Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Ahad

Bermula Sudah Fasal 2..

Lama sudah agaknya blog ini dibiarkan sepi.. jika maya blog ini dapat direalitikan di alam nyata nescaya terlihat puluhan sarang lelabah yang memenuhi penjuru2 ruang...

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya.. hari ini bermula era baru pengajianku diBumi Mu'tah ini,
insyaallah fasal 2 tahun 2011 ini saya mencabar diri ini akan mengatasi muaddal saya pada semester lepas. Hal ini yang diajari oleh ayah saya sebagai satu kayu ukur untuk memotivasikan diri agar lebih baik dari sebelumnya.. Siapa lagi yang akan mengubah diri saya jika bukan diri saya sendiri.. orang lain.?? tidak mungkin...
 
Firman Allah :-

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Madah2 yang cuba saya kuasai pada tahun ini.. ensyaallah sebanyak 15jam kredit,

Usul Fiqh (1)
- ilmu tentang kaedah2 mengistinbat hukum2 syara' yang berkaitan dengan perlakuan manusia (yang mukallaf) berdasakan dalil2.. cuma pada fasal kali ini ia hanya menyentuh bahagian pengenalan ilmu usul fiqh ini & mengnal apa takrifan "kaedah2 istinbat".

Fiqh Ibadat (1)
- ilmu mengenai hukum-hakam dalam satu pecahan didalam islam yakni feqah. Didalamnya dikhususkan pada aspek ibadah dan diluaskan pembelajarannya kepada memahami ibadat 4 mazhab. Pada fasal kali ini hanya dibincangkan pada ibadah thoharah dan solat. Kitab yang digunakan  "الهداية"  syarah kepada kitab "بداية المبتدي" Karangan Syeikh islam Burhanuddin Abi Hassan Abi Bakar

Aqidah Islamiah (2)
- Ilmu mengenai salah satu lagi pecahan2 agama islam yakni ilmu tauhid, ilmu aqidah. Akidah islamiah (2) ini membincangkan secara tafsilinya tentang kenabian (nubuwwat) & perkara2 ghaib (sam'iyyat). Kitab yang digunakan pada fasal kali ini "العقيدة الإسلامية" karangan syeikh Abdurrahman Hassan Habannakah Al-Maidani..

Ulum Al-Hadith
- Ilmu mengenai pengkajian mengenai asas2 hadith. Hadith merupakan perkara yang datang dari Rasulullah. Perkara yang diteliti pada fasal kali ini adalah mengenai sanad, rangkaian perawi, matan teks hadith, jenis2 hadith, dan banyak lagi. Kitab "محاضرات في علوم الحديث" karangan doktor Harith Sulaiman Ad-Dhoori

Bahasa Arab (101)
-  Pelajari bahasa arab di tanah arab.?? Ia merupakan salah satu daripada subjek wajib universiti. Bagi yang lulus ujian kafaah sahaja yang dibenarkan mengambil subjek ini secara terus. Manakala bagi yang tidak mempunyai peluang lulus ujian kafaah akan mengambil subjek Bhasa Arab (99) dahulu kemudian baharulah dapat mengambil subjek ini. 

Apa yang menjadi dorongan saya untuk lebih maksimum usaha saya menuntut ilmu kali ini adalah kata2 dari As-Syaikh Ibn Jibrinn dalam Fatwanya menyatakan bahawa :

” اُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ”
"Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad
"

Akhir sekali,, Permohonan saya agar dapat dimaafi andai terdapat salah silap serta kekurangan pada perkongsian saya kali ini, doa2kan agar proses penguasaan ilmu saya kali ini sentiasa diiringi keikhlasan dan keberkahan dari-Nya.


GLOSARI
muaddal = peratus keseluruhan @ pointer
thoharah = beruci
tafsili = terperinci @ detail

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...