Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Jumaat

Jamak Atas asbab cuaca..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Lama rasanya tidak menjenguk blog ini..,, Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk kembali menarikan jari2 diatas keyboard notebook Dell Inspiron Mini ini..

hari ini sayyidul ayyam jatuh pada tarikh 31/12/2010... dan malam ini akan diundang satu adat dalam masyarakat di negara Malaysia iaitu menyambut sambutan tahun baru. Detik 12 malam merupakan detik yang ditunggu2 oleh seluruh masyarakat dunia.. Masing2 sanggup perlewatkan tidur semata ingin menyorak serangkap ayat.. 

Selasa

Nasyid Maal Hijrah

Salam 1 Muharram 1432h dilebarkan kepada semua muslimin2 sekalian,,


Terkenang dizaman kecil2 dahulu.. banyak lagu& nasyid yang termomentum kepada diri saya dek kerana biah (suasana) keluarga yang mengajar sebegitu.. Sungguh apabila berjauhan bersama keluarga.. rasa rindu muncul tanpa dipaksa2..,, tambahan lagi kita sekarang berada dizaman awal hijrah.. teringat saya pada sebuah lagu hijrah dendangan shoutul sofwa yang paling saya minat tika itu..,,



Lirik



Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rosul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

# Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebena sebuah impaian

Hijrah rosul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tenda agama islam peroleh kemenangan

Hijrah rosul suatu iman
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan


Moga2 lagu ini memimpin kita untuk berhijrah dengan Mengislah diri sendiri disamping mengajak individu2 lain untuk turut berhijrah sama..,,

Isnin

..:: Tahun Baru Hijrah-Doa Awal Tahun-Doa Akhir tahun ::..

Salamullah alaikum warahmatullah..

Segala Pujian disandarkan kepada Allah dan selawat serta salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,,

Selayaknya mesti setiap insan ingat dengan mahfum ayat dari petikan Kalamullah Al-karim,,

"setiap yang hidup pasti akan menemui mati"

Apa yang saya hendak cuba bawa kali ini adalah berkaitan dengan melayangnya setahun dalam kamus hidup kita.. Bererti esok kita meninggalkan satu sejarah lama serentak akan terbeban dengan lembaran baru didalam hidup kita..


Dibawah disertakan doa awal tahun & doa akhir tahun bagi siapa2 yang lupa... jadi, teruskan pembacaan..

Ahad

Khitbah Dalam Islam

Secubit renungan kita bersama,, utk muhasabah diri..


sempat saya kutip sebuah artikel bertajuk "LAMARAN NIKAH atau KHITBAH DALAM ISLAM"
jom sama2 kita mentadabbur artikel ini,,

Istilah tunangan tidak dikenal dalam istilah syariah. Tapi kalau mau dicarikan bentuk yang paling mendekatinya, barangkali yang paling mendekati adalah khitbah, yang artinya meminang. Tetapi tetap saja ada perbedaan asasi antara tunangan dengan khitbah. Paling tidak dari segi aturan pergaulannya. Sebab masyarakat kita biasanya menganggap bahwa pertunangan yang telah terjadi antara sepasang calon pengantin sudah setengah dari menikah. Sehingga seakan ada hukum tidak tertulis bahwa yang sudah bertunangan itu boleh berduaan, berkhalwat berduaan, naik motor berboncengan, makan, jalan-jalan, nonton dan bahkan sampai menginap.

Sedangkan khitbah itu sendiri adalah ajuan lamaran dari pihak calon suami kepada wali calon istri yang intinya mengajak untuk berumah tangga. Khitbah itu sendiri masih harus dijawab iya atau tidak.

Manusia diciptakan oleh Allah Swt sebagai makhluk yang paling mulia, ia bukanlah sesosok makhluk yang sekedar memiliki jasad/organisme hidup, sehingga kehidupan yang dijalaninya pun bukan sekedar untuk tujuan memperoleh makan, tumbuh, berkembang-biak, lalu mati. Manusia diciptakan ke alam dunia ini disertai pula dengan berbagai potensi kehidupan yang diberikan oleh-Nya. Berbagai potensi kehidupan tersebut harus merupakan sesuatu yang disadari/difikirkan oleh manusia. Diantara potensi kehidupan tersebut adalah berupa naluri-naluri (gharaizh) yang diantaranya pula adalah naluri untuk melestarikan keturunan ataupun tertarik kepada lawan jenis (gharizatu nawu).

Sabtu

Cerita Disebalik Zina Hati...

Salam muhibbah didahulukan..,, selawat serta salam juga dijunjungkan kepada nabi Muhammad S.A.W,,

Terdetik hati ini untuk mengumpul semua koleksi kisah2 cinta islami atau pengajaran2 yang dikaitkan dengan kisah percintaan yang dikatakan bertopengkan cinta islami ini.. Sesuai dengan jiwa2 remaja yang kebanyakkannya hanyut, dilemma, terjebak, dan sebagainya.. harapnya kisah2 sebegini dapat memberi jalan penyampaian yang paling berhikmah kepada kita semua..,, khususnya kepada diri yang tidak lari dapat lari dari keterlibatan dengan musykilah2 sebegini..,,

sama2 hayati kisah dibawah,,

*********************************************
Cerita Disebalik Zina Hati...

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. 


Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak.

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

Rabu

Titisan Air Mataku..

Titisan airmata mengalir tanpa disedari oleh jiwa
Tak pernah diminta mahupun dipaksa
Mengalirnya ia kerna terkenangkan dosa-dosa dunia
Dosa-dosa yang diperlakukan sendiri oleh hati dan jiwa

Dalam mengejar dunia, ku melupakan amanahku kepadaNya
Dikala impian hati tak tercapai, seakan harapan musnah terkubur selama-lamanya
Ku membiaskan segala persoalan kepada Yang Maha Esa
Sedangkan tiadalah layak bagiku mempersoalkanNya

Tatkala hati dan jiwa seakan tersungkur dgn godaan dunia
Semakin dihamparkan dugaan dan ujian yang merontakan jiwa
Hingga kurebah dan mulai berputus asa dengan rahmatNya
Walaupun ku sedar jiwa ini adalah berTuhankan kepadaNya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...