Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Sabtu

Persediaan Awal [ khusus bagi Pelajar Ke Jordan ]



Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.

1) Dokumen-dokumen penting


• Pasport beserta salinan

• Salinan Kad Pengenalan

• Salinan Kap Pengenalan ibu bapa atau penjaga (untuk urusan pinjaman, zakat, dsb )

• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Medical Report dan x-ray (jika perlu)

• Acceptance / Offer Letter

• Gambar berukuran passport sebaiknya 15 keping,( kedai gambar ad tp bg urusan2 yg memerlukan secara
segera.cth: Pengisian maklumat2 peribadi pd PZ, BKAN, EMJ & lain2.. )

• Surat-surat penting berkaitan penajaan. (jika mendapat tajaan)


** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.



2) Pakaian


• Pakaian biasa, untuk ke kelas seperti kameja, seluar baju kurung atau jubah bagi siswi. (kameja & Baju Melayu berbutang penuh dari Malaysia lebih disyorkan bg syabab )

• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa.

• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.

• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sebagainya untuk permulaan.

• Al-Quran, sejadah dan keperluan ibadah lain.

• Baju Melaju sepasang (utk sambutan hari raya aidilfitri & aidiladha )


3) Makanan


• Rempah ratus, ikan bilis, santan, sos cili, perencah dan lain-lain lagi disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada/sukar didapati di sini.

• Peralatan memasak seperti periuk nasi,blender,stereka tidak perlu dibawa kerana di sini ada dijual dan agak berkualiti.



4) Lain-lain


• Komputer Riba (Laptop) jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet. Tambahan lagi urusan mendaftar subjek kesemua menggunakan sistem secara online. ( Disamping berhubung dengan insan tersayang di Malaysia )

• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan
.
Bawa mengikut keperluan diri ( sebagai contoh sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang spesifik, maka bawalah ubat yang diperlukan untuk penyakit tersebut) ubat-ubat asas seperti panadol, clarinase dan sbgnyanye ada dijual di sini (Jordan) . Minyak-minyak seperti gamat, afiat, panas, Mastika, Pil Chee Kit Tech Aun, Minyak kapak, TYT dan sebagainya, SILA BAWA dari Malaysia !



• Pengetahuan asas computer, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.( Kesemuanya soalan berbentuk objektif dan didalam bahasa arab kecuali BI )




TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN


WANG
 


• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.


• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak universiti hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :


A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.

B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)

C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.

D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.
Traveller's cheque : SANGAT digalakkan untuk menukar terus traveller's cheque tersebut di Malaysia sekiranya anda telah pun diberi traveller's cheque oleh penaja. Hal ini kerana, kebelakangan ini, kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk menukar cheque tersebut kerana terdapat masalah pada bank di jordan.


Peringatan penting!


 Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[bagi tajaan JPA dan MARA]


 Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.




Tambahan:



*Baca juga link ini untuk checklist barang-barang ke Jordan especially akhawat

*Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.

sumber asal : http://sambutanpelajarbaru2011-2012.blogspot.com/ (IRbid)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...