Temuduga Bahasa Melayu
- terjemahan Bahasa Ingeris ' Interview '
- terjemahan Bahasa Arab ' مقابلة '
Temuduga merupakan satu proses yang membenarkan seseorang majikan menilai bakal pekerja bagi prospektif pekerjaan bersama syarikat, organisasi, atau firma. Dalam proses ini, majikan berharap untuk menentukan samaada pemohon sesuai atau tidak dengan peranan tersebut.
( sumber wiki )
Sebagai langkah persediaan kita bagi menghadapi peperangan kecil ini. Saya cuba kumpul daripada beberapa sumber sebagai latihan kepada kita mempersiapkan diri untuk menjalani sesi temuduga.
1- SOALAN-SOALAN LAZIM
Berikut adalah petikan contoh-contoh soalan lazim yang biasanya ditanya semasa temuduga:
- Cerita sedikit tentang diri anda.
- Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
- Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
- Apakah perkara yang dapat memotivasikan anda?
- Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
- Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
- Apakah kelemahan-kelemahan anda?
- Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
- Mengapakah patut kami memilih anda?
- Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
- Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
- Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
- Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
- Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
- Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
- Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
- Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
- Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
- Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
- Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
- Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
- Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Tips :-
Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga...
Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga...
elakkan untuk bersikap sebegini |
2- CARA JAWAB SOALAN TRICK 1 ( Ceritakan berkenaan diri )
Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa
Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal
temuduga.
Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:
3- CARA JAWAB SOALAN TRICK 2 ( Berapa gaji yang anda mahu )
Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik" ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.
Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":
Perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara lumrah ketika menghadiri
temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh
ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga:
Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.
Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.
Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan
Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!
Tips 3: Berfikiran optimistik
Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja..
Demikian sahaja tips temuduga pada hari ini untuk mengelakkan perasaan gemuruh semasa temuduga.
Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:
- Sebagai sesi 'ice-breaking'
- Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
- Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon
- PEMBUKAAN: Mulakan dengan pengenalan pendek: Nama, asal, status perkahwinan, kelayakan akademik tertinggi, minat (kaitkan dengan jawatan dipohon)
- Ringkasan pengalaman kerja anda: Kaitkan pengalaman kerja anda yang lepas dengan jawatan yang anda sedang pohon sekarang walaupun hanya kerja sementara ataupun kerja rencam.
- Beri jawapan yang ringkas, padat dan bermakna : Maksudnya, jangan bercerita 'kosong' dengan penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan anda berkenaan soalan tersebut haruslah mempunyai 'makna'. Iaitu, setiap penerangan jawapan anda haruslah menyokong peluang anda untuk merebut jawatan yang sedang dipohon.
3- CARA JAWAB SOALAN TRICK 2 ( Berapa gaji yang anda mahu )
Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik" ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.
Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":
- "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"
- "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji untuk jawatan ini?"
- "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya."
4- Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga