Lama rasanya tidak menjenguk blog ini..,, Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk kembali menarikan jari2 diatas keyboard notebook Dell Inspiron Mini ini..
hari ini sayyidul ayyam jatuh pada tarikh 31/12/2010... dan malam ini akan diundang satu adat dalam masyarakat di negara Malaysia iaitu menyambut sambutan tahun baru. Detik 12 malam merupakan detik yang ditunggu2 oleh seluruh masyarakat dunia.. Masing2 sanggup perlewatkan tidur semata ingin menyorak serangkap ayat..
" سنة جديدة سعيدة.., HAPPY NEW YEAR.., SELAMAT TAHUN BARU.., 新年快乐.., नया साल मुबारक हो .."
5 bahasa yang berbeda tapi masing2 mempunyai makna yang sama...
Bukannya kita salah kita menyambut tahun baru cumanya bagi saya kurang tepat tindakan kita sebagai seorang penduduk negara islam, seorang mukmin yang kenal akan islam, tahu hukum hakam yang terdapat didalam ugama tapi kita..
1) melebih2kan sambutan tahun baru masihi daripada tahun baru hijrah baru2 ini..,, sedangkan banyak perbezaan yang boleh kita dapati jika hendak dibandingkan tahun baru hijrah dengan masihi,kayu ukur waktu masuk tarikh [selpas maghrib - detik 12 malam], sejarah tahun hijrah & masihi [kelahiran nabi isa - hijrah nabi], dll..
2) sanggup korbankan tenaga kita untuk berjaga hingga lewat mlm dan adakalanya korbankan tidur pada hari itu dengan keluar beramai, aktiviti2 lain yang kurang manfaatnya..
Hm,, macam tiada kaitan antara tajuk dengan penyampaian diatas tadi..??
Apa yang saya cuba untuk sampaikan kali ini adalah mengenai cuaca disini (karak) sejak kebelakangan ini.. pada tengah hari ini sebelum saya bergerak ke masjid bagi menunaikan solat fardhu jumaat didapati kabus yang muncul cukup luar biasa tebalnya.. sehinggakan tidak kelihatan kenderaan2 yang bergerak diatas jalanraya.. sungguh membahayakan,, kami melintas jalan dan bergerak ke masjid secara perlahan kerana dikhuatiri kenderaan2 tidak menyedari kehadiran kami, ditambah pula dengan jalanraya yang basah berlecak akibat hujan (disini hujan jarang2 sangat.. stahun boleh dibilang jari kekerapannya..) menyulitkan lagi kami untuk sampai di masjid..
ni la gmbarannya |
Setibanya dimasjid Umar Al-Khattab.. ketika itu khutbah jumaat baru sahaja bermula.. sempat kami mendengarnya.. kemudian tikamana selepas doa khutbah pertama pengkhatib menyatakan bahawa selepas kita akan menunaikan solat jumaat ini akan disusuli dgn solat jamak fardhu asar (dlm bhasa arab bkn melayu..),, dinyaatakan ini merupakan fatwa mufti sekarang..,, yang melucukan saya.. rakan saya yang ketika itu hampir melelapkan mata terjaga dengan kenyataan itu..,,hik3..
Setelah usai Solat fardhu jumaat ada diantara rakan saya yang keluar awal bergerak pulang kerumah.. saya bermonolog sendirian didalam hati kecil.. ; mungkin kekurang vocabulary arab menyebabkan dia tidak dapat menangkap apa yang dinyatakan imam itu.. ;,, kemudian kami (para jemaah) tunaikan solat asar jama' berjemaah seluruh masjid ini...
Perkara sebegini memang tidak pernah hadir dalam sepanjang hidup saya dan tidak berlaku di Malaysia (rasanya..) menyebabkan saya terdetik untuk merakamkan ia didalam portal ini... Walaupun saya diambang peperiksaan final..,, Biar kelak boleh saya faktakan sejarah2 diri saya ini secara tepat dan kritis,,
ambil yang jernih buang yang keruh..
0 nasihat:
Catat Ulasan