Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Khamis

Pengenalan Faraid - Harta Pusaka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMweVTrtS8vqJiwJRZW8_ubFD0F9u6RaYZR01d_f1OLztIseZlv80qYRA4vU7p1Yjn31c1lOuChxJPxIe-CS8ouTz44KJAtq1lFpDOiVFwEuDOJyfCGufOSNYgYzonyY0u4Uxdnyi4gdg/s1600/mirath.gif













Terdapat dua hadis yang menjelaskan kepentingan ilmu Faraid untuk difahamai dan dipraktikkan kdidalam kehidupan umat Islam.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka." (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah SWT secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya adalah wajib untuk ditunaikan, dan Fardu Kifayah kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah SWT sebagai Pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: Bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi-dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(Surah an-Nisa' (4) ayat 11)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.(Surah an-Nisa' (4) ayat 12)

Di dalam surah An-Nisa' ayat 11 & 12 seperti di atas telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah SWT telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah Allah ini.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan" . (Surah an-Nisa' (4) ayat 14)

Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan Allah SWT, maka Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.

Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
1. Memakan harta anak yatim
2. Memakan harta saudara-mara (ahli waris)
3. Memakan harta Baitulmal
  
Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan  tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

Bapa :                    1/6 daripada nilai harta si mati

Ibu:                         1/6 daripada nilai harta si mati

Isteri:                      1/8 dariapada nilai harta si mati

Suami:                   1/4 daripada nilai harta si mati

Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.


A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :

1) Bapa si mati:         1/6   

2) Ibu si mati:             1/6   

3) Isteri:                      1/8  atau  Suami: 1/4.  (Mana-mana yang masih hidup)   

4) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu,     Suami / Isteri.

 5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.


B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):    

1) Ibu:    1/6   

2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)


C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak    

1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4  (Mana-mana yang masih hidup)   

2) Ibu:      1/6   

3) Bapa:   mendapat semua baki harta


D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.    

1) Suami:                   1/4 atau isteri: 1/8  (Mana-mana yang masih hidup)

2) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

3) Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.


E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa    

1) Adik-beradik Lelaki:          2/3 daripada harta.
  2) Adik-beradik Perempuan:  1/3 daripada harta.

Add caption


Isnin

Konvensyen Undang Undang Jenayah Syariah


Bismillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda s.a.w


Knvensyen Undang-Undang Jenayah Syariah

11 Disember 2014 – Hotel Istana, Kuala Lumpur
Seminggu sebelum konvensyen bermula, saya dipanggil oleh Masters Chambering, Puan Marlina Amir Hamzah atas tujuan untuk mendaftar bagi menghadiri satu seminar anjuran khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan undang-undang jenayah syariah. Daftaran dibuat melalui seketeriat PPMM saudara Iza’an Azalan dibawah kuota Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Sedikit perkongsian megenai atucara konvensyen yang berlansung selama satu hari, pada sebelah pagi, tetamu jemputan yang menjadi undangan pada konvensyen kali ini adalah Ketua Pengarah JAKIM sendiri YBhg Dato’ Hj Othman bin Mustapha, seterusnya  majlis perasmian konvensyen ini dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Bahrom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pembentangan kertas kerja

Kertas kerja 1
- Tuan Abas Nordin (Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia)
- Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) : Isu-isu dan Masalah Berbangkit

Kertas Kerja 2
- Ybhg Dr Siti Zubaidah Ismail (Universiti Malaya)
- Undang2 Jenayah dlm Konteks Perundangan

Kertas Kerja 3
- Ybhg Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz ( Institiut Kefahaman Islam Malaysia)
- Undang Undang Jenayah Syariah dibawah struktur Persekutuan Malaysia : satu perspektif perlembagaan


Kertas Kerja 4
- YBhg Tuan Abd Kadir Jailani & YBhg Tuan Masran Muhamad (Jabatan Penjara Malaysia)
- Perlaksanaan Hukuman Sebat dalam kes jenayah syariah : Teori & Praktikal


Kertas-kertas kerja bagi yang berminat boleh emailkan pada elfarisi_islamique@yahoo.com




Gambar sekitar Konvensyen

dari kiri Tuan Zainal, Tuan Masran (Jabatan Penjara Malaysia), saya, dan Pn Yusmawati

semasa sesi pendaftaran kovensyen

antara hidangan pada sesi tengahari

inside godies bag


Slot 1 : YBhg Tuan Abas Nordin

peserta-peserta konvensyen

slot ke 2 : YBhg Dr Siti Zubaidah

diantara penanya soalan

Akhi Mukhlis , chambering dari firma Puan Siti Razasah (PPMM)

antara Peguam yang aktif bertanyakan soalan

Jumaat

Hukum Bersandar Pada Tangan Kiri Di Belakang Badan



Hukum bersandar diatas tangan kiri


Al Syarid bin Al Suwaid berkata: Rasulullah SAW melintasi sedang aku duduk begini; aku letakkan tangan kiri ke belakang badanku dan bertongkat dengan tapak tanganku. Lalu Rasulullah berkata kepadaku: “Adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai?!”- Diriwayatkan oleh Ahmad, dan Abu Daud. Disahihkan oleh Al-Albani.

Dalam riwayat Abu Daud yang lain pula disebutkan: “Janganlah kamu duduk seperti ini kerana ia adalah cara duduk orang-orang yang diazab.” Hadis itu dihasankan oleh al-Albani.
Juteru itu, sesiapa yang mahu duduk menyandar, maka bersandarlah pada tangan kanan, bukan kiri. Ataupun dia bersandar pada kedua-dua tangannya. 
Syeikh Ibnu Uthaimin berkata: Cara duduk ini adalah disifatkan oleh Nabi SAW sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai. Adapun meletakkan kedua-dua tangan di belakang badan dan menyandar pada salah satu daripadanya adalah tidak mengapa. Ataupun dia meletakkan tangan kanannya juga tidak mengapa. Apa yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai ialah menjadikan tangan kiri di belakang badan, dan menjadikan tapak tangannya di tanah dan bersandar padanya. Inilah apa yang disifatkan oleh Nabi SAW sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai. - Tamat.
Beliau turut berkata: Hadis itu maknanya jelas iaitu seseorang tidak boleh menyandar pada tangan kiri yang berada di belakang pada tanah (lantai).

Syeikh ditanya: Sekiranya seseorang duduk seperti ini dengan tujuan berehat sahaja, bukan tujuan mengikut orang Yahudi, adakah dia juga berdosa? Beliau menjawab: Sekiranya dia mahukan untuk berehat, maka jadikanlah sisi kanan, lalu hilanglah tegahan.
http://islamotainment.files.wordpress.com/2010/10/uthmaeen.gif
Syeikh Soleh Ibn Uthaimin

-Tamat.
Kesimpulan
Dilarang daripada duduk seperti ini di dalam solat ataupun di luar solat, sama ada dengan tujuan menyerupai orang-orang yang dimurkai daripada kalangan Yahudi, atau orang lain daripada kalangan orang-orang yang sombong, orang yang angkuh, ataupun tanpa maksud apa-apa. Nabi menyifatkan cara duduk ini sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai dan diazab. Lalu menjadikan pendapat yang mengatakan haram lebih kuat daripada pendapat yang mengatakan makruh.




c&p from : http://www.ustazusa.com/2014/12/hukum-bersandar-pada-tangan-kiri-di.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...