Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Isnin

:: Ku Lihat Hijau ::

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHKrmCvwEU9pMyWN5jRoXIdVykADzGTBsd-_68h5faoObv_1GQhz8oSjmRT61B-a8WhWWL52pAaHaj3TB3lZ85Wz_JFH9KRpNffAFs9k5YQkw3hvbuKvAYbpwAICgklXvHNcFbVj1Y3IM/s400/kulihat+hijau....jpg

" Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri "

Telefon bimbit berjenama Nokia dicapai lantas jari menekan butang nombor 013-3**79**,
Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang KLIA, kedua ibubapa kemudiannya tiba menyambut kepulangan ke Tanah Air tercinta...

suasana di dalam kereta tidak sunyi walaupun sesaat, kedengaran riuh bertebaran didalam kereta Toyota Unser. Mana tidaknya, enam orang adik-adik yang mempunyai pelbagai sifat dan perangai yang tersendiri membuatkan tidak kering air liur melayani karenah mereka.  

" malam ini ensyaAllah kita akan bertolak ke negeri
 kedah menaiki bas kawasan..., jam 10.30pm dari masjid.."

ujar si ayah secara sepontan yang sedang memandu perjalanan pulang menuju ke rumah yang selama dua tahun tidak dikunjungi saya.

*    *    *    *    *    *    *    *   

2.15am
1 Jun 2012
R&R Tapah

' Break For A While '

Ratusan bas persiaran, bas sekolah & kereta kelihatan di segenap ruangan parking kenderaan semasa di R&R Tapah, semuanya penuh dengan kenderaan yang kelihatan tidak putus2 dikunjungi. Sebaik sahaja ad kenderaan keluar, lantas akan ada kenderaan lain yang cuba memenuhkan ruangan tersebut.

Sebaik sahaja kaki melangkah menuju ke di stesen minyak berhampiran untuk mencari tandas, kelihatan kelibat orang ramai sedang menunggu giliran, apatah lagi di tandas awam R&R, sama juga halnya malah lebih ramai

deretan kedai-kedai juga turut dipenuhi peserta2 himpun
Hampir-hampir 10 minit masa dihabiskan bagi menunggu giliran baik untuk ke restroom atau hanya untuk membeli sebungkus air milo & sebungkus teh tarik buatan Malaysia yang dah lama diidam2kan... Sebaik sahaja siap pesanan air yg diminta, terus meluru ke kauter bayaran dan sempat bertanya pada jurukaunter...

" macammna niaga hari ni...? "

" alhamdulillah... ramai costumer malam ni, tak sangka malam2 (awal pagi) macam ni masih lg ramai orang.."
" em, tapi kan,, sebenarnya ad ap ye datang ramai2 mcm ni..,?? "
sambungnya lagi...

" Owh, Ad program Himpun esok pagi di Stadium Darul Amman, Kedah..,, kalau2 sempat datang lh ye ramai2..."
jawapan ringkas terpacul dari mulut saya.

*    *    *    *    *    *    *    *   

7.08am
1 Jun 2012
Pasar pagi, Simpang Kuala
' Put First Thing's, First '

Seorang pejuang di medan perang memerlukan peralatan peperangan yang mencukupi bagi memastikan kemenangan dapat digalasi. Begitu juga halnya dengan kami, pihak rombongan berhenti seketika bagi memulihkan tenaga untuk kami 'bertarung' pada pagi ini. Bak kata iklan kit-kat 'Silence your hunger'.

Berbekalkan 45 minit masa yang diperuntukkan, saya terlebih dahulu memilih untuk 'round2' sekitar pasar sebelum memilih menu untuk dimakan. Perasaan 'blur' menghantui saya sebaik sahaja melihat barangan Malaysia yang pelbagai yang tidak terdapat di tempat saya menuntut ilmu.

Sejurus sudah terisi dengan tenaga... Semangat 'mula' mengintai keluar... Destinasi seterusnya mendengar taujihad n amanat dari pimpinan di Markaz Kedah.


*    *    *    *    *    *    *    *   

8.33am
1 Jun 2012
Markaz Pas, Kedah
' Sharpen The Saw '


sesi Amanat bersama pimpinan di markaz Pas, Kedah

Lemparan kata2 semangat dari seorang demi seorang pimpinan parti islam di Malaysia meniupkan roh-roh semangat kepada peserta2 Himpun. Ucapan dari ketua pemuda yang sememangnya dikenali dengan ucapan berbentuk asakan yang berkobar2 diakhiri dengan sebuah syair kepada Anak Muda.
 
Ingat atau tidak, tahun 2012 ini pernah dinobatkan sebagai  tahun bermulanya 'Era Kebangkitan Mahasiswa'... Mereka (mahasiswa) merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir menembusi luar kotak pemikiran orang awam, menginginkan kebebasan dalam semua jenis tindakan2. Masing cuba memerah fikiran untuk memikirkan soal kepemimpinan dalam negara dan luar negara. Namun, minda mereka di'mandul'kan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab demi memastikan golongan anak muda ini hanya menilai dari sudut pandang kerajaan sahaja.

Justeru, saya menyeru Wahai Anak muda, kita merupakan asset yang 'mahal' dan banyak pihak yang cuba untuk meraih sokongan kita untuk menyokong mereka. Solidariti mahasiswa kini dicabar dan kita seharusnya meletakkan Keadilan sebagai neraca untuk kita memilih. Memilih untuk dipandu kepada hiburan dan individu2 yang mementingkan hak peribadi atau memilih kepada pihak yang inginkan keadilan dan kebajikan yang berbentuk sejagat yang berkemungkinan dapat diaplikasikan di negara kita

" jika ingin kita lihat bagaimana negara untuk suatu jangka masa panjang (akan datang),
lihatlah kepada pemuda2 zaman itu... "
- saidina umar al-khattab -

Sama-sama kita fikirkan hala tuju masa depan negara kita....

Beberapa nukilan ucapan Presiden  parti islam di Malaysia sempat dirakam dan diantaranya,
" Malaysia akan cuba dibentuk sebagai sebuah negara kerajaan
 yang dapat menunaikan amanah.."

" PRU-13 ini, dijangkakan pilihanraya yang paling sengit yang akan 
dihadapi berdasarkan bebrapa fakta kes.. "
 
" agama islam mengajar kita untuk memilih jalan 'fastabiqul khairat', dengan
menggunakan pendekatan yang baik berbanding dilakukan dengan cara keganasan, dsb... "


* Sempat berjumpa seorang sahabat karib juga ahli usrah y
sedang menyambung pengajian di UIA.

*    *    *    *    *    *    *    *   

3.01pm
1 Jun 2012
 Stadium Darul Aman, Kedah

' Little End for Bigger Objectives now Begin..!! '

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMxt2HYSRrao3_fV96fdUW71WlL5Mg1BKXDRJe7cDq9-0a7OfySPOKgPvBH_M5gQNSMNBGGxKJqW1-36YUpdMVgLIik68vWHd_r9I0l6_ya91Gxcp4lfUCrHYFp-JmLEXXzaDGLSjTN_M/s1600/hijau1.JPG
Himpunan hijau pastinya mengukuhkan keazaman pas utk ke Putrajaya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9DIsfJoiqd6BzClWl2yCDKBr03ZrkFdo7hbF2sRQg7SLaB39uyLnb3Wki4WBeR6BYXmnnEr331hMwDUxZNAmwxSLLLOHfqzuGqFfEyJzt_b3YP0yj-lqG1CWTdQe66bnNDvM6kOnlopE/s400/hijau2.JPG
lautan manusia membanjiri stadium darul aman

Himpunan hijau yang diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah ini berjaya mengumpulkan kehadiran kira-kira 100,000 orang. Kejayaan himpunan ini dilihat sebagai tanda sokongan ahli-ahli Pas seakan-akan tidak sabar untuk ke Putrajaya bagi merealisasikan Syiar Islam dapat ditegakkan di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia.

Acara petang himpun, peserta disajikan dengan persembahan puisi dari wakil muslimat, ucapan yb Nizar, persembahan sketsa dari Bob Luqman, ucapan ustaz Naasruddin Tantawi dan pelbagai lagi pengisian sebelum bermulanya ceramah dari Ustaz Azhar Idrus secara 'live' dari Stadium ini.

" mereka bawa kumpulan K-Pop untuk menarik
golongan belia, kita bawakan ulama' untuk menaik anak muda "
- cetus ustaz Nasruddin Tantawi sebelum bermulanya ceramah Ust Azhar Idrus -

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," 
- ujar Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya -

Bahang kepanasan cuaca diserikan lagi dengan kehadiran hujan rahmat yang mula turun sejak jam 3 petang. Meskipun hujan, ia tidak mematahkan semangat muslimin juga muslimat yang hadir bersama anak2 kecil malahan ia menjadi satu medium untuk menyerlahkan & mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.

Pada malam itu juga terdapat tiga kejutan telah dirancang pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti TV  Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru, kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas pemain bola sepak kebangsaan. Bola sepak itu juga diberikan hadiah bagi mereka yang berjaya untuk menyambutnya...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjprJmGmG7nOxlev0ZZN6B_MqwxcWzy-flnsEqOM55nIxwDMpaN5vjWtjipi_fOn4t1kXixYIR-Q3RDVym2VLabHn0SytB0nvO-q1UxhagKHOrkT5a89Xq99CkN8Qqyl_MHCYltnCXRmko/s1600/hijau13.JPG
kelihatan peserta himpunan ini memenuhi seluruh genap ruang didalam dan diluar stadium, sehinggakan mereka yang tidak berpeluang untuk masuk kedalam 'terpaksa' untuk melihat acara yang dilansungkan didalam stadium menggunakan dua skrin besar yang disediakan dari pihak penganjur program
Acara ucapan2 pada malam itu dipengerusikan oleh yb Mahfuz Omar yang menceriakan suasana serta menjadikan kedaan di dalam stadium hiruk-pikuk dengan gemaan Takbir dan sorakan kepada pimpinan dan jemputan yang berucap. Ucapan dialu2kan oleh Menteri Besar Kedah selaku tuan rumah, diikuti ucapan Aisyah (selebriti, antara lagu terkenal 'Janji Manismu'), diikuti ucapan Datuk Fauzi Syaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah, PDRM ( bak kata yb Mahfuz Omar, orang ketiga kuat dalam PDRM ), seterusnya  Pak A Samad Said, Sasterawan Negara, bacaan ikrar serta "gimik menuju putrajaya", dan diakhiri oleh ucapan dua orang Ulama' Semalaysia Tuan Guru Haji Hadi Awang & Tuan Guru Niz Abdul Aziz Nik Mat.
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJ98tiVov3MmU0nybC-ggYyf9_qMb2uSYvRyd_c342Pu4c4MeXBv6RfjqJPEwlS-0lnvD0KWSR8pqeTMJZWpq2wcyAtYLonthUOXm2s6gYwmpwsakwXyToyrIFWudWu-ZPER2JxPLCmEE/s1600/hijau22.JPG
sesi Ikrar yang dikelolai oleh setiausaha agong pas pusat

 
bacaan ikrar..

Pasca HIMPUN 100, 000 anak muda 'Hijau ke Putrajaya', pastinya kesan yang dialirkan tidak seumpama himpunan belia yang dianjurkan di putrajaya hujung mei lalu. Suntikan dalaman diberikan kepada jiwa anak2 muda agar pastinya roh mereka akan terpandu kepada fitrah kemanusiaan yang inginkan agar keamanan, kebajikan dan keadilan berpihak kepada seluruh masyarakat khususnya masyarakat Malaysia.

Dan bagi mereka-mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai Himpunan tempoh hari,
Jangan risau, menurut Ketua Pemuda.. Beliau inginkan kita berhimpun dan terus berhimpun sehinggakan menjelangnya PRU dan sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan. Putrajaya betul2 berada di hadapan kita.

Jadual Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya :
1 Jun - Kedah
16 Jun - Johor
17 Jun - Pahang
23 Jun - Pulau Pinang
24 Jun - Perak
30 Jun - Terengganu
1 Julai - Kelantan
7 Julai - Melaka
14 Julai - Selangor
15 Julai - N. Sembilan



' Be The Best, Beat The Rest '

Selasa

15 MEI - Israel menjajah Palestine

Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernah kah terdetik dihati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948?? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.





Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah menyayat hati ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.

Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.

Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. 


kronologi kemasukan Israel ke Palestine
Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud :-


Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” 
(QS. Al-Ma’idah: 82).

 Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800,000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.



Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud 

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat
(Al-hujurat:10)


Sehubungan dengan itu,

' Hunger Strikes ' @ Mongok  lapar adalah mungkin satu-satunya pilihan yg ada pada mereka disana...  

hukum "hunger strikes" di Palestine
Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :-


فإن لله علي أن لا أذوق طعاما و لا أشرب شرابا أو آتي رسول الله صلى الله عليه وسلم
" Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa
Aku tidak akan mengambil ( makan ) sebarang makanan dan tidak akan minum
sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah s.a.w "

حياة صحابه [ شيخ محمد يوسف الكندهلوي [

' kempen tukar profile picture Facebook masing2 '
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.
Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI. Solidariti Mahasiswa kita ada... apatah lagi solidariti Palestine yang melibatkan isu kemanusiaan..


(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)
Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.
DP yg digunakan spanjang tempoh berkempen








' Bilal Thiab ' - diantara rakyat palestin yang mongok paling lama setakat ini - 78hari
Bilal Thiab - 78 Hari
Thaer Halahleh - 78 Hari
Hassan Safadi - 72 Hari
Omar Abu Shallal - 70 Hari
Mohammedd Al-Taj - 62 Hari
Mahmoud Sarsak - 56 hari
Faris Al-Natur - 49 hari
Jafar Ezz Al-Din - 55 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 34 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 29 Hari

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak  asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Apa peranan kita..??


sertai kempen ini, tukar profile picture kita, teruskan dan teruskan berdoa demi rakyat palestine, antara cara yg kita ada adalah perang melalui media... serangan saraf ummat Islam kpd rakyat Israel laknatullah perlu di pertingkatkan.
Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH, tuan punya dunia untuk menentukan segalanya. Insyaallah, semoga kejayaan dan kegemilangan islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin..






- Sumber Rujukan -



https://www.facebook.com/ahmnaj  
Nur ‘Amahirah bt Hasan Zaki

[ islam will conquer ]

Isnin

Pimpinlah kami bersama-sama . . . .


“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh.” 

Ayat yang disertakan diatas menerangkan kepada kita, sekiranya jika allah mentaqdirkan bahawasanya bumi dan gunung menanggung amanah itu nescaya amat2lah mudah untuk mereka mengkhianatinya. Tetapi mereka menolak kerana secebis ketaqwaan yang allah lemparkan kepada mereka untuk menyedarinya.

Tidak seharusnya seseorang individu memandang enteng kepada perihal AMANAH. Bukan ibarat sehelai pakaian yang berjahitkan sutera serta bersulamkan emas yang boleh dibangga-banggakan, bukan juga ibarat seseorang yang memegang 'remote control' ketika menonton televisyen yang boleh menukar siaran sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan penonton-penonton televisyen lain, Tetapi bagi saya Amanah sesuai diibaratkan sebagai 'Bara Api..'

" Andai digenggam, ianya akan membakar diri sendiri. Andai dilalaikan, ianya akan membakar orang lain yang berdekatan dengan kita. Andai dilepaskan ke tangan mereka yang tidak berhak, ianya akan dipegang oleh orang yang tidak mampu mengawal bara api tersebut seterusnya menyebabkan banyak rumah2 yang terbakar dan akan memberi kesan buruk kepada suasana sekeliling... "

m'genggam bara api

Justeru, Amanah itu datangnya dari Allah, bukan untuk kemegahan diri atau mengambil kepentingan peribadi. Amanah merupakan hak Allah. Kita jaga hak Allah, nescaya hak kita dijaga oleh Allah.


  *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

Kronologi umum PRK

Berbeza suasana pilihanraya kampus atau lebih mesra dikalangan mahasiswa dengan PRK di Malaysia dengan suasana realiti PRK kami mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan.. Di sini, kami sendiri yang merancang, mengatur, dan menguruskan sistem pilihanraya sendiri dengan menjadikan negara Malaysia & persatuan mahasiswa di negara-negara luar yang jauh lebih matang dari kami sebagai idola kami dalam merangka sistem pilihanraya yang telus dan mesra rakyat.

Jawatankuasa suruhanjaya pilihanraya yang dilantik secara rasminya oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan bagi Zon yang bertanding. Dalam jangkamasa yang diperuntukkan untuk jawatankuasa suruhanjaya pilihanraya, pelbagai usaha dan kajian khas dibuat bagi memperkemaskan sistem pencalonan dan pengundian agar memastikan kewibawaan dan ketelusan pihak jawatankuasa suruhanjaya pilihanraya dalam menjalankan amanah bagi menguruskan pemilihan pimpinan dalam kalangan semua pihak.

Dari jumlah seramai 469 mahasiswa & mahasiswi yang menuntut di Universiti Of Mu'tah, Jordan ini, hanya 15 calon siswa dan 15 calon siswi akan disenarai pendekkan bagi dipilih untuk menerajui kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Mu'tah (PERMATA) bagi sesi kepimpinan 2012 / 2013 ini. Manakala kerusi yang akan dipertandingkan hanyalah kerusi Presiden dan Timbalan Presiden II, seramai 3 calon mahasiswa dan 3 calon mahasiswi dipertandingkan bagi menduduki kerusi tersebut.

Calon2 Kerusi Presiden & Timbalan Presidan II

Calon Ahli Lembaga Tadbir Mahasiswa
PERMATA 2012/13
Calon Ahli Lembaga Tadbir Mahasiswi
PERMATA 2012/13
Daripada 15 calon mahasiswa yang bertanding, 10 dalam kalangan mereka yang mendapat undian tertinggi akan medapat tempat sebagai Ahli Lembaga Tadbir  PERMATA bagi sesi 2012 /13. Pembahagian Kerusi Timbalan Presiden I, Setiausaha Agung, Bendahari kehormat, Ketua2 Biro akan dibincangkan dan akan dipersetujui bersama oleh pimpinan2 yang terlantik.

Dari pihak mahasiswi pula 15 calon yang bertanding, 9 dikalangan mereka yang berjaya meraih undian dan sokongan tertinggi akan mendapat tempat sebagai Ahli Lembaga Tadbir PERMATA begi sesi 2012 / 13. Kerusi yang bakal diduduki juga akan diperbincangkan sesama pimpinan-pimpinan yang terlantik sesuai mengikut potensi dan kemahiran yang mereka miliki.



Video Rekaan Khas Pihak SPR
 merupakan diantara usaha2 bagi memastikan 
semua mahasiswa / wi dapat keluar dan turun mengundi...





Optimist vs Realistist

1)STATISTIK KESELURUHAN UNDIAN SISWA


Jumlah keseluruhan siswa = 238


Jumlah siswa yang mengundi = 176


Peratus siswa yang mengundi = 74%



2)STATISTIK KESELURUHAN UNDIAN SISWI


Jumlah keseluruhan siswi = 222


Jumlah siswi yang mengundi = 208


Peratus siswi yang mengundi = 94%



3)STATISTIK KESELURUHAN UNDIAN SISWA & SISWI


384 / 460 X 100 = 83.48%

4)JUMLAH PELAJAR YANG BERADA DI LUAR JORDAN SISWA & SISWI


Siswa = 5 orang


Siswi = 4 orang


Keseluruhan = 9 orang
5)STATISTIK UNDIAN ROSAK


Jumlah undi rosak = 40 undi


Peratus undi rosak = 10%



SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERMATA SESI 2012/2013 ^_____^

"YOUR VOICE,YOUR VOTE"



  *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *




Kepimpinan PERMATA Sesi 2012/2013

Penghargaan Presiden MPMMJ kepada 
Presiden PERMATA sesi 2012 / 2013
 

PRESIDEN:

TIMBALAN PRESIDEN:
NURUL AISYAH BT YAHYA
AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT) SISWA

MUHAMMAD AKMALUDIN BIN MOHD HAMDAN
MOHAMMAD IZZAT BIN MOHD IQBAL
MOHAMAD ARSYAD ASLAM BIN MOHD ALI
MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN ZAINI
AHMAD FATHI BIN ADAM
MOHD NASRUL YAQIN BIN ABDULLAH
BUKHARI BIN SAFIAN
MOHD AIMANUDDIN BIN MOHD ROZLI
MUHAMAD HANIF BIN ALI
MOHAMAD EHSAN BIN SEBRI
AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT) SISWI

KARIMAH BT MOHAMAD
NURUL UYUN BT MUSTAFFA
SYAFIQAH BT SALLEH
MARDHIAH BT MOHD ZABIDI
HAZIRAH BT ISA
ASLAM FARAH BT SELAMAT
MARIYAH BT MOHAMED SALLEH
NUR HIDAYAHBT MOHAMAD  ZAWAWI
QATRUNNADA BT JUNUS
*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *
Permata 2011 /12 dalam kenangan

Tahniah diucapkan kepada seluruh kepimpinan baharu PERMATA sesi 2012 / 2013 pada kali ini. Atas dasar kelebihan & potensi  yang dilihat menonjol serta mampu memimpin. Secara peribadinya saya mengharapkan agar PERMATA kali ini dapat memimpin kami selaku ahli ke arah membina keIzzahan mahasiswa,  mematangkan minda mahasiswa, mengupas isu2 yang dinamik agar mampu membina tahap fikir yg profesional serta menjadi 'critical thinker'


Petikan picisan ucaptama Pesiden PERMATA sesi 2012 / 2013....
"... dan insyaAllah tahun ini kita cuba untuk meraikan
 semua pendapat, tidak kira latar belakang,..."

Dua matlamat yang saya scara personaly nya rasakan wujud didalam statement ini adalah merakyatkan ahli Permata seterusnya mengizzahkan ahli Permata itu sendiri...

Andai ladang kita disemai dengan baja yang berkualiti & pekerja yang potensi..  tidak mustahil hasil yang dikeluarkan dari kilang ini merupakan produk yang berKredibiliti tinggi... Keluaran PERMATA kali ini saya yakin akan 'meletup' di pasaran Malaysia kelak.

Andai syurga menjadi destinasi terakhir perjuangan antum selaku ahli PERMATA saya menyeru agar pimpinlah kami bersama-sama antum.  Semoga Amanah yang dipikul di benak masing-masing ini dapat menjadi batu loncatan untuk terus berkhidmat untuk memacu Islam di bumi Allah ini

Barisan pimpinan PERMATA 2011 / 2012

Barisan Kepimpinan PERMATA sesi 2011 / 2012

Bersempena motto PERMATA sesi lepas " Keluarga Permata, Inspirasi Bersama ", walaupun motto yang dibawa pada kepimpinan sesi kali ini kemungkinan akan ditukar, diharapkan agar roh keluarga PERMATA, istilah Adik-Beradik PERMATA, dan istilah2 lain yang menggambarkan kesolidaritian mahasiswa / mahasiswi Universiti Of Mu'tah sekelian kekal didalam diri masing-masing bagi memastikan ukhuwah yang dibina tersemat indah. 

"Kuasa Mahasiswa Menggempur perubahan "
"2012 tahun kebangkitan Mahasiswa "



simbolik penyerahan taklifat

kehadiran jentera BERSIH ke AGM - 13

Sabtu

7 Habbits


The Seven Habits
The chapters are dedicated to each of the habits, which are represented by the following imperatives:
  1. Be Proactive. Here, Covey emphasizes the original sense of the term "proactive" as coined by Victor Frankl. You can either be proactive or reactive when it comes to how you respond to certain things. When you are reactive, you blame other people and circumstances for obstacles or problems. Being proactive means taking responsibility for every aspect of your life. Initiative and taking action will then follow. Covey also argues that man is different from other animals in that he has self-consciousness. He has the ability to detach himself and observe his own self; think about his thoughts. He goes on to say how this attribute enables him: It gives him the power not to be affected by his circumstances. Covey talks about stimulus and response. Between stimulus and response, we have the power of free will to choose our response.
  2. Begin with the End In Mind. This chapter is about setting long-term goals based on "true north" principles. Covey recommends formulating a "Personal Mission Statement" to document one's perception of one's own vision in life. He sees visualization as an important tool to develop this. He also deals with organizational vision statements, which he claims to be more effective if developed and supported by all members of an organization rather than prescribed.
  3. Put First Things First. Here, Covey describes a framework for prioritizing work that is aimed at short-term goals, at the expense of tasks that appear not to be urgent, but are in fact very important. Delegation is presented as an important part of time management. Successful delegation, according to Covey, focuses on results and benchmarks that are to be agreed upon in advance, rather than prescribed as detailed work plans.
  4. Think Win/Win describes an attitude whereby mutually beneficial solutions are sought that satisfy the needs of oneself, or, in the case of a conflict, both parties involved.
  5. Seek First to Understand, Then to be Understood. Covey warns that giving out advice before having empathetically understood a person and their situation will likely result in rejection of that advice. Thoroughly reading out your own autobiography will decrease the chance of establishing a working communication.
  6. Synergize describes a way of working in teams. Apply effective problem solving. Apply collaborative decision making. Value differences. Build on divergent strengths. Leverage creative collaboration. Embrace and leverage innovation. It is put forth that when synergy is pursued as a habit, the result of the teamwork will exceed the sum of what each of the members could have achieved on their own. “The whole is greater than the sum of its parts.”
  7. Sharpen the saw focuses on balanced self-satisfaction: Regain what Covey calls "production capability" by engaging in carefully selected recreational activities

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...