Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Selasa

Sambutan Maulid Nabi....Perlu ke Beselawat..??


صلى لله على محمد
صلى لله عليه وسلّم x2

"Bergema selawat bersama
Tidak kira tau dan muda
Raikan Maulud Nabi kita
Menyerlah suasana sentosa"

"Marilah banyakkan selawat
Tanda cinta kasihkan nabi
Berkatnya alam dirahmat
Syafaat akhirat diberi"


Dipetik dari kumpulan nasyed pertama yang saya minati, RAIHAN..,

Bersempena Hari KeLahiran Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad Bin Abdullah S.A.W,,
saya menyeru agar kita semua agar dapat memperbanyakkan selawat dan salam kepada baginda s.a.w,, 

Tuntutan selawat ada dirakamkan dalam al-Quraan di dalam surah Al-Ahzab ayat ke 56 yang berbunyi...,

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Terdapat beberapa penafsiran kecil mengenai mafhum KalamuLLAH diatas..,, diantara yang menarik yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah rentenan dari al Imam al-Bukhari (rahimahullah).,,

قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ

يُبَرِّكُونَ = يُصَلُّونَ }


"Abul ‘Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya) maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan para malaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).
Ibnu ‘Abbas berkata: Maksud dari lafaz “Yushalluna” adalah:
Allah dan para malaikat-Nya memberkahi Nabi. "
(Rujuk: al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/483)

jadi, khulasoh awal yang saya rasa berbisik dihati kecil kita semua selaku ummat islam adalah mengenai perlunya kita berSelawat ke atas Rasulullah.. dan persoalan perlu atau tidak untuk berselawat saya rasa telahpun dijawab.. manakala persoalan bidaah atau tidak,, saya letakkan dibahu masing2 untuk menjawabnya.., kerana jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada kecenderungan fikrah masing2.. wallahua'alam..

Jujurnya.., hati saya berasa rindu untuk kembali ke alam persekolahan untuk sama2 menyambut bulan maulid nabi, suasana disana bagi saya agak "hidup" dengan majlis selawat, berzanji, qasidah, tazkirah2, dan lain2..,,


Diantara qasidah kegemaran saya..,, Alhamdulillah wa syukkru lillah,, Annabi Sollu alaih,, Qul Ya Azim,, Solatullah salamullah,, Ya Imamarusli Ya Sanadi.,, dll..

Terasa hati ini dipanggil lembut..
tikamana didendangkan qasidah2... 
lembutnya bak dedaun pohon kelapa disapu bayu laut,,
bagai terawang2an di udara..,
Lafaz syukur, ku Panjatkan pdnya..
Allah~

lirik qasidah dlm U-Tube diatas..


"allahumma sholli ala sayidina muhammad wa salim wa baarik alaih..",, 
"shollu alaih..,,"

Namun, Hati ini masih merindui kekasih Allah. Jikalau berpeluang ingin sahaja saya bertemu dgn baginda s.a.w.  Dan setinggi2 tahniah ingin saya kirimkan kepada rancangan reliti tv kepada rancangan lau kana bainana al-habib.. saya syorkan kepada semua muslimin & muslimat agar dapat menluangkan sedikit masa untuk sama2 menghayati rancangan ini. Ia berkisarkan "bagaimana sekiranya al-Habib (rasulullah) ada bersama2 kita ".

Alangkah indahnya sekiranya rancangan2 sebegini memenuhi kaca2 televisyen di Malaysia menggantikan rancangan "WAKENABEB", "JUST 4 LAUGH", dan lain2 lagi. Saya rasa tahap rindu kita kepada Rasulullah dapat diukur dengan mengkoreksi semula diri kita apabila menghadirkan diri didalam rancangan ini. Biarkan seolah2 "kita" sendiri yang ada ditempat kejadian..

Di sini saya mengambil peluang untuk mengajak kita pertingkatkan amalan2 sunat & selawat keatas Nabi sempena Bulan Mulia ini. Khususnya kepada diri saya sendiri.

program maulidurrasul peringkat mantiqah

Program anjuran Biro Bimbingan Rohani, PERMATA (Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah) jatuh pada khamis ini. Ensyaallah diharapkan terubat rasa rindu ini tikamana menghadirkan diri ke majlis ini. Selawat atas Nabi. 

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...