“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh.”
Ayat yang disertakan diatas menerangkan kepada kita, sekiranya jika allah mentaqdirkan bahawasanya bumi dan gunung menanggung amanah itu nescaya amat2lah mudah untuk mereka mengkhianatinya. Tetapi mereka menolak kerana secebis ketaqwaan yang allah lemparkan kepada mereka untuk menyedarinya.
Tidak seharusnya seseorang individu memandang enteng kepada perihal AMANAH. Bukan ibarat sehelai pakaian yang berjahitkan sutera serta bersulamkan emas yang boleh dibangga-banggakan, bukan juga ibarat seseorang yang memegang 'remote control' ketika menonton televisyen yang boleh menukar siaran sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan penonton-penonton televisyen lain, Tetapi bagi saya Amanah sesuai diibaratkan sebagai 'Bara Api..'
" Andai digenggam, ianya akan membakar diri sendiri. Andai dilalaikan, ianya akan membakar orang lain yang berdekatan dengan kita. Andai dilepaskan ke tangan mereka yang tidak berhak, ianya akan dipegang oleh orang yang tidak mampu mengawal bara api tersebut seterusnya menyebabkan banyak rumah2 yang terbakar dan akan memberi kesan buruk kepada suasana sekeliling... "
m'genggam bara api |
Justeru, Amanah itu datangnya dari Allah, bukan untuk kemegahan diri atau mengambil kepentingan peribadi. Amanah merupakan hak Allah. Kita jaga hak Allah, nescaya hak kita dijaga oleh Allah.
* * * * * * * * * * * * * *
Kronologi umum PRK
Berbeza suasana pilihanraya kampus atau lebih mesra dikalangan mahasiswa dengan PRK di Malaysia dengan suasana realiti PRK kami mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan.. Di sini, kami sendiri yang merancang, mengatur, dan menguruskan sistem pilihanraya sendiri dengan menjadikan negara Malaysia & persatuan mahasiswa di negara-negara luar yang jauh lebih matang dari kami sebagai idola kami dalam merangka sistem pilihanraya yang telus dan mesra rakyat.
Jawatankuasa suruhanjaya pilihanraya yang dilantik secara rasminya oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan bagi Zon yang bertanding. Dalam jangkamasa yang diperuntukkan untuk jawatankuasa suruhanjaya pilihanraya, pelbagai usaha dan kajian khas dibuat bagi memperkemaskan sistem pencalonan dan pengundian agar memastikan kewibawaan dan ketelusan pihak jawatankuasa suruhanjaya pilihanraya dalam menjalankan amanah bagi menguruskan pemilihan pimpinan dalam kalangan semua pihak.
Dari jumlah seramai 469 mahasiswa & mahasiswi yang menuntut di Universiti Of Mu'tah, Jordan ini, hanya 15 calon siswa dan 15 calon siswi akan disenarai pendekkan bagi dipilih untuk menerajui kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Mu'tah (PERMATA) bagi sesi kepimpinan 2012 / 2013 ini. Manakala kerusi yang akan dipertandingkan hanyalah kerusi Presiden dan Timbalan Presiden II, seramai 3 calon mahasiswa dan 3 calon mahasiswi dipertandingkan bagi menduduki kerusi tersebut.
Calon2 Kerusi Presiden & Timbalan Presidan II |
Calon Ahli Lembaga Tadbir Mahasiswa PERMATA 2012/13 |
Calon Ahli Lembaga Tadbir Mahasiswi PERMATA 2012/13 |
Daripada 15 calon mahasiswa yang bertanding, 10 dalam kalangan mereka yang mendapat undian tertinggi akan medapat tempat sebagai Ahli Lembaga Tadbir PERMATA bagi sesi 2012 /13. Pembahagian Kerusi Timbalan Presiden I, Setiausaha Agung, Bendahari kehormat, Ketua2 Biro akan dibincangkan dan akan dipersetujui bersama oleh pimpinan2 yang terlantik.
Dari pihak mahasiswi pula 15 calon yang bertanding, 9 dikalangan mereka yang berjaya meraih undian dan sokongan tertinggi akan mendapat tempat sebagai Ahli Lembaga Tadbir PERMATA begi sesi 2012 / 13. Kerusi yang bakal diduduki juga akan diperbincangkan sesama pimpinan-pimpinan yang terlantik sesuai mengikut potensi dan kemahiran yang mereka miliki.
Dari pihak mahasiswi pula 15 calon yang bertanding, 9 dikalangan mereka yang berjaya meraih undian dan sokongan tertinggi akan mendapat tempat sebagai Ahli Lembaga Tadbir PERMATA begi sesi 2012 / 13. Kerusi yang bakal diduduki juga akan diperbincangkan sesama pimpinan-pimpinan yang terlantik sesuai mengikut potensi dan kemahiran yang mereka miliki.
Video Rekaan Khas Pihak SPR
merupakan diantara usaha2 bagi memastikan
semua mahasiswa / wi dapat keluar dan turun mengundi...
Optimist vs Realistist
1)STATISTIK KESELURUHAN UNDIAN SISWA
Jumlah keseluruhan siswa = 238
Jumlah siswa yang mengundi = 176
Peratus siswa yang mengundi = 74%
2)STATISTIK KESELURUHAN UNDIAN SISWI
Jumlah keseluruhan siswi = 222
Jumlah siswi yang mengundi = 208
Peratus siswi yang mengundi = 94%
3)STATISTIK KESELURUHAN UNDIAN SISWA & SISWI
384 / 460 X 100 = 83.48%
4)JUMLAH PELAJAR YANG BERADA DI LUAR JORDAN SISWA & SISWI
Siswa = 5 orang
Siswi = 4 orang
Keseluruhan = 9 orang
5)STATISTIK UNDIAN ROSAK
Jumlah undi rosak = 40 undi
Peratus undi rosak = 10%
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERMATA SESI 2012/2013 ^_____^
"YOUR VOICE,YOUR VOTE"
* * * * * * * * * * * * * *
Kepimpinan PERMATA Sesi 2012/2013
Penghargaan Presiden MPMMJ kepada
Presiden PERMATA sesi 2012 / 2013
PRESIDEN:
TIMBALAN PRESIDEN:
NURUL AISYAH BT YAHYA
AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT) SISWA
MUHAMMAD AKMALUDIN BIN MOHD HAMDAN
MOHAMMAD IZZAT BIN MOHD IQBAL
MOHAMAD ARSYAD ASLAM BIN MOHD ALI
MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN ZAINI
AHMAD FATHI BIN ADAM
MOHD NASRUL YAQIN BIN ABDULLAH
BUKHARI BIN SAFIAN
MOHD AIMANUDDIN BIN MOHD ROZLI
MUHAMAD HANIF BIN ALI
MOHAMAD EHSAN BIN SEBRI
AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT) SISWI
KARIMAH BT MOHAMAD
NURUL UYUN BT MUSTAFFA
SYAFIQAH BT SALLEH
MARDHIAH BT MOHD ZABIDI
HAZIRAH BT ISA
ASLAM FARAH BT SELAMAT
MARIYAH BT MOHAMED SALLEH
NUR HIDAYAHBT MOHAMAD
ZAWAWI
QATRUNNADA BT JUNUS
* * * * * * * * * * * * * *
Permata 2011 /12 dalam kenangan |
Tahniah diucapkan kepada seluruh kepimpinan baharu PERMATA sesi 2012 / 2013 pada kali ini. Atas dasar kelebihan & potensi yang dilihat menonjol serta mampu memimpin. Secara peribadinya saya mengharapkan agar PERMATA kali ini dapat memimpin kami selaku ahli ke arah membina keIzzahan mahasiswa, mematangkan minda mahasiswa, mengupas isu2 yang dinamik agar mampu membina tahap fikir yg profesional serta menjadi 'critical thinker'
Petikan picisan ucaptama Pesiden PERMATA sesi 2012 / 2013....
"... dan insyaAllah tahun ini kita cuba untuk meraikan
semua pendapat, tidak kira latar belakang,..."
Dua matlamat yang saya scara personaly nya rasakan wujud didalam statement ini adalah merakyatkan ahli Permata seterusnya mengizzahkan ahli Permata itu sendiri...
Andai ladang kita disemai dengan baja yang berkualiti & pekerja yang potensi.. tidak mustahil hasil yang dikeluarkan dari kilang ini merupakan produk yang berKredibiliti tinggi... Keluaran PERMATA kali ini saya yakin akan 'meletup' di pasaran Malaysia kelak.
Andai syurga menjadi destinasi terakhir perjuangan antum selaku ahli PERMATA saya menyeru agar pimpinlah kami bersama-sama antum. Semoga Amanah yang dipikul di benak masing-masing ini dapat menjadi batu loncatan untuk terus berkhidmat untuk memacu Islam di bumi Allah ini
Barisan pimpinan PERMATA 2011 / 2012 |
Barisan Kepimpinan PERMATA sesi 2011 / 2012 |
Bersempena motto PERMATA sesi lepas " Keluarga Permata, Inspirasi Bersama ", walaupun motto yang dibawa pada kepimpinan sesi kali ini kemungkinan akan ditukar, diharapkan agar roh keluarga PERMATA, istilah Adik-Beradik PERMATA, dan istilah2 lain yang menggambarkan kesolidaritian mahasiswa / mahasiswi Universiti Of Mu'tah sekelian kekal didalam diri masing-masing bagi memastikan ukhuwah yang dibina tersemat indah.
"Kuasa Mahasiswa Menggempur perubahan "
"2012 tahun kebangkitan Mahasiswa " simbolik penyerahan taklifat |
kehadiran jentera BERSIH ke AGM - 13 |
0 nasihat:
Catat Ulasan