Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Jumaat

32 Tips Travel yang santai

Bila melibatkan percutian, lain orang lain ragamnya. Ada yang suka pack barang last minute, ada pula yang suka kemas beg dari seawal seminggu sebelum tarikh percutian bermula, yang tak pernah pack barang pun ada, semua isteri dia buatkan, hehe.

Kali ini kami bawakan 32 tips yang dapat membantu agar percutian anda menjadi lebih mudah, santai dan meriah.

1. Gulung baju anda untuk lebih ruang di dalam beg


2. Buat carian dengan menggunakan private window (browser mozilla firefox) atau new ignito window (chrome) bila anda sedang mencari tiket kapalterbang dan hotel.
tips-travel-1
Ada travel website yang menyimpan tracking carian anda dan menaikkan harga kerana anda pernah membuat carian yang sama di laman web mereka sebelum ini.

3. Simpan wayar charger dan cable di dalam bekas kaca mata hitam (sunglass) anda
tips-travel-2
Habis sunglass nak letak mana pula? Letak di mata la. Hehe. Nak boarding flight pun pakai je spek tu, atau sangkut di poket. Nampak lebih bergaya kan? Hakikatnya anda nak jimatkan ruang ;)

4. Gunakan penyedut minuman (straw) sebagai bekas menyimpan produk penjagaan kulit anda
tips-travel-3
Jangan lupa letakkan label. Nanti susah pula anda nak pastikan mana satu losyen tangan, mana satu pula losyen muka. Perempuan lah katakan, harus mau kekal jelita terutama sebelum snap gambar di lokasi percutian.

5. Letakkan pelapik kering (dryer sheet) di bahagian paling bawah beg anda untuk mengekalkan bau baju yang segar dan harum.
tips-travel-4

6. Gunakan spring dari pen lama anda untuk melindungi charger handphone dari bengkok dan patah.
tips-travel-5

7. Nak ke tandas di lapangan terbang? Elakkan dari beratur panjang. Cari tandas ke 2 atau di tingkat lain di terminal lapangan terbang
tips-travel-6
Tanya saja pada makcik / pakcik tukang sapu. Pasti mereka antara yang paling tahu di mana tandas yang tak perlukan anda berbaris panjang.

8. Tips ini untuk traveler lelaki. Selamatkan pencukur misai anda dengan binder clip
tips-travel-7

9. Salah satu cara untuk caj gajet anda semasa travel adalah dengan TV
tips-travel-8

10. Jika ada antara baju anda yang perlu dilipat, salah satu cara untuk kurangkan kedut pada baju adalah dengan meletakkan tisu di celah lipatan.
tips-travel-10

11. Bekas pil / ubat juga boleh digunakan untuk menyimpan perhiasan seperti gelang, rantai dan subang – agar barang-barang ini tidak bersilang dan terpintal antara satu sama lain.
tips-travel-11

12. Scan semua dokumen penting sebelum anda keluar travel.
tips-travel-12
Simpan scan copy passport, travel insurance dan lain-lain dokumen penting dalam email, smartphone atau notebook anda. Jika sekiranya dokumen penting ini hilang, anda masih ada salinan yang sangat membantu sewaktu anda diluar negara.

13. Simpan sabun mandi dalam lipatan baju / seluar.
tips-travel-13
Hasilnya baju / seluar anda berbau wangi. Jika rajin buatlah bunjut (pouch) seperti dalam gambar. Tapi balut dengan plastik pun dah ok. Lebih mudah untuk anda bawa ke mana-mana terutama jika sabun telah digunakan dan masih basah.

14. Gunakan shower cap sebagai pembalut tapak kasut anda.
tips-travel-14
Jika anda tinggal di hotel yang ada sediakan shower cap, inilah masanya untuk gunakan shower cap dengan sebaiknya. Jika kasut anda berbau, boleh letak sabun mandi dan alaskan dengan dryer sheet di bahagian dalam kasut.

15. Set smartphone anda ke airplane mode untuk jimatkan bateri dan juga untuk caj dengan lebih pantas.
tips-travel-15

16. Gulungkan wayar headphone anda di binder clip untuk mengelakkan ia dari bersimpul, tertarik-tarik dan tersangkut.


17.  Bekas gula-gula tick tack ini banyak gunanya. Antaranya sebagai bekas menyimpan sepit rambut semasa anda travel.
tips-travel-16

18. Cuba dapatkan tempat duduk berhampiran dengan sayap kapal terbang untuk mengurangkan turbulance dan goncangan.
tips-travel-17

19. Sebaiknya simpan dengan baik tiub ubat gigi dan lain-lain bekas bersaiz kecil yang anda gunakan untuk travel. Jika anda travel lagi di masa depan, tak perlu beli baru. Hanya perlu tambah saja kandungan nya.
tips-travel-18

20. Sewaktu kemas beg, letak tali pinggang di bahagian kolar baju untuk elakkan kolar dari berkedut dan kemek


21. Google maps boleh digunakan tanpa internet sebenarnya. Caranya taip OK MAPS. Maps yang sedang anda lihat akan di simpan dalam smartphone anda dan kini ia boleh digunakan offline.
tips-travel-19

22. Bawa botol kosong bersama anda. Bila sampai ke destinasi, anda boleh isi saja air semula, tanpa perlu membeli yang baru. Lebih menjimatkan.
tips-travel-20

23. Jika anda berpeluang memilih tempat duduk dalam kapal terbang, pilih 1 di tepi tingkap, 1 lagi ni tepi laluan.
tips-travel-21
Jika tiada penumpang di kerusi tengah, satu baris 3 kerusi tu jadi milik anda berdua. Tapi jika ada penumpang lain, buat la muka peramah dan minta tukar kerusi ;)

24. Lipat baju kot bahagian dalam keluar untuk elakkan kotor dan rosak kerana benangnya tertarik



25. Lapiskan bahan cecair dengan plastik pembalut nipis sebelum anda tutup dengan penutupnya.

Sangat membantu untuk mengelakkan bahan cecair dari meleleh hingga terkena pada baju dalam beg anda.

26. Gunakan FourSquare untuk dapatkan password wifi
tips-travel-22
Biasanya password wifi diberikan di bahagian komen.

27. Gunakan GPS untuk mencari lokasi yang dituju
tips-travel-23
Download peta sebelum anda keluar dari hotel, off wifi, tukar mode smartphone ke airplane mode. Kini anda boleh menjelajah dengan gps yang berfungsi tanpa internet

28. Terlupa bawa charger?
tips-travel-24
Berikan senyuman paling manis pada reception di hotel anda. Dan tanyakan dengan sopan jika mereka ada charger lebih. Biasanya mereka ada simpan charger yang di tinggalkan oleh pelanggan mereka yang terdahulu.

29. Jimat masa menunggu beg di lapangan terbang
tips-travel-25
Tampalkan pelekat ‘fragile‘ di beg anda. Biasanya beg yang bertanda ‘fragile‘ akan diletakkan di bahagian paling atas berbanding beg lain didalam perut kapal terbang. Jadi apabila sampai ke destinasi beg anda antara yang paling awal di keluarkan. Pengendalian juga biasanya dilakukan dengan lebih berhati-hati. Jadi risiko beg anda kemek atau hilang tayar dapat dikurangkan.

30. Wifi percuma di lapangan terbang.
tips-travel-26
Biasanya di lapangan terbang mudah untuk apatkan wifi percuma. Tetapi jika agak sukar, anda boleh duduk berhampiran dengan airport club lounge, dan tumpang wifi mereka.

31. Bawalah extension bersama anda
tips-travel-27
Sambil caj smartphone dan gajet anda, boleh bantu pengembara lain juga. Dapatlah kawan baru.

32. Dihari terakhir anda mengembara, jika ada wang anda yang masih berbaki apa kata sedekahkan sedikit kepada mereka yang memerlukan di sana. Tak perlu bagi banyak pun.
tips-travel-28

Khamis

Penyakit Endometriosis



Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.  


Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar �darah kotor� atau darah haid.

�Chocolate cyst�
� Endometriosis dalam ovary.
  


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    

Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

 Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .    


Apakah tanda-tanda atau gangguan? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.   Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.   Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.   Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.    Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.   Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.     Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.  


Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.  
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.   
 
Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.    
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.    
 
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.    Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.      



Keguguran
 
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.    Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.    Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.  

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.     



Pengesahan penyakit endometriosis.

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.   Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.    Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.


Rawatan penyakit endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya.    Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.  


Pembedahan untuk membuang endometriosis

 Jika terdapat �chocolate cyst� ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.  

kesab coklat merupakan endometriosis yang tenat

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 
 
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid.   Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.   

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan.      Suntikan-suntikan tersebut  agak mahal  sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar.  Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.     Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit  endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali.   Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.   Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.


Bolehkah penyakit berulang?
 
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang. 

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.


Pembedahan buang rahim (hysterectomy)

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.    Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.   Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian.  Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.


Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.


Rumusan

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.    Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.

Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.

Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan.    

Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.


##CopyPaste##
Credit to : http://dewagratis.com/kesehatan/anak/SakitPuan.htm

Pengenalan Faraid - Harta Pusaka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMweVTrtS8vqJiwJRZW8_ubFD0F9u6RaYZR01d_f1OLztIseZlv80qYRA4vU7p1Yjn31c1lOuChxJPxIe-CS8ouTz44KJAtq1lFpDOiVFwEuDOJyfCGufOSNYgYzonyY0u4Uxdnyi4gdg/s1600/mirath.gif













Terdapat dua hadis yang menjelaskan kepentingan ilmu Faraid untuk difahamai dan dipraktikkan kdidalam kehidupan umat Islam.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka." (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah SWT secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya adalah wajib untuk ditunaikan, dan Fardu Kifayah kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah SWT sebagai Pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: Bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi-dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(Surah an-Nisa' (4) ayat 11)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.(Surah an-Nisa' (4) ayat 12)

Di dalam surah An-Nisa' ayat 11 & 12 seperti di atas telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah SWT telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah Allah ini.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan" . (Surah an-Nisa' (4) ayat 14)

Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan Allah SWT, maka Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.

Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
1. Memakan harta anak yatim
2. Memakan harta saudara-mara (ahli waris)
3. Memakan harta Baitulmal
  
Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan  tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

Bapa :                    1/6 daripada nilai harta si mati

Ibu:                         1/6 daripada nilai harta si mati

Isteri:                      1/8 dariapada nilai harta si mati

Suami:                   1/4 daripada nilai harta si mati

Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.


A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :

1) Bapa si mati:         1/6   

2) Ibu si mati:             1/6   

3) Isteri:                      1/8  atau  Suami: 1/4.  (Mana-mana yang masih hidup)   

4) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu,     Suami / Isteri.

 5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.


B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):    

1) Ibu:    1/6   

2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)


C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak    

1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4  (Mana-mana yang masih hidup)   

2) Ibu:      1/6   

3) Bapa:   mendapat semua baki harta


D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.    

1) Suami:                   1/4 atau isteri: 1/8  (Mana-mana yang masih hidup)

2) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

3) Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.


E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa    

1) Adik-beradik Lelaki:          2/3 daripada harta.
  2) Adik-beradik Perempuan:  1/3 daripada harta.

Add caption


Isnin

Konvensyen Undang Undang Jenayah Syariah


Bismillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda s.a.w


Knvensyen Undang-Undang Jenayah Syariah

11 Disember 2014 – Hotel Istana, Kuala Lumpur
Seminggu sebelum konvensyen bermula, saya dipanggil oleh Masters Chambering, Puan Marlina Amir Hamzah atas tujuan untuk mendaftar bagi menghadiri satu seminar anjuran khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan undang-undang jenayah syariah. Daftaran dibuat melalui seketeriat PPMM saudara Iza’an Azalan dibawah kuota Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Sedikit perkongsian megenai atucara konvensyen yang berlansung selama satu hari, pada sebelah pagi, tetamu jemputan yang menjadi undangan pada konvensyen kali ini adalah Ketua Pengarah JAKIM sendiri YBhg Dato’ Hj Othman bin Mustapha, seterusnya  majlis perasmian konvensyen ini dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Bahrom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pembentangan kertas kerja

Kertas kerja 1
- Tuan Abas Nordin (Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia)
- Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) : Isu-isu dan Masalah Berbangkit

Kertas Kerja 2
- Ybhg Dr Siti Zubaidah Ismail (Universiti Malaya)
- Undang2 Jenayah dlm Konteks Perundangan

Kertas Kerja 3
- Ybhg Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz ( Institiut Kefahaman Islam Malaysia)
- Undang Undang Jenayah Syariah dibawah struktur Persekutuan Malaysia : satu perspektif perlembagaan


Kertas Kerja 4
- YBhg Tuan Abd Kadir Jailani & YBhg Tuan Masran Muhamad (Jabatan Penjara Malaysia)
- Perlaksanaan Hukuman Sebat dalam kes jenayah syariah : Teori & Praktikal


Kertas-kertas kerja bagi yang berminat boleh emailkan pada elfarisi_islamique@yahoo.com




Gambar sekitar Konvensyen

dari kiri Tuan Zainal, Tuan Masran (Jabatan Penjara Malaysia), saya, dan Pn Yusmawati

semasa sesi pendaftaran kovensyen

antara hidangan pada sesi tengahari

inside godies bag


Slot 1 : YBhg Tuan Abas Nordin

peserta-peserta konvensyen

slot ke 2 : YBhg Dr Siti Zubaidah

diantara penanya soalan

Akhi Mukhlis , chambering dari firma Puan Siti Razasah (PPMM)

antara Peguam yang aktif bertanyakan soalan

Jumaat

Hukum Bersandar Pada Tangan Kiri Di Belakang Badan



Hukum bersandar diatas tangan kiri


Al Syarid bin Al Suwaid berkata: Rasulullah SAW melintasi sedang aku duduk begini; aku letakkan tangan kiri ke belakang badanku dan bertongkat dengan tapak tanganku. Lalu Rasulullah berkata kepadaku: “Adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai?!”- Diriwayatkan oleh Ahmad, dan Abu Daud. Disahihkan oleh Al-Albani.

Dalam riwayat Abu Daud yang lain pula disebutkan: “Janganlah kamu duduk seperti ini kerana ia adalah cara duduk orang-orang yang diazab.” Hadis itu dihasankan oleh al-Albani.
Juteru itu, sesiapa yang mahu duduk menyandar, maka bersandarlah pada tangan kanan, bukan kiri. Ataupun dia bersandar pada kedua-dua tangannya. 
Syeikh Ibnu Uthaimin berkata: Cara duduk ini adalah disifatkan oleh Nabi SAW sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai. Adapun meletakkan kedua-dua tangan di belakang badan dan menyandar pada salah satu daripadanya adalah tidak mengapa. Ataupun dia meletakkan tangan kanannya juga tidak mengapa. Apa yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai ialah menjadikan tangan kiri di belakang badan, dan menjadikan tapak tangannya di tanah dan bersandar padanya. Inilah apa yang disifatkan oleh Nabi SAW sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai. - Tamat.
Beliau turut berkata: Hadis itu maknanya jelas iaitu seseorang tidak boleh menyandar pada tangan kiri yang berada di belakang pada tanah (lantai).

Syeikh ditanya: Sekiranya seseorang duduk seperti ini dengan tujuan berehat sahaja, bukan tujuan mengikut orang Yahudi, adakah dia juga berdosa? Beliau menjawab: Sekiranya dia mahukan untuk berehat, maka jadikanlah sisi kanan, lalu hilanglah tegahan.
http://islamotainment.files.wordpress.com/2010/10/uthmaeen.gif
Syeikh Soleh Ibn Uthaimin

-Tamat.
Kesimpulan
Dilarang daripada duduk seperti ini di dalam solat ataupun di luar solat, sama ada dengan tujuan menyerupai orang-orang yang dimurkai daripada kalangan Yahudi, atau orang lain daripada kalangan orang-orang yang sombong, orang yang angkuh, ataupun tanpa maksud apa-apa. Nabi menyifatkan cara duduk ini sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai dan diazab. Lalu menjadikan pendapat yang mengatakan haram lebih kuat daripada pendapat yang mengatakan makruh.




c&p from : http://www.ustazusa.com/2014/12/hukum-bersandar-pada-tangan-kiri-di.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...