Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Rabu

Berita : Seminar Pemikiran Islam

Bismillah pembuka bicara moga2 allah merahmati setiap tinta yang saya ingin nukilkan disini...

SeMinar Pemikiran Islam peringkat kebangsaan kali ke-2
Bertempat di Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya...
Bertarikh pada 20~22hb julai 2010..

sepertimana tertera pada iklan dibawah....


Pada permulaannya saya menganggap seminar ini hanyalah disasarkan kepada pelajar2 universiti tempatan yang berkesempatan untuk hadir... Maka saya mengambil keputusan untuk menghadiri seminar ini tanpa paksaan bahkan diberi galakan dari ummi &abi saya..

Saya pun hadir seminar ini dengan harapan agar Fikrah saya mengenai isu2 sebegini dapat dirungkai simpulannya didalam bakul minda saya ini... Hal ini berkesinambungan dari zaman saya bersekolah dahulu, saya pernah mengikuti pengajian2 mengenai perbahasan bab sebegini samaada dipondok, dimadrasah2, masjid2, dan pelbagai tempat lagi yang menjadi persinggahan saya dalam menunaikan kewajipan saya sebagai " طلب العلم "... penuntut ilmu..

Pelbagai jawapan, ilmu baru, permasaalahan, rumitan, kekontraan, kekeliruan, pengalaman, tekanan, keharmonian, dan banyak lagi kesan yang menjadi hasil daripada saya mengikuti pengajian saya dahulu....

Saya juga terkadang terkeliru dengan pelbagai aliran pemikiran yang terdapat di dunia ini umumnya dan di Malaysia ini khususnya... dengan wahabinya.. salafinya... liberalismenya.. sunninya.. pluralismenya... kapitalismenya... Literalismenya... sekularismenya... kristianisasinya... persofanikasinya... metaforanya... (eh2 silap masuk bahasa melayu pulak).. dan lain2 isme yang wujud diserantau dunia ini,,


Hal sebegini sebenarnya yang menjadi pendor0ong untuk saya mamasang niat bagi menyertai seminar ini....

Ditambah pula dengan isu2 agama yang ibarat terbitnya tidak dijemput dan pemergiannya menambah kekeliruan kepada masyarakat akibat tidak dirungkaikan jawapan kepada isu2 tersebut...
seperti contoh isu kalimah allah, isu tauliah, kafir mengkafir, dan pelbgai isu2 ugama yg melibatkan global yang wujud... dan apabila terjentik mengenai isu itu ditelinga kita yang menjadi pembahas kepada masaalah tersebut  adalah bukan dikalangan orang ugama...



Jadi saya mengambil iniseatif untuk menyertai seminar kali ini utk menambah pengetahuan saya dan
Saya syorkan kepada sesiapa yg mempunyai kekeliruan serta mempunyai kelapangan waktu utk menyertainya...

saya akhiri dengan ucapan mulia...
~~wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh~~

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...