Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Ahad

Khilaf dikalangan Ummatku adalah Rahmat -Rasulullah-




Manusia adalah hamba Allah SWT yang diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas khalifah begitu amat luas yang meliputi segala aspek dalam menyempurnakan kehidupan umat manusia dan seluruh alam. Justeru kita diwajibkan bertanggungjawab terhadap amanah tersebut.

Bagi membolehkan melaksanakan tugas yang begitu berat, maka Allah SWT memberi satu pedoman kepada kita dengan  menurunkan al-Quran dan Rasul- Nya agar dijadikan rujukan dan panduan untuk kita mentadbir alam ini. Justeru, maka kita sebagai khalifah diwajibkan mentaati segala peraturan dan panduan yang telah ditetapkan itu demi kesejahteraan semua manusia dan seluruh alam. 


Seperti yang pernah dibincangkan didalam Tour De Ilmi [TDI], sebuah anologi yang menjentik hati saya... Islam dianalogikan sebagai sebuah kereta.., manusia diibaratkan sebagai pengguna kepada kereta tersebut.., dan Al-Quraan & Sunnah bertindak sebagai Manual @ cara penggunaan kepada kereta tersebut... Walau secekap manapun kita memandu kereta, tanpa menggunakan manual @ cara penggunaan yang betul kepada kenderaaan tersebut, mana mungkin kereta itu dapat bertahan lama. Seperti contoh, secara terus kita mengunakan gear 5 untuk memulakan pemanduan dan bukannya gear 1, saya yakin dan percaya pastinya kenderaan tersebut tidak dapat kekal bertahan bagi jangka hayat yang lama. Diatas paksi inilah Islam menggariskan Al-Quraan & Sunnah adalah sebaagai kayu ukur kita bagi memastikan amalan2 yang kita laksanakan mendapat Redha-Nya.

Pilihanraya Kampus







Hipotesis awal saya pada pilihanraya kampus tidak banyak berubah, sehangat seperti yang disangka. Walaupun mungkin ini kali pertama saya mendepani Pilihanraya Kampus tetapi seperti yang saya diwar-warkan, akan ada sebuah kelompok yang bergerak disebalik tabir untuk menggagalkan atau menggunakan kaedah2 yang kurang sihat untuk memenangi sesebuah kerusi yang dipertandingkan. Dan opsyen ini kebiasaannya berlaku pada universiti tempatan yang bercampur didalam pelbagai bidang (tidak menjurus pada bidang pengajian islam)


Namun kekecewaan yang tebal mula menyelubungi saya, apabila unsur seperti ini berlaku pada Mahasiswa-Mahasiswa yang berijazahkan Ijazah Sarjana Muda BA (Hons), yang kebanyakannya menembusi didalam bidang Syariah, lebih-lebih lagi berada dalam biah (suasana) yang islami dengan masyarakat arab. Mereka gagal mengawal diri mereka dan bertindak mengikut emosi yang memuntahkan Thomahan, Fitnah serta ketidakpuas hatian kepada mana2 individu atau golongan. Saya merasakan bahawa isu yang cuba dipertontonkan ini semata-mata untuk meraih sokongan undi kepada mana2 individu yang dirasakan layak mengikut kreteria yang digariskan oleh "sang hantu" tersebut.



Menurut apa yang telah kita pelajari, apabila kita mengatakan sesuatu yang mampu mengundang perasaan marah dan emosi kepada individu yang di"kata"kan itu sekalipun perkara yang dinyatakan itu adalah benar, dikenali sebagai Mengumpat. Manakala jika kita menyatakan sesuatu yang tidak benar dan yang mana hal ini akan membungakan kemarahan dalam diri individu yang di"kata"kan itu, lebih manja dikenali sebagai Fitnah! Oleh itu, kita dilarang samasekali kita menggerakkan Fitnah yang lena tidur @ membajai fitnah yang sudah lama layu.


gambar hiasan






Tertarik dengan sebuah status di FB...

"biarpun dia b'manis muka d dpn Nabi,nmun dialah yg lantang menikam dan m'brukkan 
Nabi..dialah yg m'jd 'juru mekap' penyebar kisah al-Ifk kpd kaum muslimin,dia jg yg 
melaga2kan hati2 mrk yg b'iman kpd Allah..hatinya sememang 'kental' dan 'tabah' dgn ugutan 
Allah..dgn mulutnya jglah,hati Nabi dan kaum muslimin yg lain t'guris."

Begini digambarkan sikap Abdullah bin Ubai ketika berhadapan dengan Nabi dan ketika berada di belakang Nabi (disebalik tabir). Sikap yang akan terus hidup meng"api" sepanjang zaman jika tiada air "al-fahmu" dan selimut "toleransi" yang akan memadamnya.

gambar hiasan


Semua Kita Adalah Pemimpin


كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ "

مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ


“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” 
- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi,-


Sepertimana sabda rasulullah diatas, tidak kira tua atau muda, berpangkat atau tidak, pelajar cemerlang mahupun bukan, suami isteri, dan sebagainya... kita semua adalah pemimpin. Sekurang2nya, kita menjadi pimpinan kepada diri kita sendiri, menjadi pimpinan kepada anggota badan kita ( tangan - kaki - mullut -telinga mata - dll ) dan kita juga akan dipersoalkan mengenai mereka. Untuk apa mata kita digunakan, mulut mana yang menyebarluaskan perkara yang kurang elok, setiap kali jari kecil kita menaip arikel yang mampu memecahbelahkan, pendek kata setiap aktiviti kita lakukan akan dipersoal kelak. Jika kita merasakan bahawa kita mampu menyediakan jawapan kepada Allah kelak, silakan!





firman Allah yang bermaksud:

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."
- surah yasin ayat 65- 

Tangan dan kaki akan menampakkan bentuk perilaku mereka dengan watak dan sifatnya, sehingga tidak satupun yang terdustakan di sini. Sementara mulut terkunci. Yang berbicara bukan lagi mulutnya tetapi kelakuannya, sesuai dengan  watak naluri perbuatannya.



Pemimpin Yang Digariskan


Imam asy-Syaukani rahimahullah ketika mentafsirkan firman Allah Subhanhu wa Ta’ala, surat an-Nisa’ ayat 59, beliau menyatakan:

وأولي الأمر هم: الأئمة، والسلاطين، والقضاة، وكل من كانت له ولاية 
شرعية لا ولاية طاغوتية

“Ulil amri adalah para imam, sultan, qadhi, dan setiap orang yang memiliki kekuasaan syar’iyyah, bukan kekuasaan thaghutiyyah.” 
- Imam asy-Syaukani, Fathul Qadir -


Sifat-sifat seorang pemimpin:
dipetik dari [
http://www.jameataleman.org/msah/delame/delame1.htm]

1--Hendaklah seseorang itu meyakini dengan asas-asas dan peraturan yang telah di tetapkan
syara’ yang dia bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

2-Hendaklah seseorang itu
bukan dari kalangan orang yang zalim, fasiq, orang yang selalu lalai dari Allah taala.

3-Hendaklah seseorang itu bukan dari golongan yang
jahil dari ilmu dan petunjuk dan hendaklah dari golongan yang mempunyai pandangan yang jauh dan mempunyai kemampuan untuk memerintah.

4-Hendaklah seseorang itu mempunyai sifat amanah sehingga dia dipercayai dikalangan manusia dan mereka
tenang terhadapnya.



Pernah Saidina Abu Bakar assiddiq menuturkan kata2 ini ketika beliau dilantik menjadi khalifah islam yang pertama :


Saudara-saudara, Aku telah diangkat menjadi pemimpin bukanlah karena aku yang terbaik diantara kalian semuanya, untuk itu jika aku berbuat baik bantulah aku, dan jika aku berbuat salah luruskanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan kebohongan itu adalah pengkhianatan. ‘Orang lemah’ diantara kalian aku pandang kuat posisinya di sisiku dan aku akan melindungi hak-haknya. ‘Orang kuat’ diantara kalian aku pandang lemah posisinya di sisiku dan aku akan mengambil hak-hak mereka yang mereka peroleh dengan jalan yang jahat untuk aku kembalikan kepada yang berhak menerimanya. Janganlah diantara kalian meninggalkan jihad, sebab kaum yang meninggalkan jihad akan ditimpakan kehinaan oleh Allah Swt. Patuhlah kalian kepadaku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Jika aku durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak ada kewajiban bagi kalian untuk mematuhiku. Kini marilah kita menunaikan sholat semoga Allah Swt melimpahkan Rahmat-Nya kepada kita semua”.

7sifat yang dapat kita ambil pengajaran dari ucapatama Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini adalah pemimpin perlulah...
  1. Bersifat rendah hati.
  2. Sifat terbuka untuk dikritik.
  3. Sifat jujur dan memegang amanah.
  4. Sifat berlaku adil.
  5. Komitmen dalam perjuangan.
  6. Bersikap Musyawarah.
  7. Berbakti dan mengabdi kepada Allah.


Juga Sabda Nabi yang bermaksud :



“Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas diri. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh kepada keburukan pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat)”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya?”. Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat”. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya. 

- Hadis Riwayat Muslim-


Dasar & Matlamat Persatuan


Setiap perkara semestinya terikat dengan displin peraturan dan terma bagi melancarkan proses kehidupan. Seperti contoh peraturan manusia Berhenti ketika lampu isyarat merah, dan Gerak jika lampu isyarat menunjukkan Hijau. Jikalau kita tidak mahu terikat dengan peraturan yang ditetapkan dan bertindak sebaliknya, maka ketika lampu menunjukkan isyarat  merah dan kita masih terus bergerak.. semestinya kita akan menjadi mangsa keadaan terlibat dalam kemalangan dsb. Begitu juga dengan displin yang Allah telahpun tentukan, seperti contoh solat ketika masuk waktu. Walau sewara' dan sealim manapun kita,solat kita tetap juga dikira batal jikalau kita menunaikannya solat fardhu maghrib di pada waktu asar.




Jika dilihat dari sudut Dasar persatuan. 
"Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas islam"


dan matlamat persatuan
  • mengatasi kesulitan2 yang dihadapai oleh ahli
  • menyatukan kearah perpaduan dan perkara2 kebajikan
  • membina & meningkatkan kesedaran  ahli dlm pelbagai bidang
  • muwujudkan & merapatkan hubungan dengan semua pihak
[sumber dari buku perlembagaan m/s 2]


Allahuakbaaaaarr~
Sebagai mahasiswa berijazahkan syariah, adalah tidak wajar kita mendahulukan buruk sangka dan membuka aib orang, bagi tujuan memenangi sesebuah pendapat. Bak kata ust Anwar Ridhwan ketika Forum KCB, Dunia akan menjadi aman damai sekiranya masing-masing menunaikan hak dan bukannya menuntut hak. 


Bukalah seluas-luasnya pintu khilaf (bercanggah pendapat), jangan kerana kita melihat sesuatu perkara itu tidak bertepatan dengan prinsip kita, kita terus menghukum perkara itu. Ber"khilaf"lah kerana ia merupakan satu rahmat kepada ummat Baginda S.A.W.  Paksikanlah setiap pendapat kita dengan husnudzhon (sangka baik).Ensyaallah setiap perbuatan kita lakukan akan mendapat kasih sayang semua pihak serta hidup kita mendapat redha-Nya

"Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya..."

- Shahih Sunan Abu Daud -

tinta luahan dari
al-faqeer yang keliru~

2 nasihat:

Tanpa Nama berkata...

SubhanAllah! Hanya ungkapan memuja Allah S.W.T. yang terpacul dimulut setiap kali aku coba mencari sesuatu yang bermanfaat sebagai pedoman dan memotivasi diri...Ya Allah khazanah Mu sesungguhnya ada di mana-mana. Kami sahaja yang terleka dan banyak terlalai namun Engkau sesungguh nya Amat Penyayang Engkau limpahi kami kasih sayang Mu yang tak terhitung banyaknya. AllahuAkhbar!!! Terima kasih jugak pada yang empunyai web ini. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Nya.

Unknown berkata...

(admin)

terima kasih diatas komentar dan ziarahnya,
sungguh Maha Hebat Allah..

sama2 kita doakan untuk kesejahteraan kita bersama..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...