Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Rabu

Temuduga Peguam Syarie Negeri Kelantan


Pagi isnin yang hening,

Sedang saya menjengah beberapa e-mail yang masuk didalam peti simpanan dengan khusyuk, deringan telefon lenovo memecah kesunyian pagi itu, serta merta dikeluarkan telefon bimbit kesayangan itu dari saku dan mendapati bahawa panggilan itu dibuat daripada luar negeri, kod panggilan 09-746****

“..eish, dari Kelantan ni… siapa pulak yang nak call aku pagi-pagi ni..”
monolog saya sendirian.

tanpa membuang masa, deringan itu segera saya matikan dengan menjawab panggilan tersebut.

“…. Saya buat pangilan dari mahkamah syariah negeri Kelantan, nak memaklumkan kepada saudara untuk panggilan temuduga pada hari ahad depan, bersamaan 23 November 2014….”

Panggilan Temuduga
http://communitytable.com/wp-content/uploads/2013/09/job-interview-questions-ftr.jpg


“…wah, wah, wah… tak tersangka application diterima “

dengan panggilan yang tidak disangka-sangka itu, merubah kerajinan saya, membawa saya kepada perlunya saya untuk bersedia sebaik mungkin untuk mendepani temuduga itu pada hujung minggu ini.
Teruja !

pantas, saya capai aplikasi whatsapp dan di scroll  group-group yang ada didalam telefon bimbit dengan hasrat untuk berkongsi berita gembira ini kepada rakan-rakan yang turut membuat permohonan ini.

Rakan-rakan saya kebanyakannya sudah ditempah tarikh itu dengan komitmen-komitmen yang tersendiri. Ada yang terlibat sebagai pengarah didalam program sukan anjuran Ahli Majlis di kawasan dikediamannya, ada juga pada tarikh yang sama juga mempunyai satu lagi temuduga di luar kawasan sebagai pegawai pendidikan DG41.

Setelah berbincang pendapat dengan keluarga masing-masing, akhirnya semua dibenarkan untuk pergi ke temuduga yang akan dijalankan di mahkamah tinggi syariah negeri Kelantan.

Disebabkan saya dan beberapa rakan kini sekarang sedang melanjutkan pelajaran dibawah kursus DAIJ di IIUM pada setiap hujung minggu, jadual kami untuk bertolak ke temuduga itu dilewatkan sehingga lewat petang atau malam pada hari sabtu. Ini kerana kelas yang diadakan pada setiap hujung minggu itu amat memainkan peranan yang besar untuk memberi kefahaman tentang selok belok secara praktikal bagaimana untuk menjadi seorang pengamal undang-undang di Malaysia.



Betolak ke Kelantan


Kami bertolak menuju ke Kelantan boleh dikatakan agak lewat. Mencecah jam 1 pagi pada 23 November 2014, Toyota Estima yang mempunyai kelajuan enjin 2400cc, mula memecut laju memecah kesunyian malam. Saranan berbentuk kata-kata semangat dari ibu seorang dari kami yang juga merupakan seorang peguam syarie memberikan kepada kami suntikan untuk lebih bersedia menghadapi temuduga pada keesokan harinya.

Sebelum kami semua merehatkan diri, kami sebulat suara telah bersetuju untuk bangun pada jam 3.30am untuk mengulang kaji perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan temuduga di dalam perjalanan.


Ternyata hampir-hampir kami semua tersedar dalam satu masa yang sama, dan perancangan untuk mengulangkaji secara soal jawab diteruskan tanpa sebarang perkara yang menghalang. Ulangkaji mengenai enakmen-enakmen yang digunapakai oleh kerajaan negeri Kelantan, prosedure dan peringkat-peringkatnya  di dalam mahkamah, penggunaan istilah-istilah mahkamah seperti interlokuteri, ex-parte, injunksi, eksibit, pecahan Kaedah2 usul fiqhiyah, pembahagian maqasid Syariah, dan banyak lagi topik yang menjadi perbualan kami sepanjang perjalanan. Entah berapa kali kabus tebal kami tembusi sepanjang perjalanan, menandakan suhu di luar kenderaan ketika itu berada di tahap yang rendah. Kesejukan.

http://wwwf.imperial.ac.uk/blog/studentblogs/aislinn/files/2011/04/kid-studying-300x260.jpg

Kami kemudiannya berhenti pada sebelah pagi untuk menunaikan solat fardhu subuh di kampung halaman saya di Kuala Krai. Di situ, kami bersiap-siap dengan mengenakan pakaian yang sesuai dengan etika pemakaian peguam syarie dengan baju putih kemeja berlengan panjang, kot, tie, dan songkok bagi lelaki. Dan tudung putih, jubah / baju hitam serta kot bagi perempuan.

Dihidangkan dengan bihun goreng, telur goreng,  keropok keping , air teh o dan teh panas menjadi sarapan kami pada pagi itu.




Sesi Temuduga Bermula

Melepasi kawasan bersawah di kiri dan kanan sepanjang perjalanan, melalui jalan pasir mas – kota bharu, ternyata kini Mahkamah Syariah Negeri Kelantan sudahpun berada dihadapan kami. Signal kereta diberikan ke sebelah kiri dan jam 10 pagi, kami semua sudahpun terpacak di perkarangan Mahkamah.

Semasa mendaftar, angka giliran kami mencecah ke nombor 50an, 60an. Kami diantara calon temuduga yang boleh dikategorikan lewat berbanding yang lain. Namunpun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami yang diasah sejak pagi tadi.  

Tidak kurang ramai juga calon-calon temuduga yang turut hadir dari negeri-negeri luar seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, wilayah persekutuan KL, Johor, dan sebagainya. Ada yang sudahpun beramal sebagai peguam syarie di negeri lain, dan ada juga yang baru pertama kali menghadiri sesi temuduga seperti kami. 


Temuduga kali ini dihadiri oleh beberapa panel yang berpangkat Dato’. Diantaranya merupakan Sohibus Samahah Dato’ Haji Syukri Bin Ahmad selaku ketua Mufti Agama Islam Negeri Kelantan, YAA Dato’ Haji Daud bin Muhammad selaku ketua Hakim Syariah Negeri Kelantan, ketua pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dan lain-lain.  

Risau. Setiap kali ada pihak yang sudah melepasi sesi temuduga. Pasti ada pihak yang menggerumuni untuk bertanyakan mengenai soalan yang ditanya sepanjang temuduga berlansung.

Diantara soalan yang ditanyakan adalah :-
- Berkaitan tentang nisbah faraid bagi anak lelaki-suami-datuk-dsb.
- Soal isu semasa, isu transgender.
- Diminta untuk membaca teks-teks arab tanpa baris, serta terjemah.
- Soal hakim Wanita, pandangan islam mengenainya. Khilaf2 ulama’
- Iddah bagi lelaki. Ceritakan.
- keadaan mana yang dikira Nusyuz bagi lelaki.
- Kefahaman berkenaan Tariqat-tariqat yang wujud.
- Soal latar belakang pendidikan masing-masing masing
- Penceritaan serba ringkas tentang subjek-subjek yang diambil
- Sebutkan kitab-kitab turath yang dipelajari beserta nama-nama pengarang.
- dan pelbagai-bagai lagi.

Kemuncak debaran kami disahut tenang, apabila nama kami semua dipanggil didalam satu kumpulan, dan seorang demi seorang keluar dari bilik temuduga dengan wajah yang berseri-seri. Soalan-soalan yang ditanya semuanya well-prepared. Tawakkal pada Allah selepas usaha yang dah dibuat.



Natijah Akhir Temuduga Peguam Syarie Negeri Kelantan

23 November 2014, Lundang – Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Dimana pada sebelah petangnya, di edarkan satu salinan nama-nama yang layak diterima masuk sebagai peguam syariah negeri Kelantan. Bagi nama-nama mereka yang ada diminta untuk menurunkan tanda tandangan masing-masing.

“ Alhamdulillah….”

Masing-masing mengoyakkan senyuman di wajah ceria. Menghilangkan mulus wajah yang gundah dan gelisah beberapa ketika tadi.

Debaran kami tiba ke penghujung, apabila kesemua kami ber-enam lulus didalam ujian temuduga itu dan layak untuk menerima tauliah dari Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan juga pada hari yang sama.

Ibu bapa serta keluarga terdekat calon-calon dibenarkan untuk turut mengambil bahagian didalam sesi tauliah oleh YAA Dato’ Haji Daud Muhammad.











Semasa prosiding berlansung, YAA memberi beberapa pesanan ringkas untuk peringatan dan sebagai persediaan awal kepada mereka yang telah lulus temuduga, diantaranya,
- Penerimaan masuk peguam syarie negeri Kelantan tahun 2000
- Lantikan dibawah kaedah-kaedah peguam syarie 1982,
- seksyen 81, enakmen pentadbiran seksyen 18.
- memperingatkan bahawa dengan menjadi peguam ini, membantu pihak mahkamah menegakkan keadilan.
- Perlu untuk sentiasa damping ulama’ dan orang yang berilmu dan berpengetahuan
- Mengikut etika dan procedure sebagai seorang peguam Syarie.
- Perlunya untuk banyak pengetahuan, banyak ilmu, dan banyakkan membaca.
- Banyakkan merujuk kitab-kitab yang membantu menambah kefahaman dan ilmu.
- Memberi penekanan kepada hukum syarak itu sendiri.
- dapati banyak lawyer-laywer yang menghujjahkan keputusan tak selaras dengan hukum syarak.
- Juga diantara sikap buruk lawyer, tidak membuat persediaan yang secukupnya sebelum prosiding bermula, dan juga tidak menepati masa, banyak membuat tangguhan, dan sebagainya.

Usai sesi tauliah dijalankan, masing-masing mengucapkan tahniah kepada rakan rakan, dan dibenarkan untuk bergambar, mungkin ia boleh dikongsikan sebagai kenangan kita di masa masa akan datang.  
 
 
di antara calon temuduga lelaki yang berjaya mendapat
tauliah sebgai peguam syarie negeri kelantan

di antara calon temuduga wanita yang berjaya mendapat
tauliah sebgai peguam syarie negeri kelantan



Perjalanan seribu langkah pasti akan bermula dengan langkah pertama. Perjalanan kami masih lagi jauh, mohon doa semua agar langkah-langkah yang kami tempuhi ini tidak tersasar, juga meraih rahmat dan inayah Allah s.w.t.

Jumpa lagi di masa akan datang. Sekian.



sekian dari kami


Anas Abd Rahman
Peguam Syariah Negeri Kelantan Darul Naim 2014

0 nasihat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...