Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Selasa

Pengiktirafan JPA



Assalamualaikum w.b.t.

Di sini saya telah senaraikan mengenai urusan pengiktirafan kelayakan di Putrajaya yg telah di update semula. Tujuannya untuk membantu memudahkan urusan teman-teman sepengajian yang telahpun menamatkan pengajian diluar negara dan yang sewaktu dengannya.


Objektif pengiktirafan kelayakan ini adalah :-
1) Untuk melayakkan graduan luar negara melanjutkan pelajaran di universiti tempatan
2) Memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam (kerajaan)

Sebaliknya, sekiranya anda mahu memohon bekerja di bahagian swasta, atau bekerja dengan keluarga atau buka perniagaan sendiri, anda mempunyai pilihan untuk buat urusan pengiktirafan ini ataupun tidak. Terpulang pada anda.


Jadi,di sini ada beberapa prosedur antaranya :

1. Pandu kenderaan anda ke Putrajaya. Halakan arah anda ke Kompleks C, ia berhampiran dengan Kompleks A, B, D.

2. Sebaik sahaja anda tiba di kompleks C, anda akan dapati di dalam Kompleks C itu mempunyai banyak blok-blok. Kita akan pergi ke BLOK C1, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, untuk pengiktirafan kelayakan.
Di kompleks ini disediakan ruangan untuk parking kenderaan anda di sebelah kiri pintu keluar dengan caj bayaran RM1 bagi setiap jam.
di bangunan ini kita akan berurusan

3. Bangunan yang kita akan membuat urusan ia betul-betul berada di kedudukan paling awal. Setiap tingkat mempunyai tujuannya yang tersendiri, dan bagi kita atas tujuan pengiktirafan kelayakan adalah di ARAS 6. Sebelum naik ke aras 6, sila tulis nama anda & tinggalkan kad pengenalan/lesen kenderaan di kaunter pertanyaan untuk mendapatkan pas pelawat. Jika anda datang secara berkumpulan hanya seorang sahaja sudah memadai untuk mendapatkan pas pelawat itu. 



4. Setelah naik ke aras 6, pergi ke Bahagian Pembangunan Modal Insan di PINTU B dan nyatakan tujuan anda iaitu bagi urusan pengiktirafan kelayakan. Anda akan diberi satu borang dan diminta untuk mengisi borang itu beserta dengan dokumen yg diperlukan di kaunter.

Antara dokumen yg diperlukan ialah:

- salinan kad pengenalan
- salinan passport dari muka hadapan & setiap muka surat yg bercop visa renewal tahunan kita. Cop baharu iqamah kita setiap tahun dari mudiriyah syurtoh masing-masing.
(Jika ada yg buat passport baru,pastikan passport lama anda di fotostat terlebih dahulu) Kemudian,kepilkan salinan passport lama bersama salinan passport baru anda tadi.
-salinan sijil SPM
( slip SPM asli di fotostat )
- salinan Skroll Diploma (khusus untuk tajsir)
- salinan Transkrip Diploma
- salinan Musodaqoh B.Arab & B.Inggeris
- salinan Kasyfu alamat B.Arab & B.Inggeris

Oh ya, Semua salinan tadi, jgn lupa bawa dokumen yg asal untuk di semak oleh pihak berkenaan.Tujuan bagi mengelakkan penipuan berlaku. Sekiranya setiap salinan kita sudahpun disahkan ianya lebih baik.

5. Untuk mengelakkan kesalahan semasa mengisi borang, sila baca taklimat mengisi borang yg terdapat di belakang borang berwarna biru tersebut dan tandakan di senarai semak dokumen permohonan pengiktirafan kelayakan (kertas warna kuning).

6. Bagi mereka yg tidak sempat untuk membuat salinan fotostat,perkhidmatan fotostat ada disediakan di perpustakaan di ARAS 8. Sehelai RM 0.20. Akan tetapi ada baiknya jika anda sudahpun membuat salinan lebih awal pada setiap dokumen yang berkaitan sebelum ke Putrajaya bagi memudahkan lagi urusan anda.

7. Makluman tambahan, utk menukar peratus kpd CGPA,setakat ini memang tiada. Saya ada tanya di kaunter di JPA dan mereka kata belum ada standardize lagi. Hanya gunakan peratus universiti masing-masing yg asal dan mengikut peratusan di universiti tempatan yang kita akan teruskan pengajian kita.

Cuma kalau nk isi borang SPA online dsb,ini adalah antara contoh yg boleh dijadikan rujukan,iaitu anda di tahap :

76-100 [ A ] = 4.0 (cemerlang)
72-75 [A-] = 3.7 (cemerlang)
68-71 [B+] = 3.3 (kepujian)
64-67 [ B ] = 3.0 (kepujian)
60-63 [ B-] = 2.7 (kepujian)
55-59 [C+] =2.3 (lulus)
50-54 [ C ] =2.0 (lulus)
45-49 [C-] =1.7 (lulus pinggiran)
40-44 [D+] =1.5 (lulus pinggiran)
35-39 [ D ] =1.0 (lulus pinggiran)

8. Itu sahaja prosedur utk urusan pengiktirafan kelayakan di Putrajaya. Sebelum keluar, jangan lupa untuk pulangkan pas pelawat di kaunter pertanyaan di bawah. Di aras bawah ini juga terdapat kafeteria, jika tidak terburu-buru luangkan masa bernilai bersama kawan-kawan anda.


Tahniah di ucapkan & Selamat mengisi borang !

** Kalau ada sebarang pembaharuan,boleh betulkan dari semasa ke semasa,moga sama-sama dapat manfaat untuk kita semua.. Wassalam..


0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...