muammar al-gadafi presiden libya |
Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.
Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!
Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan senapang.
Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!
Apa yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika mengganyang Gaza.
Gadafi memang gila!
Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!
Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.
Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.
Al-Jazeera. net melaporkan :
أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم
(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)
Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.
Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :
أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.
(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)
Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!
Anak diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol dengan ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya sebagai ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang Islam!
Dalam ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat Libya agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar Gadafi, sambil menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan itu sebagai ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung di syurga Firdaus’.
Sesiapa pun boleh bersetuju atau tidak dengan fatwa terbaru Qaradhawi ini.
Namun, mesejnya di sini ialah, Qaradhawi sesungguhnya telah memberi contoh peranan sebenar seorang ulama dalam masyarakat.
Peka. Semasa. Bergerak seiring dengan denyut nadi ummah. Proaktif. Berani. Lantang. Terkehadapan...
sumber asal : al-jazeera
Rentetan ringkas mengenai muamar gadafi ini...
30 tahun yang lalu melalui rampasan kuasa. Klonel Muamar Gadafi mengambil alih kuasa kerajaan Libya dari Bumideen.
Beliau telah dinobatkan sebagai seorang pemimpin revolusi yang menjadi harapan rakyat untuk membawa perubahan kepada negara Umar Mukhtar ini.
Beliau telah dinobatkan sebagai seorang pemimpin revolusi yang menjadi harapan rakyat untuk membawa perubahan kepada negara Umar Mukhtar ini.
Pada awal pemerintahannya Gadafi telah berjaya menguasai rakyat Libya, dengan tindakan beraninya mencabar kuasa Amerika yang mendominan negara2 di Teluk Arab.
Penampilan gaya berpakaian tentera setiap apa juga majlis rasmi negara. Dunia Islam melihat Gadafi adalah pemimpin Islam yang disegani dan dihormati. Kenyataan pedas dan berani sedikit sebanyak membuat Amerika begitu jengkel kepadanya, sehinggalah kehari ini.
Penampilan gaya berpakaian tentera setiap apa juga majlis rasmi negara. Dunia Islam melihat Gadafi adalah pemimpin Islam yang disegani dan dihormati. Kenyataan pedas dan berani sedikit sebanyak membuat Amerika begitu jengkel kepadanya, sehinggalah kehari ini.
Kesempatan kepercayaan yang diberi oleh rakyat membuat Gadafi bagai manusia lupa diri, dia bukan pemimpin Islam yang mengamalkan cara hidup Islam, tindakan dan penonjolan gila2 bahasa, seolah2 dia bagaikan seorang selebriti
Di Libya kerajaan yang tidak berperlembagaan ini menyeronokan Gadafi mentadbir mengikut undang2 tentera. Rakyat awam dihukum mengikut undang tentera jika melakukan kesalahan sivil. Penindasan kepada rakyat telah lama diamalkan dinegara ini. Rakyat amat takut dengan bentuk hukuman ala tentera ini, sementelahan pula negara ini tidak pernah ada pilihanraya demokerasi untuk menukar kerjaan atau memilih pemimpin. Maka kekalkah Gadafi menjadikan negara Libya umpama miliknya sendiri.
Hari ini apabila rakyat telah bangun hasil dari inspirasi revolusi Tunisia dan Mesir. Rakyat Libya bagaikan terlupa ancaman sigila ini akan sanggup mempertahankan kuasa gila yang menguntungkan diri dan keluarganya. Sebab itu Gadafi dan anaknya akan menghukum mana2 juga menteri yang dituduh khianat padanya.
Rakyat Libya sekarang diancam oleh Firaun generasi baru yang bertopengkan Islam sama seperti negara2 arab lain yang bermula dari Shah Iran diteluk Farsi, Sadam Husein di Iraq, Zeinel Abden Ali Tunisia, Hosni Mubarak di Mesir, Raja di Bahrain, Jordan ,Yamen dan Algeria. Kezaliman setiap mereka yang menjadi Firaun, akan membunuh rakyat sendiri, ini lebih telah dahulu dinyatakan didalam Alquran, Zabur, Taurat dan Injil.
Para rasul yang dilahirkan oleh Allah s.w.t, boleh dikatakan kesemuanya dilahirkan dibumi arab yang jahil semula setelah rasul2 yang diutuskan itu wafat. Tak percaya?!… lihat saja berita atau rencana kehidupan Raja2 Arab yang te rdahulu termasuklah “King Of Saudi Arabia”… Tiba masanya Firaun akan dimusnahkan oleh Allah s.w.t….. selamatkanlah "kami" orang2 beriman dari musuh2 agamaMu ya Allah~
0 nasihat:
Catat Ulasan