Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Isnin

Universiti Of Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..,

Kebelakangan ini, di Masjid Syuhada', Karak semakin ramai kelibat jenazah-jenazah yang disembahyangkan setiap kali selepas waktu solat fardhu, dipuratakan sebanyak 3jenazah dalam lingkungan tempoh seminggu. Seakan-akan kerlipan dua rentina ini akan berhenti bila-bila masa dari sekarang, akan tetapi mujurlah Allah masih lagi meminjamkan nyawa kepada kita untuk sebagai peluang untuk kita bertaubat kepada Allah..

Ramadhan yang kini dinanti-nantikan sudah berada diambang permulaan. Alangkah beruntungnya kita kerana masih dipilih untuk menjadi tetamu Ramadhan ini tidak seperti jenazah-jenazah yang disolatkan sebagaimana diatas. Teruskan berdoa sebagaimana sepotong Hadis dari nabi :-

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana."

Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan


Bandingkan kita dengan para sahabat nabi.. Jika sebelum kehadiran bulan ramadhan, mereka meminta-minta kepada Rasulullah untuk mereka dipertemukan segera dengan bulan mulia Ramadhan. Selepas berlalunya pula, para sahabat terus meminta kepada nabi agar dapat menjalani Ramadhan pada tahun berikutnya.

Allah~

Betapa terujanya mereka dalam menyambut bulan Ramadhan, digandakan pula pahala sebagai bonus bagi ummat Rasulullah dalam menikmati Ramadhan. Adakah kita berada di takuk yang sama sepertimana para sahabat Rasulullah..?? atau ditahap manakan keter"uja"an kita dalam menyambutnya.?? ayuh intai kembali diri kita... (-_-")


"Apabila  bulan  Ramadhan  telah  datang,  maka  dibukalah  pintu-pintu syurga,  ditutuplah  pintu-pintu neraka  dan  diikatlah  semua  syaitan."  (Muttafaq 'alaih)



Alangkah bahagia jika seorang yang berkasih sayang dapat bertemu pasangan mereka dalam keadaan menghadapi kegembiraan. Berkongsi kegembiraan bersama-sama. Ditambah dengan pemberian hadiah-haidah sebagai bonus dan tanda sayang kepada pasangan mereka.

Begitu juga ketika kita berpuasa, Banyak hadiah sebagai bonus pemberian Allah kepada kita sebagai tanda Allah sayang kepada kita. Dua kegembiraan ( al- farahain *) yang dijanjikan-Nya dalam satu hadis, dinyatakan bahawa orang yang berpuasa itu akan mendapat 2jenis kegembiraan 

1)  ketika ia sedang berbuka
2) kegembiraan tatkala dia menemui Tuhannya.

*Mantan Timbalan Presiden PERMATA sesi 2010 / 2011. ^_^

Sesetengah orang kadangkala berasa rindu pada ramadhan, dek kerana pada bulan ramadhan inilah kawan2 sibuk membaca al-quraan, adik-kakak kurang mengumpat, ahli qaryah kampung berpusu2 mengaktifkan surau & masjid, ifthor secara berjemaah di masjid, rumah dan sebagainya.. Rindu pada suasana ketenangan pada bulan ini.

Kempunan rasanya hendak kembali zaman sekolah dahulu, bersama sabahat2 berbuka di Qaryah Ramadhan yg merupakan acara tahunan anjuran kerajaan Negeri Kelantan. Ada yang bertugas sebagai amilin ketika itu, kemudian berterawikh berjemaah di Masjid Muhammadi, moreh, seterusnya bertadarus hingga ke pagi di qaryah ramadhan... , sudah pastinya "Nostalgia Ramadhan" sehingga kini menjadi kenangan manis jika kita masing2 mengimbaunya kembali..  (^_^)



Biar kita ditempatkan di universiti terbaik sekalipun, malah dididik oleh guru yang terhebat mungkin, selagi mana kita sendiri tidak mahu terdidik, tidak mahu menyediakan diri untuk perubahan ke arah yang lebih baik, maka semuanya itu hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

Bayangkan. . . (ketika berada di dalam universiti)

Ketika kelas sedang berlangsung, fikiran kita menerawang ke tempat lain.
Sewaktu pensyarah sedang mengajar, kita bersembang.
Tatkala bahan pelajaran disampaikan, kita tidur.
Ataupun, kelas yang diadakan itu sendiri langsung tidak kita hadiri.

Maka apakah proses pendidikan itu dapat berjalan?

Jika begitu sikap kita, adakah kita dapat mengambil manfaat dari pelajaran yang dikurniakan?

Sudah tentu tidak!

Maka begitu juga dengan bulan Ramadhan. First rule. Jika kamu tidak mahu membantu diri kamu sendiri, maka kamu tidak akan terbantu.

Justeru amat penting kita menyedari bulan Ramadhan kali ini sebagai satu bulan didikan. Satu bulan tarbiyyah. Lantas kemudiannya menyediakan diri kita untuk terdidik dengan dididikan-dididikan Ramadhan.

Mari kita mempersiapkan diri menghadapinya. Mari sama-sama kita pasang niat serta target, mahu menjadi hambaNya yang lebih baik selepas melalui Ramadhan. Dapat menjalankan peranan sebagai hamba sepenuh masa.

Ayuh!

Harapannya, proses didikan ini akan menjadi suatu pengalaman yang amat kita hargai dan merasa syukur, ketika kita melihatnya kembali sewaktu berada di Akhirat kelak. InshaAllah.

Moga-moga, Ramadhan kali ini penuh makna.

tintaelfarisi
Bayt Syuhada'
Univerisiti Of Mu'tah, Jordan


2 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...