Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Ahad

Teka-Teki yg menguji sifat insaniah kita..

Salam alaik,, saya seikhlasnya tidak tahu apakah tujuan Allah memutar2kan kisah ini didalam benak fikiran saya..
untuk kesekian kalinya saya terfikir utk berkongsi ia kepada umum.. Mungkin ada yang mampu membuka lipatan fikiran saya disini..



Ia berkaitan Kisah Imam Tasawuf yang kita segani Imam Al-Ghazali rahimahullah..


Sabtu

Majlis Aidilfitri & AGM KMKJ

Salamullah alaikum pembuka bicara...

apa yang ingin saya kongsikan disini mungkinlah tidak seberapa
Cuma ingin saya nukilkan disini peristiwa ini agar ia menjadi bukti sejarah bahawa kami pernah menjelajah Universiti Yarmouk Irbid..

baru2 ini... kami seluruh mahasiswa kelantan yang berada di universiti mu'tah jordan menerima pelawaan dari Badan Kebajikan Anak Negeri Kelantan untuk menghadiri majlis ramah mesra diantara ahli Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).. keterangan mengenai majlis ini seperti dinyatakan di iklan dibawah..

 

Kenapa pakai tudung besar-besar ya? tak rimas?

Subhanallah~
anologi bertudung yang digunakan dirasakan memang mejentik hati mad'u
bagi yang belum me"nikmati"nya.. sama2 kita melayarinya...



Rabu

Minggu Haluan Siswa 2011







Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

Sekali lagi saya mendahulukan ungkapan salam dalam bidayah kalam.. moga2 doa agar kalian mendapat kesejahteraan & rahmat ALLAH dimakbulkanNYA,,

Pada 7,8, dan 9 oktober baru2 ini.. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telahpun mengadakan sebuah program Suai Kenal / Orientasi bagi semua pelajar2 baru yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di bumi Jordan yg barakah ini..



Pengisian program minggu orientasi yg dikenali dgn Minggu Haluan Siswa (MHS) ini bercirikan lebih kearah pencerahan mengenai kehidupan di Jordan ini.., spt contoh bagaimana hendak berurusan dengan kedutaan jordan, jikalau berlaku kehilangan/ kecurian pasport, kenali dgn lebih terperinci lagi bagaimana perwatakan masyarakat arab, belajar bahasa amiyyah (pasar) masyarakat, pengenalan struktur organisasi di jordan, pinjaman, zakat dan sebagainya..

Khamis

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi???AL-QURAN&HADIS membuktikannya


Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....



Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.


Selasa

Minggu pertama di tanah Syam

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Puji2an kehadrat ilahi.. Selawat serta salam keatas Rasul Junjungan kita..



Suka saya memberitahu.. kiranya saya ingin berkongsi sesuatu kepada semua...  mungkin ia berkisarkan pengalaman saya peroleh disini apabila dipilih oleh yang Maha Pemberi untuk menyambung pelajaran ke salah satu negara timur tengah.. Insyaallah saya tidak akan mensia-siakannya.. Saya berharap tindakan saya ini diiringi sokongan dari kalian semua..  Jazakumullahu khairan kathira.,

Jumaat

~ Atas Nama Cinta - UNIC ~

nasyeed pilihan di cni...


~ atas nama cinta ~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

~Ardu Kinanah~

Alhamdulillah..,,
Selawat serta salam didahulukan kepada junjungan kita..
Nabi Muhammad s.a.w

berkah doa dari segenap manusia2, Akhirnya.. tiba juga kami di dataran syam yg pernah didoakan Nabi Muhammad s.a.w.. diantara perbahasan ulama' mengenai status kawasan mana yg menjadi maksud doa Nabi adalah di negara Syiria, Jordan & Palestin,

Bermulanya selingan pertama saya disini, sebelum saya melangkah dengan lebih panjang utk merakamkan pengalaman2 saya di tanah penuh berkah didalam blog ini, moga2 saya dapat beristiqamah dengan perkongsian ilmu yg dipelajari disini, penceritaan kisah2 iktibar, pengalaman2 selama saya mengmbara mencari ilmu disini... doa2kn ye..

Diantara prosedure yang perlu kami lalui sebelum dapat meneruskan pembelajaran disini adalah proses tahdid sakan... bagaimana.? teruskan pembacaan..


Khamis

Bahrain Penjara Transit

Jam menunjukkan satu lima belas minit petang…
Detik kami menjejakkan kaki ke Negara selain dari Negara Malaysia, Subahanallah, Allahuakbar diucapkan kepada Allah, kalimah syahadah turut mengiringi saya didalam nun jauh sudut hati..

Teringatkan firman Allah yg terjemahannya berbunyi :

 “Ingatlah kepadaKU, nescaya aku akn ingat kepadamu.. dan bersyukurlah kepadaKU dan jangan engkau kufur”

Perjalanan kami mengambil masa selama 7 jam dari Klia ke Manama, Bahrain… Rombongan kami kali ini diwartakan seramai 80orang lebih.. semuanya terdiri dari bakal mahasiswa jordan – Pelajar2 “twin pakage” dari KIAS – serta beberapa guru pengiring yang salah satunya adalah ust Muslim bin Che Yusuf selaku Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar di Yayasan Islam Kelantan…

Kami berlepas dari KLIA kira2 jam 11pagi pada tarikh 3syawal 1431h, setibanya di Bahrain… Kami diminta utk mengurusi dokumen kami di kaunter2 lapangan terbang disini.. dan sesudah itu kami dipinta untuk bergerak ke bas yg disediakan bagi melabuhkan diri kami ke Hotel utk tujuan penginapan..,
beratur untuk menaiki bas..
Semalaman tempoh diberi untuk kami bertransit disini dan impiannya agar sehari disini akan kami penuhi dengan lawatan ke kawasan menarik di persekitaran hotel.. Oh ya.. sebelum terlupa, Detik ketika kami menjejakkan kaki keluar dari lapangan terbang itu.. dikatakan suhu disini mencecah hampir 40 darjah celcius.. berbanding dengan Malaysia yg hanya bersuhukan 28 darjah celcius, ketika keluar.. terhidang  udara di Bahrain benar2 mengganggu proses pernafasan kami, Udara yg terdapat disana jauh berbeda dengan udara yg biasanya kami sedut di Malaysia.. pernafasan kami seolah2 terbatas dan terpaksa menyedut sedikit dan menghembuskannya lebih dari kadar sedutan untuk tujuan pernafasan…

Tambahan pula panas berada di Bahrain ini benar menimbulkan rasa ketidakselesaan kita untuk berjalan, panas bagaimana.. insyaallah akan dikongsikan menerusi gambar.. penterjemahan adalah dari kalian semua..
sempat kami bergambar ketika sahabat2 lain menunggu giliran menaiki bas..
ketaksuban & ketakjuban masing2 terpancar apabila melihatkan persekitaran negara Bahrain
Ya Allah, Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa nikmatnya apabila sampai di hotel tersebut.. Syukur tidak terperi saya ucapkan kepadaNya.. Bilik yg memuatkan 3 individu setiap satu dan mempunyai pendingin hawa yang sejuuk, dilengkapi air panas...,

Usai seharian berada di hotel barulah kami dapat menyesuaikan diri dengan suasana dihotel ini… Setelah disemak memang patutlah hotel ini bagus.. Rupa2nya dek kerana hotel yg menjadi penginapan ini merupakan hotel empat bintang… Alhamdulillah keluar bermain2 didasar hati kecil saya tanda syukur dengan anugerahnya kepada kami..

Selesai masaalah pertama.,, kepanasan kami diubati dengan kesejukan pendingin hawa hotel,,

Timbul pula masaalah kedua..,,

Hampir keseluruhan dari rombongan dari kelantan ke jordan ini membawa komputer riba dan kesemua yg bawa itu semestinya bertujuan adalah untuk menghubungi keluarga..
Tetapi apa yang mendukacitakan kami pihak rombongan pelajar ini adalah.. patutkah hotel yang di'empat dibintang'kan oleh kerajaan Bahrain ini dan kemasyhurannya pun terbentang dimana2 pamplet... tetapi tidak menyediakan perkhidmatan internet.. Bukannya mereka hendak merungut tanpa sebarang sebab... tetapi soalnya, tika itu membuak2 perassaan ingin berkongsi  bersama keluarga & insan2 tersayang mengenai pengalaman perjalanan  ke Jordan ini...

Trip ke jordan ini bukannya mengambil masa sehari... Mungkin atas dasar itu mereka membina alasan untuk ber"on9" yakni khuatir ratusan pengalaman2 ini akan tertandus setelah sesampainya di Jordan.. Mungkin di Jordan kelak banyak lagi cerita versi lain yang akan mereka bawakan kepada keluarga mereka.  Bukannya tidak boleh tunggu... Tetapi masakan mahu melepaskan buah epal yang mengalir di sungai yang deras..

Panas + Tiada perkhidmatan Internet = "Penjara"

Beralaskan dua alasan itu mereka berhujjah mengapa tidak menggemari Bahrain sebagai tempat bertransit.. Dan bagi saya..,, hal ini sebenarnya tidaklah terlalu membimbangkan..

Panas!! Memanglah panas di Bahrain mengejutkan kami.. Mana tidaknya.. Panas di sini berbeza dengan panas di Malaysia.. Di Malaysia beriklimkan Panas Lembap,, Di sini, Panas Kering.. Sekali menjenguk keluar dari hotel.. serta merta tangan yang kering menjadi basah akibat kepeluhan.. tetapi,  tidak hairan kerana kita masih baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara asing.. Logikkah kali pertama berhadapan dengan satu situasi yang tidak pernah kita jalani sebelum ini dapat kita tangani dengan sempurna.. bg saya tidak!!

Internet!! Hal ini menyulitkan saya juga sebenarnya..he3.. tetapi ia tidaklah membebani saya seberat2nya seperti ia terbeban pada pandangan teman2 saya yang lain..

a
kesibukan di bandar bahrain

sempat saya mengambil gambar di slh satu kedai di MALL BAHRAIN 

walaupun panas.. tetapi keindahannya menarik hati kepada mood harmoni

Di malam hari pun masih 'membahang' kepanasannya

di Bilik Hotel

Makan mknan hotel.. dibiyayai al-Quds travel

cuba zoom mknan kalau nk tau makn ap..he3



[still in progress...]

Permulaan pengembaraan menuju ke Tanah Syam, Jordan...

Di lembaran ini, saya ingin melakarkan sejarah kisah perjalalan saya ke tanah syam ini agar ia terus terpalit menjadi memori nostalgia tikamana saya dewasa kelak...

Mula2 sekali... Ribuan Syukur pada-Nya kerana telah memilih saya sebagai seorang bakal penuntut ilmu di tanah anbia', Jordan... Mungkin ramai sahabat2 yang terjentik hati mereka untuk menyambung pengajian disini juga, namun hebatnya kuasa Allah menyusun perancangan kepada kita dengan DIA menempatkan kita ditempat yang awlawiyyat, sesuai, dengan kemampuan kita sebagai seorang daie'..,

Terpilihnya sahabat2 lain ke kampus2, universiti2 tempatan, ipg2, sekolah, dan sebagainya mungkin Allah inginkan agar para pendokong agama Allah ini terus mengembangkan sayap2 tarbiah kepada masyarakat yang lebih memerlukan..,

hati akan mudah dilentur sekiranya ramuan jika ramuan yang disediakan
bertepatan dengan fitrah hati.. [kebaikan-ketengangan-dsb]


Perjalanan kami ke tanah syam mengambil masa 3hari..,
bermula dari Airport Pengkl Chepa > Lcct, Klia
kemudian dari Klia > Manama, Bahrain
seterusnya dari Bahrain > Amman, Jordan


bermula dari 11hb September 2010, tarikh 1001 erti buat diriku,,
pelbagai perasaan dicampur adukkan pada tarikh ini...

Rasa gembira dpt belajar di negara orang,
Rasa sedih nk meninggalkan keluarga tersayang,
Rasa rindu kepada suasana & kpd sahabat2 yg bertaut hati,
Rasa sayu meninggalkan tanah kelahiran & tmpat kita mmbesar,
Rasa trharu dgn sumbangan2 yg diwaqafkan utk dijadikan aset kekal kpd pemberi2 skelian,
Rasa trpikul dgn harapan2 masyarakat agar kembali dgn ilmu yg sedia utk dikongsi,
Rasa diamanahkan oleh masyarakat utk berbakti padanya pabila pulang kelak,

Ribuan ungkapan terima kasih kepada keluarga yg sentiasa memberi dorongan

terutamanya kepada ummi tersayang... rasanya memang tidak terbalas
banyaknya pengorbanan ummi terhadap anas, insyaallah ummi. anas akan buat yang terbaik.. doa2kn


Subhanallah,, begitu teraturnya perancangan Allah..
banyaknya rasa2 disini bukannya hendak membukitkan bebanan saya tetapi kesemua rasa2 ini adalah untuk memotivasikan diri saya ini agar sentiasa istiqamah dalam kembara mengutip ilmu2 di tanah syam  yg telahpun didoakan oleh Rasulullah ini,, 

Permohonanku kepada semua agar mendoakan agarku 
"diberi kekuatan untuk meneruskan istimah daku dalam menuntut ilmu setiap saat jam berdetik kalau diiziniNYA..."

yalah... segala apa yg ada diatas muka bumi ini bukankah kepunyaanNYA,?
jadi.. tempat, masa, saat, detik, pun tergolong dalam jutaan makhukNYA... dan persoalan yg patut terbit pada kepala kita... sanggupkah kita berlaku zalim atas setiap makhluknya ini dengan tidak menjadualkan segenap masa ini tidak kepadaNYA... sama2 kita memuhasabah diri..


Sempat Pak Uda & abe amiruddin mengadakan liqa' terakhir buat kami 
beberapa minit sebelum naik ke ruangan menunggu


 gembiranya saya tidak tergambar apabila sahabat2 turut meraikan 
saya melaksanakan misi penaklukan ilmu keBumi urdun


khususnya kepada sahabat yang telah banyak berjasa kepaada saya akh ezuwan zailani.. 
sanggup hadir sekalipun terpaksa berkaki tiga.. syukran wae..



wallahua'lam.....



Sabtu

Persediaan Untuk bakal Mahasiswa yang akan ke Jordan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat serta salam dipanjatkan buat kasih junjungan besar Muhammad saw. Juga para sahabat dan tabien. Moga-moga berada di dalam keberkatan dan kesinambungan kebaikan yang berkekalan.

Memulakan kehidupan baru di luar Tanah Air Malaysia adalah mengundang pengalaman baru serta persiapan yang rapi agar keselesaan dan kemampuan meneruskan kehidupan dapat di selaraskan. Apatah lagi hidup di luar Negara untuk mengejar cita-cita belajar dan berjaya dalam karier.

Sama seperti Negara-negara Arab yang lain, Jordan juga sebuah Negara Islam yang menjadi tujuan dan destinasi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka ke sini. Antara destinasi lain selain Jordan yang juga menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia adalah Mesir, Morocco, Yaman, Syria dan Arab Saudi.

Walaupun Jordan tidak tergolong di dalam negara-negara Arab yang maju, tetapi ia di antara Negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, kerana itulah, mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di sini perlu menyiapkan diri dengan pengurusan diri serta kewangan yang secukupnya supaya kehidupan dan pembelajaran mereka di sini tidak akan terganggu.

Sehubungan itu, PPMAJ(persatuan penuntut malaysia Amman,Jordan) mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka di sini dengan merangka sedikit-sebanyak panduan yang perlu dilengkapi oleh setiap mahasiswa. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.




SENARAI KEPERLUAN


A. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PERSATUAN

i. Gambar berukuran Pasport – 20 keping
ii. Salinan (photostate) Pasport – 10 helai
iii. Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli – 3 helai
iv. Terjemahan Sijil Lahir yang asli – 3 helai
v. Salinan i/c @ sijil lahir sendiri, ibu bapa,adk beradik
(bagi urusan zakat bagi yang datang secara private)



B. KEPERLUAN ASAS DIRI (PERIBADI)

- LELAKI

i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (1-2) helai)
ii. Baju Melayu sepasang (untuk tujuan Majlis-majlis rasmi)
iii. Koat Hitam atau gelap
(untuk tujuan majlis-majlis rasmi – boleh juga dibeli di Jordan)
iv. Baju Kemeja / T-shirt sopan (pakaian ke Kuliah)
v. Kasut Kulit (untuk tujuan majlis-majlsi rasmi)



- PEREMPUAN

i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (1-2) helai)
ii. Baju kurung / Jubah (pakaian ke kuliah)
iii. Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc)
iv. Tudung (sekurang-kurangnya tiga (3) helai)
v. Stokin kaki dan tangan
vi. Telekung (2 helai), dan sejadah
vii. Blazer hitam/gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi-boleh juga dibeli di Jordan)
viii. Kasut hitam (untuk tujuan majlis-majlis rasmi)






C. KEPERLUAN MAKANAN

i. Perencah makanan segera utama seperti serbuk kari, serbuk kurma, serbuk sup,serbuksantan, serbuk kunyit dan lain-lain rempah yang biasa digunakan untuk memasak.
ii. Perencah masakan segera seperti nasi goreng, tom yam dan lain-lain.
iii. Makanan segera dan kering untuk persediaan hari raya.


P/s : di syorkan agar membawa lebih..



D. UBATAN

i. Ubatan peribadi seperti lelah dan lain-lain pil
(kepada yang mempunyai sakit-sakit yang serius,disarankan menyediakan ubatan peribadi dalam kuantiti yang secukupnya)
i Pil-pil seperti Panadol, Ubat batuk, Minyak Angin dan lain-lain boleh diperolehi di sini

Selasa

program

llsa

Rabu

Hargailah setiap insan disamping kita sepenuhnya...

Sebuah cerita yang MESTI dibaca... Semoga ada keinsafan dan dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia... Ambilah iktibar dari kisah cinta ini...hayatilah sehingga habis pasti menitis airmata.
***


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. 



Isnin

Ziarah Ramadhan Ke Negeri Kelantan [21~23 0G0S 2010]

Assalamualaikum sekali lagi dihulurkan buat pengunjung blog yg dikasihi sekalian....

Perkongsian saya di blogs pages ini mengenai ziarah saya ke negeri serambi mekah bagi melihat proses tarbiah ramadhan yg diaplikasikan disana...

Tidak saya nafikan, sudah 5 tahun berturut-turut saya melalui ramadhan bersama-sama dengan sahabat handai disana... dan pada tahun ini perasaan kerinduan saya pada bulan ramadhan di kelantan meronta2 agar saya dilepaskan ke sana.. akibatnya akibat tidak tertahan dengan kuatnya perasaan kerinduan bulan ramadhan disana saya mengambil keputusan utk turut berpuasa bersama sahabat handai disana...

Mungkin ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir buat saya dalam temp0h masa 4tahun berikutnya... & kerana persinggahan saya ke Negeri kelantan ini hanyalah sementara [ tiga hari dan tiga malam ],,  saya bercadang hendak melakarkan ia disini,, mengharungi ramadhan disana mungkin menjadi kenangan buat diri saya... Allahuakbar!!

Ahad

ramadhan

salam ramahdan kariim,,

d0a saya kepada diri saya serta pembaca yg saya hormati agar kalian sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya dan sentiasa tergolong dalam golongan yg diberri maghfirah (keampunan) dari-Nya...,, lebih2 lagi sekarang kita dipilih-Nya untuk berpeluang turut menyertai program RAMADHAN yg dianjurkan oleh ALLAH sejak tahun kedua hijrah lagi... mungkin ada diantara sahabat2 kita yg lain tidak berpeluang utk menyertainya tahun ini kerana tidak mempunyai kelayakan Umur yg Panjang... mujurlah.. Allah lebih menyayangi mereka...
jadi,, perbanyakkanlah mengucapkan syukur kepadanya....

Sebelum saya berceloteh panjang... suka saya membangkitkan persoalan2 yg selalu berlari2 di dalam kotak fikiran saya yg sempit ini..

Macam mana dengan puasa yg berlalu tiga, empat hari yg baru berlalu...?? adakah kita dapat merasakan perubahan berbanding Ramadhan tahun lepas..?? adakah amalan2 kita di bulan ini "similiar levels" (sama tahap) dengan amalan bulan2 lain..??


em,,.................

xde modal le nk tulih gpo niih...

[still in editted....]

Program Mesra Ramadhan [BRIGED AMAL]

assalamualaikum,,

uik~... rmdhan2 pon de wat program jgk..?? xletih ke..??
program apa ntah korg2 join nih...  nk tahu... jom pembaca2 budiman sekelian kita baca....

ha~... pada 14 Ogos 2010 baru ni bersamaan 4 ramadhan 1431H....,,
Briged Amal SElangor (BASe) ada menganjurkan satu program kemasyarakatan yg bertempat di Masjid Al-Muttaqqin, Bt.16, Hulu Langat...  Turut memberi kerjasama dalam program kali ini JPD Dusun Tua, DMPKHL, DPPKHL,,

Selasa

Perkongsian : Kem Sejenak (ii)

sejenak...

Kem Sejenak Bersama Pelajar Jordan

hee3

Perkongsian : Biro Tata Negara (ii)

BTN,,

Perkongsian : Beres (ii)

assalamualaikum w.b.t....

Perkongsian kali ini adalah kesinambungan dari nukilan program: beres yg terkandung dlm blog ini...



Ini merupakan tentatif program BERES ini,,
Nampak simple tapi… pengisian yg dipenuhkan mmg betul2 menarik & bermanfaat…

testimoni yg dilaksanakan apabila ditanya mengenai pengisian program ini,, kesemuanya mengatakan bahawa memang tidak rugi menghadiri program ini... memang program ini dikatakan secara tidak lansung mengecas persepsi diri terhadap sensetiviti kita kepada masyarakat zaman sekarang... bukannya melalui semangat nasionalis yg melampau (sepertimana dilakukan oleh salah satu parti p0litik yg terdapat di malaysia ini),, tetapi ia lebih kepada gabungan sikap yg nasionalis terhadap ugama dengan kesan sirah ummat ISLAM satu masa dahulu... [memayungi dua pertiga dunia],, hal seperti ini yg menyerlahkan lagi aura program....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...