Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Selasa

,;:: Intikhobat Jordan ::;,

Intikhobat..??


Sejenis apakah ia...  Jujur saya katakan,, Inilah kali pertama saya perkataan tersebut singgah ke telinga saya.. didalam arabnya di eja sebegini    "انتخبات"  ... Ia membawa makna pilihanraya..

Rupanya di Jordan ini terdapat juga pilihanraya.. Pilihanraya umum yang berlansung 9/11/2010 yang jatuh pada hari selasa ini merupakan hari kami (pelajar universiti) mengalami suka & duka..


Pada tanggal ini semua penduduk negara ini akan dihadiahkan hari Cuti Umum..,, Penduduk di setiap pelusuk Jordan akan keluar mengundi di kawasan2 umum yang ditetapkan kerajaan. Seperti sahaja Malaysia, Kawasan sekolah menjadi pilihan untuk masing2 membuang undi bagi memilih kepimpinan yang akan mentadbir mereka. Dan yang saya tidak tersangka situasi kurang enak yang sama dengan situasi di Malaysia adalah mengenai "rasuah", memang saya rasa virus ini berada dimana2 hatta di kutub utara sekalipun..,,

Apa yang berbeza mengenai intikhobat di sini dengan di Malaysia pada malam sebelum pengundian, hari pengundian, dan pada malam keluarnya keputusan undian adalah....


Malam sebelum pengundian,, Kebetulan saya keluar dari rumah bertujuan menghantar senior2 saya menunaikan haji yang akan bertolak pada jam 9malam. Ketika itu kelihatan askar2 Jordan meronda2 di setiap kawasan, khususnya kawasan pengundian. Berkenderaankan jip askar yang bersenapang mundar mandir dihadapan kami.. memang meremangkan bulu roma kami tatkala melihat mereka2. Bukan apa, kami cuma takut perangai ke'arab'an mereka menyerang kami secara melulu..

Alhamdulillah perasaan itu dapat ditenteramkan setelah 2jam menunggu kehadiran sebuah bas yang mengangkut jemaah2 haji berangkat ke madinah..

antara yang sabar menunggu (termasuk saya) agar jemaah haji selamat berangkat..
selamat menunaikan ibadah haji.. doa2kan kami,,

Perbezaan kedua,, yakni pada hari keluar mengundi.. Pada hari ini dijangkakan semua kedai tutup tetapi sangkaan kami tersasar sedikit kerana masih ada kedai yang dibuka bagi memudahkan urusan masyarakat disini. Bukan hal ini yang menjadi perbezaan.. yang menjadi kontranya adalah suasana mengundi.. kalau di Malaysia semestinya sudah riuh rendah dengat bingitan penyokong2 parti masing tetapi disini dibanjiri dengan bunyi hiruk piruk suara penyokong a'ailah masing2, di tambah dengan bunyi berbalas tembakan yang kadang2 terdentum di udara. Siapa tahu mungkin pihak polis yang melepaskan dentuman itu bagi menenteramkan keadaan..?? atau mungkin sesama a'ailah yang cuba mencederakan antara satu sama lain.


hari mengundi (i)
ketika hari mengundi (ii)

Dan pada malam keluar keputusan pengundian.. Diumumkan bahawa puak mua'yathoh yang memenangi pilihanraya kali ini dek kerana ramainya anak beranak keturunan ini di kawasan mu'tah ini.. Selepas sahaja keputusan itu keluar.. Bermulalah pergaduhan antara a'ailah2 yang terdapat di jordan ini..

Dan apa yang menjadi dukanya bagi kami (pada hari intikhobat ini ) saya rasa sudah terjawab, kami ditegah untuk keluar tanpa sebarang alasan @ tujuan yang penting. Dikhuatiri akan dicederakan penduduk kawasan ini. Mungkin segala kejanggalan ini mengelirukan kita selaku rakyat malaysia yang berkerajaan.. tetapi mungkin disini ia dianggap biasa. Bersyukurlah kita sebagai rakyat malaysia yang biasa hidup secara aman damai. Malaysia boleh!!

glosari
-intikhobat= pilihanraya
-a'ailah = puak2 / keturunan

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...