)
Adapun mazhab Maliki membedakan orang-orang yang membatalkan pertunangan. Apabila yang membatalkan pertunangan itu pihak laki-laki, maka pihak perempuan tidak wajib mengembalikan apa-apa yang telah diberikan oleh pihak laki-laki. Dan kalau yang membatalkan pihak perempuan maka pihak laki-laki menerima kembali apa yang telah pernah dia berikan.
Jika
seorang suami memberikan seluruh atau sebagian mas kawin pada masa
pertunangan, kemudian dia membatalkan pertunangannya, maka dia dapat
mengambil kembali seluruh atau sebagian yang telah diberikannya itu,
sebab mas kawin baru ada dan dibayar setelah akad nikah, hal ini
disepakati para ulama.
Dalam hal pemutusan pertunangan ini yang adil adalah bila ditinjau dari segi “Siapa pihak yang dirugikan”. Jika pihak yang memutuskan pertunangan adalah pihak yang pernah memberikan, berarti dengan pemutusan pertunangan atas kehendaknya itu, maka ia merelakan semua yang pernah dia berikan kepada pihak lain.
Sebaliknya jika yang memutuskan
pertunangan adalah pihak yang pernah menerima, tentu saja pemutusan
pertunangan ini merugikan pihak yang pernah memberi. Oleh kerana itu
pihak yang pernah memberi berhak untuk menuntut kepada pihak penerima akan
pengembalian pemberian yang pernah dia berikan.
Dasarnya ialah, pihak yang telah memberikan sesuatu kepada pihak yang menerima kerana adanya ikatan pertunangan yang menuju gerbang perkawinan. Ia tidak akan memberikan sesuatu kepada pihak yang lain, seandainya tidak ada harapan terjadinya perkawinan itu
Pertunangan membolehkan individu dan keluarga saling mengenal supaya
wujud keserasian dalam perkahwinan kelak. Semasa dalam tempoh
pertunangan, pasangan perlu mematuhi peradaban dan garis panduan bergaul
kerana ia bukan merupakan tiket untuk pergaulan bebas. Pertunangan
haruslah disertakan dengan keinginan untuk berkahwin. Ini telah
dinyatakan oleh Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu
Daud, maksudnya:
“ Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat
perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah
keinginan kepada perkahwinan”
Setiap pasangan haruslah bijak didalam memilih pasangan mereka. Ini
kerana pertunagan adalah merupakan pra perkahwinan, yang menjadi penentu
keberkesanan dan kelancaran institusi perkahwinan itu sendiri dan
seterusnya akan mencorakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Setiap pemilihan haruslah diteliti dan dihalusi dari segenap aspek,
samaada dari segi pegangan agama, kewangan, kemampuan zahir mahupun
batin, dan sebagainya. Pasangan yang ingin bertunang perlulah memilih
keputusan dengan tepat (sekufu), jika tidak ianya pasti akan mengundang
masalah suatu hari kelak.
Rasulullah memberi saranan umum kepada
para pemuda keseluruhannya supaya kahwin, dengan sabdanya sebagai berikut :
"Hai
para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu berkahwin, maka kahwinlah;
kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan."
(Riwayat Bukhari)
0 nasihat:
Catat Ulasan