Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Jumaat

Percutian semester pertama.. ahlamdulillah, [updated..]

 "  Berjalan,bermusafirlah  "

melihat kebesaran tuhan

yang diciptakan untuk

mereka yang berfikir...

dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia  "


Lirik lagu nesyed kumpulan Mirwana  bertajuk Hikmah Kembara berligat bermain disekitar billion neurones didalam sel2 otak yang seterunya bergerak laju menuju ke synapes dan kemudiannya menghasilkan gelombang kepada memahami pengertian lirik secara maknawi..

Niat mengembara melihat keindahan ciptaan anugerah Allah & mencari ilmu, sentiasa saya paterikan didalam hati ketika diambang cuti semester ini... dibimbangi akan hadir tujuan2 lain yang berkemungkinan tidak membuahkan sebarang hasil (pahala) dapat diperoleh.

Mengikut apa yang saya pelajari.. Manusia akan bertranformasi mengikut detik frekuensi fikirannya.Insan bertukar wajah kewajah2 pemikiranya setiap detik... "setiap yang dipandang" adalah wajahnya. Insan memiliki berjuta wajah per/saat seperti susunan pita filem. Insan sentiasa meneliti dan menemui wajahnya "sendiri" dalam setiap hal keadaan..

fahami & telililah....


Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FEMAK) menjadi pengisian pertama saya pada cuti fasal ini. Diadakan di Mu'tah dan mengumpulkan 4buah mantiqah [amman - mafraq  - mu'tah  - irbid]. Masing2 disajikan dengan pelbagai acara sukan untuk dipertandingkan diantaranya... Ping-pong, Takraw, Badminton, Futsal, Bola Tampar, Chess, Dam haji, dan banyak lagi..

Tiket ke program ini disediakan dan bagi yang tidak mempunyai tiket ini tidak akan dapat menghayati intipati program secara keseluruhannya. Tiketnya diedarkan secara percuma dan ia boleh didapati didalam jiwa murni masing2, dan ia adalah "Ukhuwah Islami". Tanamkannya semasa berprogram insyaallah matlamat merapatkan ukhuwah dari pelaksana program akan terlaksana dengan Gemilangnya.

antara peserta pertandingan bina walpaper




Universiti pelajar malaysia di jordan di mantiqah Mafraq dikenali sebagai University Al-Bayt. Persinggahan saya seterusnya adalah ke mantiqah berkenaan. Sepanjang saya disana, banyak kunjungan dan aktiviti yang dipenuhi dan dipimpin oleh sahabat2 disana. Sempat saya rakamkan beberapa kenangan di sana selama beberapa hari.


Antara kawasan menarik di mantiqah ini dikhabarkan ada sepohon pokok yang menjadi tempat rasulullah berteduh satu ketika dahulu. Hasrat ke sana ditanam erat, namunpun begitu, hasrat itu bertukar hampa dek kerana kebiasaannya pemandu2 teksi, jarang mengenai tempat itu dan mengikut senior2 kami, tempat itu jauh tersembunyi di kawasan pedalaman kampung. :(




di pintu masuk jamiah (universiti)

siapa intai kt belakang tue..?? :)

bersama syakir, firdaus di kreta api lama di jamiah al-bayt



Selang beberapa hari disana. "Kami" teruskan berhijrah untuk menziarah sahabat di mantiqah Irbid. Di mantiqah ini terdapat dua buah Jamiah yang kebiasaannya terdapat limpahan pelajar2 Malaysia.
Univercity Of Yarmouk & Jordan Univercity of Sceince and Technology (JUST). Sepanjang keberadaan disana, saya diatur oleh Allah untuk berkunjung ke dua kawasan menarik di jordan. Ummu Qais & Ma'rakah Yarmouk (Medan perang yarmouk).


Ummu Qais




satu sudut di ummu qais


antara tinggalan bangunan yg masih kukuh


ziarah bersama haji idris al-kailani


semua tengok apa tu..?


salah satu pintu yang masih wujud tersergam

Dikatakan runtuhan gereja & kuil ummu qais ini..


dataran ummu qais menjadi saksi ukhuwah kami..

rehlah mahasiswa Jordan Yik 2010
Ziarah Ummu Qais mahasiswa YIK ke jordan 2010

Setelah Ke Ummu Qais. Kami bergerak pula ke detinasi seterusnya... Ma'rakah Yarmouk (Medan Perang Yarmouk)

Sedikit information sebagai penguat keyakinan kita terhadap perjuangan islam.
Peperangan Yarmouk adalah perang antara tentera Islam dengan tentera Rom.ia berlaku pada bulan Ogos, tahun 636 Masihi bersamaan dengan tahun ke-15 Hijrah,empat tahun selepas kewafatan Rasulullah saw.(ada pendapat lain mengatakan pada tahun ke-13 Hijrah)dan ianya berlaku ketika zaman pemerintahan al-Farouk,Khalifah Umar bin al-Khattab.\

Tentera Islam pada masa tu telah dipimpin oleh pedang Allah,Khalid al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah manakala tentera Rom pulak telah dipimpin oleh Heraclius dan George Theodorus
Dianggarkan ketika perang yarmouk ini tentera islam 24,000 ~ 40,000 manakala tentera Rom jauh lebih mendahului iaitu 100,000 ~ 400,000 orang.



di sini dikatakan tempat Khalid al-Walid memerintah 

Dalam perang ni,terselit beberapa kisah yang boleh kita ambil iktibar daripadanya.kisah yang pertama ialah kisah yang agak masyhur iaitu kisah seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Jahim bin Huzaifah cuba memberikan air kepada sahabat-sahabatnya semasa peperangan tersebut. Hendak beri kepada sahabat yang pertama,tapi sahabat itu mmendahulukan pada sahabat lain.

bukit Khalid Al-walid dinamakan sempena kecemerlangan strategi beliau

Hendak beri kepada sahabat yang kedua,sahabat kedua ni mempunyai pekerti sama seperti sahabat pertama. Pegi kepada sahabat lain yang lebih memerlukan.kemudian,bila beliau nak beri air kepada sahabat yang ketiga,sahabat tersebut dah pun syahid.maka,beliau pun patah balik kepada sahabat kedua,sahabat tu pun turut syahid. Berpatah balik kepada sahabat pertama, turut syahid. 

Subahanallah, kisah ukhuwah mereka manis didengari. mengutamakan sahabat berbanding dirinya walaupun mengorbankan nyawanya sendiri. Moga2 kita dikurniakan sahabat dan menjadi seorang yang berukhuwah hingga ke tahap itu. Ameen Ya Rabb..

panorama indah di ma'rakah yarmouk ini

Kisah kedua,kisah pengislaman George Theodorus,ketua tentera Rom oleh Khalid al-Walid Saifullah.Khalid al-Walid bertarung dgn George Theodorus ini berlawan bukan dengan menggunakan mata pedang sebaliknya menggunakan lidah.beliau telah berdialog dengan Geogre beberapa perkara tentang Islam,dan akhirnya George ni pun masuk Islam.kemudian,George ni pun sama-sama berjihad dengan tentera Islam melawan tentera Rom(tentera beliau sendiri pada mulanya) dan akhirnya beliau mati syahid sebagai seorang pejuang Islam



Di Ma'rakah Yarmouk (Medan perang)
Saya juga berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis zikir & tazkirah agama di Masjid sekitar kawasan Yarmouk ini. Mengutip nasihat, pesanan, taujihad dari para alim sememangnya membina taman didalam hati kita.Tenang. Suasana taman dari satu sudut dasar hati ini seolah2 akan ditiupkan tiupan angin sepoi2 bahasa, ditambah dengan cicipan burung2 sekaligus membina ketenangan yang nyaman tetapi sayang ia hanyalah bersifat sementara.

iklan Maljis Ilmu 

seikh ismail al-kurdi..


Syeikh Ismail al-kurdi ini merupakan diantara tokoh2 yang di"highlight"kan namanya oleh al-habib Umar ben Hafidz. Didalam portal Habib Umar, dia mengazetkan tokoh2 ulama kibar di seluruh negara dan  nama beliau (Seikh Ismail Al-Kurdi). Beliau juga adalah anak kepada ulama' besar jordan Almarhum syeikh Saeed Muhammad Al-kurdi. Alhamdulillah berpeluang menghadiri ceramah beliau. 

maqam almarhum Syeikh Muhammad Saed Al-Kurdi
 bersana Syeikh Ismali Al-kurdi

bersama mufti mantiqah Mafraq,

majlis ilmu bersama ulama'2 jordan


Bagi saya, Ketenangan seperti itu juga dapat diwujudkan apabila hubungan kita dengan pencipta tidak jauh, sering berasa diri ini hampir denganNya. Cara untuk memperbaiki ke"akrab"an kita dengan Allah adalah dengan ILMU. Manakala ilmu, tidak akan kita peroleh tanpa wasilah guru dan para alim ulama'. Oleh itu pesan saya kepada diri saya khususnya, hampirkanlah diri kita dengan para fuqaha', Ulama, Guru, Syeikh, Insan2 yang lebih berlilmu daripada kita kerana pada mereka terdapat jongkongan emas ( ilmu ) yang  berharga sebagai bekal kita di akhirat kelak.

p/s : Perkongsian percutian saya ini, tidak saya nilai dari sudut pengalaman sahaja, tetapi moga2 sebarang maklumat, pengajaran dan intipati dari perkongsian insan kerdil ini dapat sama2 kita hayati demi membina kemaslahatan ummah. Perkongsian mengenai percutian saya tidak ternoktah disini, bahkan bersambung disebuah sebuah Negara yang tidak pernah saya jejakkan diri saya kesana. Ke Bumi Syiria.....



 mantiqah = zon @ negeri..

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...