Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Sabtu

Persediaan Untuk bakal Mahasiswa yang akan ke Jordan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat serta salam dipanjatkan buat kasih junjungan besar Muhammad saw. Juga para sahabat dan tabien. Moga-moga berada di dalam keberkatan dan kesinambungan kebaikan yang berkekalan.

Memulakan kehidupan baru di luar Tanah Air Malaysia adalah mengundang pengalaman baru serta persiapan yang rapi agar keselesaan dan kemampuan meneruskan kehidupan dapat di selaraskan. Apatah lagi hidup di luar Negara untuk mengejar cita-cita belajar dan berjaya dalam karier.

Sama seperti Negara-negara Arab yang lain, Jordan juga sebuah Negara Islam yang menjadi tujuan dan destinasi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka ke sini. Antara destinasi lain selain Jordan yang juga menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia adalah Mesir, Morocco, Yaman, Syria dan Arab Saudi.

Walaupun Jordan tidak tergolong di dalam negara-negara Arab yang maju, tetapi ia di antara Negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, kerana itulah, mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di sini perlu menyiapkan diri dengan pengurusan diri serta kewangan yang secukupnya supaya kehidupan dan pembelajaran mereka di sini tidak akan terganggu.

Sehubungan itu, PPMAJ(persatuan penuntut malaysia Amman,Jordan) mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka di sini dengan merangka sedikit-sebanyak panduan yang perlu dilengkapi oleh setiap mahasiswa. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.




SENARAI KEPERLUAN


A. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PERSATUAN

i. Gambar berukuran Pasport – 20 keping
ii. Salinan (photostate) Pasport – 10 helai
iii. Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli – 3 helai
iv. Terjemahan Sijil Lahir yang asli – 3 helai
v. Salinan i/c @ sijil lahir sendiri, ibu bapa,adk beradik
(bagi urusan zakat bagi yang datang secara private)



B. KEPERLUAN ASAS DIRI (PERIBADI)

- LELAKI

i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (1-2) helai)
ii. Baju Melayu sepasang (untuk tujuan Majlis-majlis rasmi)
iii. Koat Hitam atau gelap
(untuk tujuan majlis-majlis rasmi – boleh juga dibeli di Jordan)
iv. Baju Kemeja / T-shirt sopan (pakaian ke Kuliah)
v. Kasut Kulit (untuk tujuan majlis-majlsi rasmi)



- PEREMPUAN

i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (1-2) helai)
ii. Baju kurung / Jubah (pakaian ke kuliah)
iii. Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc)
iv. Tudung (sekurang-kurangnya tiga (3) helai)
v. Stokin kaki dan tangan
vi. Telekung (2 helai), dan sejadah
vii. Blazer hitam/gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi-boleh juga dibeli di Jordan)
viii. Kasut hitam (untuk tujuan majlis-majlis rasmi)






C. KEPERLUAN MAKANAN

i. Perencah makanan segera utama seperti serbuk kari, serbuk kurma, serbuk sup,serbuksantan, serbuk kunyit dan lain-lain rempah yang biasa digunakan untuk memasak.
ii. Perencah masakan segera seperti nasi goreng, tom yam dan lain-lain.
iii. Makanan segera dan kering untuk persediaan hari raya.


P/s : di syorkan agar membawa lebih..



D. UBATAN

i. Ubatan peribadi seperti lelah dan lain-lain pil
(kepada yang mempunyai sakit-sakit yang serius,disarankan menyediakan ubatan peribadi dalam kuantiti yang secukupnya)
i Pil-pil seperti Panadol, Ubat batuk, Minyak Angin dan lain-lain boleh diperolehi di sini

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...