Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Isnin

..:: Tahun Baru Hijrah-Doa Awal Tahun-Doa Akhir tahun ::..

Salamullah alaikum warahmatullah..

Segala Pujian disandarkan kepada Allah dan selawat serta salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,,

Selayaknya mesti setiap insan ingat dengan mahfum ayat dari petikan Kalamullah Al-karim,,

"setiap yang hidup pasti akan menemui mati"

Apa yang saya hendak cuba bawa kali ini adalah berkaitan dengan melayangnya setahun dalam kamus hidup kita.. Bererti esok kita meninggalkan satu sejarah lama serentak akan terbeban dengan lembaran baru didalam hidup kita..


Dibawah disertakan doa awal tahun & doa akhir tahun bagi siapa2 yang lupa... jadi, teruskan pembacaan..
Sebelum itu..,, Cuba kita koreksi diri,
> Bagaimana perasaan kita menyambut tahun baru hijrah ini..?? suka.?? sedih.?? terharu..??
> Selama setahun (hijrah bkn masihi) kita dipinjamkan nyawa oleh Allah.. cenderung kearah manakah hidup kita..?? kearah kemakrufan..?? atau kemungkaran Allah yang kita cari..??
> Jika kemakrufan.. kita hitung balik 24jam yang Allah pinjamkan kepada kita digunakan sepenuhnya kepada Allah atau 10% sahaja.. renungi..
> Kemudian, cuba imbau kembali 'sejarah2 gelap' yang kita telah lakukan tahun ini... Sudahkah kita bermuhasabah & berTaubat .??
> Sudahkah azam benih baru kita tanam..?? benih yang baik.. dibajakan pula dengan istiqamah diri..

Ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Syarat2 taubat nasuha (taubat yang sebenar2) termaktub pada 5 perkara iaitu..
1) Menyesal dengan perbuatan tersebut
2) Meninggalkan perbuatan tersebut
3) Berazam untuk tidak akan mengulangi perbuatan tersebut
4) Memohon ampun & maaf kepada individu2 yg kita buat salah
5) Pulangkan segala harta yang 'dipinjam tanpa kebenaran' (jika ada)
Sekadar selingan dan untuk peringatan kita bersama..


Doa akhir tahun hijrah 1431 kita,, kebiasaannya dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijah.



Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.



Manakala Doa Awal tahun 1432h pula dibaca 3kali selepas maghrib pada malam 1 muharam...


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan keatas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Diharap dengan perkongsian ini dapat diaplikaasikan semasa tiba detiknya.. Jika tidak berpeluang tahun ini 1342h.. mungkin dapat relisasikan pada awal tahun2 hijrah masa akan datang...


Sebelum terlambat,, sempena  Khalifah Umar Al-Khatab menetapkan 1 muharam adalah hari pertama bagi setiap tahun [kalender hijrah],, suka saya untuk mengajak agar kita semua berpuasa pada awal muharam bagi aram 1432h.. disamping sebagai muqaddimah amalan kita..

wallahua'lam...,,

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...