Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Jumaat

Versi baru duit Syiling Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

NONEGabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.

- Bernama

* * * * * *

Berkaitan pengumuman berkaitan tentang pengeluaran duit syiling baru dan akan bermula pada awal 2012 malah ini adalah pengeluaran baru siri ke tiga.

Hanya 4 mata wang siling mempunyai pengeluaran syiling baru dengan rekabentuk baru iaitu 50 sen , 20 sen , 10 sen dan 5 sen. Buat masa ini belum ada pengumuman pengeluaran baru duit syiling 1 sen dari Bank Negara Malaysia.

Pengeluaran duit syiling baru ini mungkin di nanti-nantikan oleh penggemar pengumpul duit syiling sebagai hobi. Bagaimana pun mungkin ia tidak dapat menandingi penggemar pengumpul dinar dan dirham , mungkin kerana nilai mengumpul dinar dan dirham lebih "berbaloi" , namun tidak semua mampu mengumpul dinar dan dirham kerana nilai harga dinar dan dirham agak tinggi dan meningkat setiap masa.
 
  • The motifs for each domination are as follows:
Denomination
Icon
50 sen Sulur Kacang
20 sen Bunga Melur
10 sen Orang Asli Motif
5 sen Destar Siga
 rujukan dari : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=2298
 
Alasan memudahkan orang kurang daya penglihatan membezakan antara syiling2 sememangnya BBN membuat keputusan yang insiseatif, hampir sama situasinya dengan negara Jordan sendiri yang syiling 5kursh dengan 10kursh mempunyai bentuk yang sama cuma saiz yang menjadi kayu ukur. Perbezaan saiz yang kadangkala agak menyukarkan urusan pembelia.

Akan tetapi jika diperhatikan , terdapat dua duit syiling yang berwarna emas iaitu 50 sen dan 20 sen. Sebelum ini bank negara pernah memansuhkan duit syiling seringgit atas alasan kos penghasilan adalah tinggi dan beserta alasan-alasan lain. Adakah kemungkinan suatu masa nanti duit syiling 50 sen dan 20 sen di mansuhkan juga atas alasan yang sama seperti pemansuhan penggunaan duit syiling seringgit..?? dalam masa sama kita akan ketandusan syiling sebagai salah satu matawang Malaysia, sama-sama kita tunggu respon selanjutnya yg akn dikeluarkn oleh Bank Negara Malaysia..

Wallahua'alam..

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...