Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Khamis

Koreksi diri.. Tindakan kita hasil dari Yakin vs Percaya.??




Di"kehangatan" imtihan niha'ie... Suka untuk saya berkongsikan akan sebuah kisah utk kita mengecas kembali  semangat kita, untuk teruskan study, hafal, menelaah dgn penuh keYakinan... bukannya dengan prejudis kepada kePercayaan.. sama2 renungkan...
******
Di sebuah perkampungan yang aman dan damai, terdapat 5 orang sekawan yg sangat akrab, mereka dikenali sbg si A, si B, si C, si D dan si E. Mereka berlima sentiasa bersama walau ke mana shj mereka pergi tidak kira di waktu senang atau pun susah.
Pada suatu hari, mereka berlima terdengar satu khabar angin yg mengatakan bahawa di sebuah kampung yg bernama Kampung Pinang Sebatang ,terdapat seorang pemanah yg sangat hebat, namanya Pakcik Husin. Hebatnya sukar ditandingi oleh sesiapa. Maknanya setiap yg dipanahnya ,pasti kena. Kalau panah burung,4 ekor sekali kena. Hebat bukan?


Maka setelah di adakan perbincangan dan musyawarah, 5 orang sahabat td bersetuju utk bertemu sang pemanah dan menyaksikan kehebatan mereka dengan mata kepala mereka sendiri…
Setelah sejam perjalanan, mereka pun sampailah di Kampung Pinang sebatang. Dengan bertanyakan beberapa org penduduk kampung, mereka akhirnya bertemu dgn sang pemanah yang dimaksudkan.
“Assalamualaikum,ni ke namanya Pak Cik Husin?”
“Ha,pak cik lah tu,jemput2…masuk rumah. Jangan malu2,segan2….. maknye, tolong buat air untuk budak2 ni….”suara Pak Cik Husin.
Si A pun memulakan bicara, “Straigt to the point lah pak cik, tujuan kami datang ni sebenarnya nak melihat dgn mata kepala hidung kami sendiri tentang kehebatan pak cik yg konon-kononnya seorang pemanah yg tepat,buktikanlah…..”
“Ooh,tu x jadi masalah,no problem punye!”jawab pak cik Husin.
Maka semua pun turun lah ke tanah. Lalu pak cik tersebut menunjukkan aksinya sebagai seorang pemanah, memanah buah mempelam yg berada di atas pokok. Satu demi satu mengenai sasarannya. Maka terbukti sudah kehebatan pak cik ni.
“Hebat betul la…”, si B berasa amat kagum
“Yelah”,yang lain turut mengangguk setuju.
Akhirnya semua benar2 PERCAYA yg pak cik ni hebat,mantap,dan power.Benarlah apa yg diuar-uarkan sebelum ini.
Tiba-tiba pak cik itu menawarkan mereka satu tawaran, iaitu sesiapa yg berani untuk diletakkan sebiji epal diatas kepalanya dan dia akan memanah dari jarak 20 meter. Tidak lain tidak bukan adalah utk membuktikan lg ke’power’an tahap memanahnya. Maka berbisik-bisiklah sesama mereka membincangkan akan hal ini.
“Apa kata kalau kau yg cuba?” Tanya si A kepada sahabatnya si C.
“Aku?? Ei..Takutlah, nanti tersasar kena kepala pulak”, tingkah si C.
“D, kau la pergi…” arah si B
“cop, aku tak nak..” balas si D
“Habis siapa yg nak pergi ni? Aku lg x nak…”, si E menyuarakan isi hatinya.
Akhirnya kesemua mereka mengalah dan tiada seorng pun yg menyahut tawaran pak cik td.
Meraka semua X YAKIN, bimbang, risau, takut, kalau-kalau panahan x kena epal,tapi terkena kat hidung ke, mata ke. Pak cik td pula x lah memaksa mereka. Petang itu, 5 sekawan itu pun pulang ke kampung mereka dgn perasaan yg bercampur baur…

******

Pengajaran dr cereka ini (cerita yg direka):
1. Dua point penting yg sangat berkaitan dgn apa yg dibicarakan kat atas, iaitu PERCAYA dan YAKIN. Ada beza tau dua tu. Macam td,mula2 lima sekawan td memang PERCAYA bahawa pak cik ni seorang pemanah yg hebat dan unggul, tapi mereka X YAKIN yg pak cik tu boleh panah dgn tepat apabila ditawrkan utk diletakkan epal diatas kepala mereka dan dipanah….
2. So, kaitkan diri kita dgn perintah Allah s.w.t,
Kita PERCAYA bahawa Allah kata sesiapa yg solat jemaah dpt 27 kali gnjaran drpd solat nafsi2, tp jarang2 gak wat…
Kita PERCAYA bahawa Allah kata sesiapa yg baca quran akan dapat pahala setiap satu huruf yg di bacanya, tp ada gak yg x baca quran tiap2 ari…
Kita PERCAYA bahawa Rasulullah s.a.w kata sesiapa yg berselawat ke atasnya 1 kali Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, tp kita hanya berselawat ke atas nabi msa semayang jer(sewaktu Tahiyat)…
Kita PERCAYA bahawa Allah kata sesiapa yg berjuang pd jalannya akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda, tp berapa ramai yg futur??
Fikir2kan… Kita sememangnya PERCAYA dgn janji2 Allah akan ganjaran dan juga azabnya…(ye la klu x percaya kufur plak.. naudzubillah)… Tapi, adakah kita YAKIN denganNya? Mehla kita same2 bermuhasabah di mana tahap keyakinan kita kepada janji2 Allah. Bila dh yakin, InsyaAllah semuanya akan senang,x berat,x terbeban, mudah dan sayang padanya,betul x?
Sama2 kita upgrade ibadah kita dan memantapkan kekuatan rohani dan amalan kita, agar di sana kelak kita mnjadi mukmin cemerlang yg dibanggakan Allah…

credit to teman seikatan srikandiunik 

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...