Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Sabtu

7 Habbits


The Seven Habits
The chapters are dedicated to each of the habits, which are represented by the following imperatives:
  1. Be Proactive. Here, Covey emphasizes the original sense of the term "proactive" as coined by Victor Frankl. You can either be proactive or reactive when it comes to how you respond to certain things. When you are reactive, you blame other people and circumstances for obstacles or problems. Being proactive means taking responsibility for every aspect of your life. Initiative and taking action will then follow. Covey also argues that man is different from other animals in that he has self-consciousness. He has the ability to detach himself and observe his own self; think about his thoughts. He goes on to say how this attribute enables him: It gives him the power not to be affected by his circumstances. Covey talks about stimulus and response. Between stimulus and response, we have the power of free will to choose our response.
  2. Begin with the End In Mind. This chapter is about setting long-term goals based on "true north" principles. Covey recommends formulating a "Personal Mission Statement" to document one's perception of one's own vision in life. He sees visualization as an important tool to develop this. He also deals with organizational vision statements, which he claims to be more effective if developed and supported by all members of an organization rather than prescribed.
  3. Put First Things First. Here, Covey describes a framework for prioritizing work that is aimed at short-term goals, at the expense of tasks that appear not to be urgent, but are in fact very important. Delegation is presented as an important part of time management. Successful delegation, according to Covey, focuses on results and benchmarks that are to be agreed upon in advance, rather than prescribed as detailed work plans.
  4. Think Win/Win describes an attitude whereby mutually beneficial solutions are sought that satisfy the needs of oneself, or, in the case of a conflict, both parties involved.
  5. Seek First to Understand, Then to be Understood. Covey warns that giving out advice before having empathetically understood a person and their situation will likely result in rejection of that advice. Thoroughly reading out your own autobiography will decrease the chance of establishing a working communication.
  6. Synergize describes a way of working in teams. Apply effective problem solving. Apply collaborative decision making. Value differences. Build on divergent strengths. Leverage creative collaboration. Embrace and leverage innovation. It is put forth that when synergy is pursued as a habit, the result of the teamwork will exceed the sum of what each of the members could have achieved on their own. “The whole is greater than the sum of its parts.”
  7. Sharpen the saw focuses on balanced self-satisfaction: Regain what Covey calls "production capability" by engaging in carefully selected recreational activities

Selasa

Biarkan langkah bergerak...


✓ بسم الله الرحمن الرحيم  ✓

*  *  *  *  *  *  *  *  *

Langkahku disusun rapi menuruni anak tangga maktabah di universiti kami, bebola mataku mencari2 kelibat seseorang yang berpakat denganku utk pulang ke rumah bersama.Langkahku bergerak menuju ke pintu keluar.Tiba di luar, udara segar terus dihirup bagi memastikan kandungan oksigen didalam badan mencukupi,  lantas menghembuskan nafas melepaskan karbon dioksida bagi melengkapkan kitaran pernafasan bagi seorang manusia. Angin syita’ berlalu seketika, meyapa lembut tubuh badanku yang berpakaian agak nipis kurang sesuai dengan etika pemakaian semasa musim sejuk.Bayangan sepotong tangan dihulurkan secara tiba-tiba kepadaku, tanda seorang sahabat menepati janji.


Suasana didalam kuliyah syariah hambar, begitu juga dengan kebanyakan kuliah2 lain. Hampir dari semua pensyarah2 didalam universiti kami tidak lagi mengadakan kelas bagi memberi peluang kepada pelajar2 untuk mengulangkaji pelajaran dirumah masing2.Sudah menjadi adat university kami, seminggu sebelum bermulanya imtihan nihai’e (final exam) ini merupakan fatrah “study week” bagi universiti kami.Segelintir dari pelajar2 masih lagi ke universiti walaupun masing2 mengetahui kelas mereka telahpun tiada. Masing2 ingin mencari ketenangan dan suasana pembelajaran yang  efektif yang kebiasaannya sukar untuk didapati di rumah2 pelajar.
Enta nk ke mana cuti sem ni …?Perbualan saya dengan seorang sahabat bermula.

“Wallahua’alam, ikut kemana sahaja taqdir Allah tetapkan…” Sambil kami berjalan pulang menuju pintu pagar janubi utk menunggu coaster  yang akan membawa kami pulang ke rumah.

“Allahuakbar… (baca dgn laju serta bernada pendek), umum sangat rancangan cuti enta tu akhi, sekurang2nya rancanglah dengan rapi…. Biar hilang masa lapang yang terbiar & rasa ragu2 enta ketika cuti nanti…”

“Gurau je akhi, jangan lh marah… kena jual nanti..” ujarnya lembut.
“Ana sebenarnya tak merancang utk kemana-mana pun lagi, bukan apa… duit ana mengalir laju dalam semenjak dua ni. Lagipun memang time2 ini ramai yang kekeringan duit, dengan yuran semester dua akan datang, sewa rumah, harga barangan asas yang nmpak mcm nk naik time2 musim sejuk ni lagi…, ” sambungnya lagi. Sayu nada suara yang dilepaskannya itu.

Suasana gamit seketika.

“Sabar akhi, nk buat mcmna mungkin  tahun ni bukan rezeki enta lagi utk ke mana-mana…, mungkin jugak masa ni Allah letakkan kat enta peluang  utk enta lebih rapat dengan-Nya. Ana bukan apa akhi, Cuma ana teringat pesan Allah dalam satu kalimah ((واليتلطّف)) dalam surah al-kahfi yang mengajarsupaya kita lebih rapi dan tersusun dalam merencana sebarang tindakan… sbb tu ana tegur perancangan enta yg menyerah bulat2 tu, ensyaAllah ana akn doakan yang terbaik untuk enta….”

“Ameeeen…” hampir serentak lidah kami menuturkan kalam yang sama.

“Jaga Mu’tah lah ana jawabnya cuti ni…hahaha..”ujarnya kembali dengan nada penuh gurauan. Ketawa kecil kami berdua menceriakan suasana di universiti yang agak sunyi dari pelajar2 Malaysia dan masyarakat Arab setempat.

*  *  *  *  *  *  *  *  *


Cuti fasal awwal kebiasaannya jatuh pada akhir bulan Januari.Rata – rata pelajar Jordan menghabiskan waktu cuti mereka dengan bermusafir keluar Jordan, menjelajah Negara-negara luar.Jordan merupakan diantara negara yang strategik kerana mempunyai negera-negara bersejarah yang bersebelahan dengannya. Mesir, Syiria, Madinah, Mekah, Turki, Negara2 Eropah dan sebagainya. Tidak kurang ramai yang memasang niat untuk ke Mesir pada hujung semester ni, salah seorang darinya saya sendiri. Sudah menjadi kebiasaannya pada cuti fasal awwal ini akan diadakan ma'rad kutub berskala besar setiap tahun. Semestinya menjadi peluang yang baik sebagai tumpuan pelajar-pelajar Jordan untuk bertandang ke sana.

Dua jalan yang menghubungkan perjalanan untuk ke Mesir dari Jordan, jalan laut dan jalan udara.Harga tiket pergi dan balik kapal terbang dalam anggaran JD200, kebanyakannya dari pelajar2 Jordanmemlilih syarikat Egypt Air.Mendarat di lapangan terbang Cairo, kawasan yang agak hampir dengan petempatan kebanyakan pelajar2 yang menyambung pelajaran di Mesir.  Berbeza pula halnya  menaiki kapal harga yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan AB Maritine, kosnya agak rendah jika hendak dibandingkan dengan kapal terbang, mana tidaknya dengan JD100 sudah mendapat tiket pergi dan pulang.

Kali pertama menaiki kapal menjelajah ke negara jiran, merupakan suatu pengalaman yang indah dan sukar dilupakan.Coolpix L16 Nikon tidak lengang di tangan saya, lantaspunat kamera ditekan, gambar yang terpampang di kamera digital lantas diratap tenang.Kamera digital 7.1 mega pixel ini, dipinjam dari seorang sahabat serumah.Jauh di sudut hati menanam azam untuk memiliki sebuah kamera DSLR.Berminat, namun terpaksa disenyapkan dahulu, kerana wang yang ada mempunyai banyak kegunaan yang lebih utama berbanding memiliki DSLR.

kapal AB maritime yang saya naiki

suasana didalam kapal

Nuwaiba’ menjadi stesen kami yang seterusnyamerupakan tempat kapal kami berlabuh.Seusai solat subuh secara berjemaah di luar kabin kapal,zikir dan Al-Quraan diratib dibibir sambil menanti matahari mula menyinar.Dalam kegelapan pagi, peluang diambil untuk menjelajah setiap penjuru didalam kapal.Angin laut yang lembut dan dingin bertiup menyegarkan mata, menjadikan saya untuk tidak terus kembali ke tempat duduk yang disediakan.

Sinar matahari kian menyinar,saya dan teman2 sengkatan menuju ke tingkat atas bahagian kapal untuk menikmati pemandangan matahari terbit dari bahagian hadapan kapal.
Hening suasana pagi mesra dirasai.Nyaman.

“Masih lagi terbit dari sebelah timur…”aku bermonolog sendirian..

Dalam keasyikan mengambil rakaman video dan menangkap beberapa keping gambar bagi menyimpan pengalaman yg diperoleh, Hafiz, seorang teman semusafir menyampuk.

“Kita dh nk sampai..” sambil jari telunjuknya melunjur ke kawasan lapang yang dipenuhi kontena2 besar.

Mulut masing2 mengoyak senyuman tanda tidak sabar2 untuk turun ke bumi Anbiya’ yang diceritakan didalam Al-Quraan dalan surah Baqarah.. “Ihbitu misraaan fainnalakum ma saaltum” yang membawa maksud(( pergilah ke bumi Mesir, di sana terdapat apa yang kamu kehendaki ))..

Turut menjadi kenalan kami diatas kapal, seorang warganegara mesir. Ahmed namanya.Umurnya sekitar 30’an,seorang yang agak peramah dan mesra alam. Bertanyakan khabar dan bertaaruf  menjadi titik permulaan perbicaraan kami. Kami bersembang agak lama, dia menceritakan keadaan masyarakat mesir yang dipenuhi pelbagai ragam..pendapat mengenai isu2 semasa dikongksinya, juga pelbagai lagi topik yang menjadi perbualan kami. Tutur bicaranya kebanyakannya difahami oleh kami, berbeza dengan kebiasaan masyarakat mesir mempunyai loghat yang agak berbeza dan sukar untuk difahami.

Saya, Ahmed dan Hafiz
Pesan naqib, selaku senior di Mu’tah  “antara teknik jangka panjang penjajah mesir, memperkasakan bahasa amiyyah digunakan secara berleluasa di mesir, kuasa multak kerajaan ketika itu (sebelum thaurah  kebangkitan rakyat) mengakibatkan ramai diantara mereka yang kurang fasih untuk bertutur secara fushah, secara tidak lansung Quraan tak dapat dibaca menepati kehendak bacaan yang tepat, lantas sesetengah antara mereka meninggalkan terus Quraan dalam sehari2an mereka….”

“Teknik Yahudi laknatullah melenyapkan Quraan dari dada2 orang mukmin..”Ujarnya ringkas ketika usrah kami dijalankan. Kenyataan ini secara tidak lansung menjadi semangat motivasi buat diri yang leka ini agar belajar dan melazimi bertutur secara fushah sebagai bahasa kedua, dan bukannya bahasa arab amiyah sahaja.

Tiba di pelabuhan, masyarakat mesir berebut2 untuk turun dari kabin kapal.Suasana menjadi riuh rendah seketika, hiruk-pikuk jeritan dilepaskan bertalu-talu. Kami memberikan peluang untuk ‘tuan rumah’ menyelesaikan perebutan mereka dahulu sebelum kami turun ke pelabuhan dengan tenang. Dalam masa yang sama, Ahmed memberi isyarat kepada kami agar mengikutinya. Ada  sesuatu yang ingin ditunjukinya…


BERSAMBUNG....
siri ke 2

*  *  *  *  *  *  *  *  *

Kisah diatas diadaptasi dari kisah sebenar saya sebelum menjejakkan kaki ke bumi Mesir.. Method penulisan saya kali ini berbeza sedikit dari biasa... Lebih berkecenderungan mengikut cara travelog.. gaya ala-ala novel... sebarang salah silap diharap dapat ditegur.


*  *  *  *  *  *  *  *  *
Malaysia Hari Ini

Tidak kurang 90hari lagi Malaysia akan membubarkan Parlimen... Pengamal sistem Kapitalisme tidak berhak memimpin kerajaan. Kepentingan peribadi dicari untuk menguntungkan diri sendiri. Tidak kurang yang cakar-bercakaran dan cuba jatuh menjatuhkan sesama sendiri, berada dibawah panji Islam yang sama, mempunyai darah bangsa yang sama. Menggadaikan tuntutan syariat merupakan sesuatu pekerjaan yang dipandang hina disisi Islam.

Bertasammuh diajar didalam Islam. Kes Nurul Izzah nyaris ditumbuk dipaparkan didalam akhbar Sinar Harian 28 Feb lalu membuktikan kurangnya penekanan tasammuh didalam masyarakat kita sekarang. Rakyat tidak layak dipersalahkan didalam hal ini. Bukan salah mereka 100%.


Bahkan suasana yang dibina oleh kerajaan sendiri menjadi faktor utama kadar jenayah di Malaysia meningkat tahun demi tahun. Masyarakat hidup dengan suasana maksiat dengan kurang penekanan mengenai syariat Islam. Perkara-perkara pokok yang diabaikan menghasilkan ranting dan buah yang rosak. Isu aurat, percampuran lelaki dan perempuan tanpa segan silu, mencuri, minuman keras, rokok, dan lainnya memberikan tiket kepada masyarakat untuk bebas melakukan apa sahaja sekiranya mereka memiliki wang serta kudrat.

Bayangkan anak yang baru lahir dibesarkan didalam kepompong maksiat, diberi pendidikan oleh ibubapa yang kurang menjaga etika moral dan penghayatan islam, anak kecil yang nantinya akan besar.. dibiarkannya  keluar tanpa bertudung, berkawan rapat dengan teman yang rosak akhlaq, keluar dengan teman berbeza jantina tanpa muhrim, membawa teman lelaki / perempuan kerumah, dan seterusnya hingga berlaku pembuangan janin di merata-rata tempat. Suasana sebegini yang dibina dalam institusi keluarga. Institusi keluarga dibina melalui suasana masyarakat setempat, suasana masyarakat pula melihat kepada suasana Negara yang kurang memberi penekanan terhadap isu-isu keAgamaan ini.

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. 
Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." 
(Al-Mustadrak ala al Sahihain)

Ayuh! bangkit saudara-saudara seIslamku,
sedarlah dari lena panjangmu,
galasilah tanggungjawab membantu teman2mu,
menuju gerbang Islam, addin tuhanmu.

"2012!! All righteous Malaysians will vote, for the birth of a new Malaysia.. All virtuous Malaysians will rise, to reform Malaysia for our children, and grand children; This will be the year of Hope, for all Malaysians..." 

*  *  *  *  *  *  *  *  *


Glosari kata :-

Imtihan Nihai'e (امتهان نهائي) = Final exam
Fatrah (فتره) = Tempoh
Amiyyah (أمية) = Bahasa pasar / loghat
Thaurah (ثوراة) = Revolusi
Cuti Fassal awwal (فصل الأول) = Cuti Semester pertama
Ma'rad kutub (معرض كتب) = Pameran buku
Tasammuh (تسموه) = Bertoleransi

Khamis

Jalan Mati buat Mahasiswa...

Ingatkah kita dengan transformer..?
Autobots vs Decepticons..?

Hampir semua dari Autobots ( sejenis kehidupan yg mnyebelahi pihak manusia utk pertahankan bumi ) menyerap masuk ke dalam kenderaan2 bertayar empat ( kenderaan normal digunakan oleh manusia ) yang mampu berubah kepada robot yang luar biasa...

Manakala pasukan dari Decepticons ( kehidupan @ virus yang ingin menguasai bumi ) menyerapkan diri mereka kedalam kenderaan yang jarang digunakan oleh manusia biasa ( jet, kapal, dll ) serta alatan2 teknologi lain yang jauh lebih maju dan canggih berbanding pasukan Autobots...



Akhir2 ini, banyak fakta kes yang berkaitan dengan hak mahasiswa dicabuli n dirogol sesukahati oleh pihak2 yang tidak sepatutnya... Secara tidak lansung, universiti2 tempatan banyak melahirkan tokoh aktivis yang menyentap kesedaran kepada seluruh rakyat Mahasiswa akan kepentingan menuntut hak kebebasan dalam berakademik. Mehnah dan tribulasi kini tidak lagi menjadi igauan bagi individu yang menyarungkan gelaran mahasiswa didalam diri, bahkan ibarat makanan ruji yang sentiasa dimakan setiap hari.

Mehnah berasal dari perkataan Arab "محنه" yang membawa maksud ujian atau cabaran. Tribulasi pula berasal dari perkataan Inggeris "tribulation" yang membawa maksud kesengsaraan atau kesusahan. Tribulasi juga boleh membawa maksud ujian, cuma ia lebih berkecemderungan kearah kesusahan.


suka kiranya saya memetik sebuah fakta kes boleh dikira masih lagi "fresh" yang diiktiraf oleh pihak media berkenaan berlakunya kes ini.


*  *   *  *  *  *

Student activist charged with obstructing police 

22-year-old Universiti Malaya student activist claimed trial in the Kuala Lumpur magistrate’s court today with obstructing police officers in their duty.


NONEMohamed Bukhairy Mohamed Safian (right), a second year student at the Islamic Academy, is charged with obstruction by behaving aggressively with police officer Rohaizat Akbar Ramlie near the Ar Rahman mosque on Jalan Pantai Baharu about 11.35pm on Jan 6.

Bukhairy, who is the deputy secretary of the Universiti Malaya students council, is represented by Farhana Abd Halim.

DPP Tan Sew Peng asked for bail to be set at RM6,000, but Farhana argued that Bukhairy comes from a poor family, and that his father had passed away.

“He also has to sit for an examination paper tomorrow and next week as well, and a high bail amount will prevent his sitting for the exams,” she said.
“Bail is to secure attendance in court, not to burden the accused. Furthermore, this is his first charge,” said Farhana.

Magistrate Parvin Hameedah Natchiar set bail at RM2,000 on one surety and fixed Feb 16 for the case to be mentioned.

sumber : FreeMalaysiaKini

*  *   *  *  *  *

Resume ringkas Beliau :-

Mohamed Bukhairy Mohamed Safian
Seorang pelajar yang direman polis empat hari.
Aktivis Pro Mahasiswa
Setiausaha Majlis Pelajar Universiti Malaya
Tahun ke-dua Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya
Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 11 Jan 2012

*  *   *  *  *  *

Selusuri kronologi peristiwa sebenar yang berlaku...

Kejadian berlaku pada malam hari Jumaat 6 Januari 2012 :
- Di waktu malam yang sunyi sepi di Masjid Ar Rahman U.M, seorang anak muda bernama Bukhairy menemui abangnya untuk urusan keluarga.

- Selepas berjumpa, Bukhairy yang sedang bercakap melalui handphone tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan orang muda yang berpakaian biasa, ada yang berantai bergelang dan menunjukkan ciri-ciri yang boleh diragui. Bukhairy yang keseorangan ketika itu juga pelik apabila kumpulan tersebut datang kepadanya dan bertanya buat apa di situ.

- Gaya mereka curiga kepada Bukhairy. Bukhairy menjawab tadi baru jumpa abang. Ada masalah ke?

- Mereka terus meminta IC, dan Bukhairy Tanya anda siapa. Mereka jawab mereka polis. Bukhairy minta tunjuk kad Kuasa kerana berasa curiga takut ditipu almaklumlah kejadian orang menyamar sebagai polis bukan jarang berlaku. Mereka menunjukkan kad kuasa tidak sampai 3 saat dalam keadaan gelap. Sudah pasti kita juga susah mempercayai dan kurang jelas dengan bukti kad kuasa yang mereka tunjuk.

- Bukhairy masih bersangka baik dan memberikan IC kepada mereka. Kemudian mereka minta pula nak periksa beg yang ada pada bukhairy, ini menambah rasa curiga dihatinya. Sudah diberi kepak dia nak peha. Korang siapa dan nak apa sebenarnya. Bukhairy bersuara.

- Jangan banyak Tanya, bagi kerjasama itu jawapan balasnya. Bukhairy tunjukkan barang-barang yang ada dalam begnya, ini hp, ini dompet, ini kertas-kertas, ini charger. Bukhairy tunjukkan satu persatu-persatu barang yang ada. Dalam hatinya mula berbicara, dalam beg tu ada hp blackberry, ada dompet dalamnya Rm200, kena pow ni mati aku. Kemudian mereka minta nak check lagi dan mereka yang ingin buat sendiri. Kali ini rasa curiga Bukhairy di tahap maksima.

- Bukhairy Tanya lagi nak apa dan kenapa sebenarnya, korang ni mesti menipu ni.. Mereka berang, dan mula meninggikan suara, lu jangan kurang ajar ye..Lu jangan banyak Tanya. Kalau itu bahasa yang mereka guna. Bukhairy juga boleh juga. Lu nak apa, lu kacau yang gua lu nak bising. Gua dah tunjuk dan beri ape yg lu nak. Lu nak ape Lagi. Tak sampai tahap Kl Gangster lagi bunyinya. Budak ni dah lebih, memang kurang ajar.

- Bukhairy balas, Sape yg kurang ajar sekarang. Mereka mula memegang kolar bukhairy seakan mengugut tak puas hati. Bukhairy mula berfikir. Mereka ramai. Dalam 5 orang. Dia seorang. Kalau gaduh, lunyai dia dibuatnya. Rasa marah mula terasa. Kenapa perlu touch kalau tak berpuas hati, kata polis kan. Bukhairy mula membalas pertahankan diri. Sekarang korang nak apa. Nak check boleh jom pergi pondok pengawal, sana tempat cerah, lagi selamat.

- Mereka buat tak tahu, dan terus meninggikan suara. Bukhairy naik syeikh, Nak gaduh ke apa. Kalau nak gaduh masukla. Ketika itulah yang dikatakan Bukhairy bertindak agresif. Agresif kepada orang yang tak tahu status sebenarnya. Yang serang tiba-tiba. Selepas cuba pertahankan diri. Bukhairy bergerak perlahan-perlahan menjauhkan diri. Lalu lari ke pondok pengawal menyelamatkan diri.

- Belum sampai ke destinasi, 3 orang lelaki muncul tiba-tiba lalu menghempuk bahu bukhairy dengan helmet, lalu Bukhairy jatuh rebah ke bumi. Tangannya terus digari. Syahid dihubunginya menyatakan situasi. Selang beberapa minit, kereta polis membawanya pergi ke balai polis pantai. Memberi keterangan.


Hari Sabtu pada tarikh 7 Januari 2012 :

- Berita penangkapan Bukhairy mula diketahui sahabat-sahabat. Bukhairy dibawa pula ke Balai polis bukit jalil. Urine test dijalankan. Sangkaan pihak polis meleset, ujiannya negative. Mungkin diorg sangka Bukhairy itu ambil dadah. Kemudian dia Tanya pada pegawai polis, dah selesai ke. Polis menjawab, cerita kat lokap. Terkejut Bukhairy dibuatnya. Tidur lokap dia malam ni. Tahanan reman selama 4 hari dikeluarkan. Jenayah apa yang dia lakukan, besar sangat ke.

- Ahli keluarganya tidak mengetahui situasi yang berlaku. Sahabat-sahabatnya juga tak tahu apa yang berlaku pada bukhairy. Dalam keadaan selamat ke ape ke. Bukhairy kata ada polis Tanya dia mengenai alam kampus bukhairy, 901 satu ni join ke. Perkara-perkara yang tak berkaitan dengan penangkapannya. Sangat pelik. Malam itu bukhairy sempat berkenalan dengan rakan-rakan selokap. Ada yang sebab merogol, ada yang sebab dadah samun dan sebagainya. Bukhairy cuba menyuntik semangat dakwah dan tujuan hidup di dunia kepada mereka semua.

- Keesokan harinya, sahabat-sahabatnya mula menunjukkan semangat setiakawan, hampir 50 orang berkumpul di balai polis pantai menanyakan situasi yang berlaku. Cuba menghubungi polis yang bertugas tidak dapat, katanya bercuti. Sangat pelik. 4 hari direman beerti tidak boleh diikat jamin dan dibawa keluar.

- Musim exam sedang berlangsung, silap-silap boleh burn papernya gara-gara dilokapkan. Peguamnya dilantik dan memaksa polis untuk keluarkan bukhairy dari lokap. Dia tu nak exam, fahamlah sikit. Katanya bukhairi didakwa di bawah seksyen 186 sebab tak beri kerjasama pada polis. Tak bagi kerjasama pada “polis” macam tu pun dikenakan hukuman sebegitu rupa. Ape benda tu. Pihak polis akur, hari berikutnya polis akan bebaskan Bukhairy. Jam 3 pm katanya.


Hari ketiga (Ahad bersamaan 8 Januari 2012) :

- Seawal jam 3 Pm sahabat-sahabat bukhairy menanti penuh gembira di balai polis Petaling setelah Bukhairy dipindahkan dari Balai polis bukit Jalil. Jam 3, masih belum dibebaskan, jam 4 pon masih belum, jam5 pon masih belum. Hampir Jam 6 baru dilepaskan setelah dibayar bil. Inikah yang dikatakan “mesra cepat dan betul”.

- Kata jam 3 keluar hampir jam 6. Sangat beretika. Bukhairy bebas dan membuat post di FB. Alhamdulillah dapat tengok dunia katanya. Keesokannya Bukhairy dan sahabat-sahabat lain menduduki peperiksaan. Setelah itu Bukhairy mendapat panggilan katanya akan ada sebutan kes di mahkamah. ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan ditengahari. Tarikh sebutan yang dibuat oleh pihak polis tersebut bertembung dengan tarikh paper seterusnya.

- Alhamdulillah ditunda perbicaraan tersebut. Dapat juga ambil exam. Tetapi hanya ditunda bukan dimansuhkan. Pada 11 januari sebutan kes di Mahkamah Jalan Duta akan diadakan, tempat bersejarah buat Anwar yang dibebaskan dari tuduhan meliwat.

Hari Rabu bersamaan 11 Januari 2012 :




- Kes Bukhairy dijadualkan pada 8.30 pagi, seawal itu bukhairy pergi sambil ditemani sahabat-sahabatnya. Menanti terus menanti akhirnya bermula jam 12 tgh. Sangat tepat pada waktunya kan. Bacaan kes pertama mengenai merompak, kedua juga merompak dan ketiga baru kes bukhairy yang hanya tidak memberi kerjasama dan bertindak agresif kepada pihak polis.

- Peguam bela cuba menyatakan kepada puan hakim bahawa Bukhairy ini student , anak yatim, pelajar yang baik dan mengatakan jaminan adalah beerti OKT perlu datang pada hari perbicaraan, Bukhairy masih student dan ada kuliah-kuliah yang perlu beliau hadir, jadi tak mungkin dia akan melarikan diri. Lalu peguam meminta hanya dikenakan Rm500 daripada Rm6000.

- Sejurus Peguam selesai bercakap, Hakim memberitahu wang jaminan sebanyak Rm2000 dan sebutan kes pada 16 Februari. Keputusan tersebut sangat mengejutkan. Apa boleh buat kena akurlah. Abanng kepada Bukhairy cuba bertanya kepada yang menguruskan fail-fail Orang kena tuduh. Cuba minta dikurangkan tak boleh, aku menambah apa salahnya sampai begitu sekali.

- Jawabnya mudah, mengaku jer bersalah, nanti dapat lepas dengan amaran sahaja. Aku balas, dah tak bersalah nak mengaku macammana. Tak kisahla salah atau tak, ini untuk memudahkan. Lagipun memang dia bersalah bertindak agresif. Aku bertanya lagi, akak tahu ke apa yang berlaku. Dia kata dia tahu melalui laporan yang ada. Aku balas, itu atas kertas. Sekarang saya tanya perkara yang betul-betul berlaku. Saya rasa kalau kita ditempat Bukhairy pon kita akan bertindak begitu entah-entah lagi teruk kak. Akak balas itu terpulang pada korang nak wat camna. Akak cadangkan jer.

- Setelah bincang-bincang dengan Bukhairy. Kita ada peguam yang boleh fight kes ni. Buat apa nak mengaku bersalah sedangkan tak bersalah walaupun ia akan memudahkan. Wang jaminan tersebut perlu diselesaikan pada waktu itu juga untuk bebaskan Bukhairy, habis Rm1000 bukhairy digunakan dan Syahid menggunakan Rm1000nya lagi untuk mengikat jamin. Untuk urusan itu, mengambil masa yang sangat lama.

- Jam 4 petang tadi (11 Januari 2012) baru selesai.

- Kemudian pulang dengan penuh terkilan dengan apa yang berlaku. Sampai begitu sekali mereka buat pada kita. Bukhairy berkata, jadi baik susah, jadi jahat pon susah, Habis tu nak jadi apa. Tengoklah nanti, Allah pasti balas apa yang terjadi. – GZDaily (akhbar maya Mahasiswa)

*  *   *  *  *  *
Pelik bukan..? 
Beliau ditahan atas syeksyen 186 diatas tuduhan tidak memberi kerjasama kepada pihak polis..? sedangkan beliau sudah memberikan sepenuh kerjasama malah mencadangkan agar dipindahkan penggeledahan ketempat yang lebih cerah agar memudahkan dirinya utk memberi kerjasama.

Secara umumnya media masing2 memberikan penulisan kefahaman mengikut sudut pandang yang tidak sama... Kemungkinan ini akan mengundang daya faham pembaca berbeza...
"orang awam dan pelajar tidak boleh ditakutkan oleh polis.."
- Peguam Farhana Abdul Halim -

Teringat akan sebuah hadith Nabi.. mafhummnya ( salah mohon ditegur ) :

" Jihad yang terlebih besar adalah menegakkan 
keadilan dihadapan pemerintah yang zalim.. "

Kalau polis rempuh/belasah pelajar, itu dikatakan hak mereka. Kalau pelajar membantah perlakuan polis terhadap mereka, itu dinamakan menghalang tugas polis. Itulah gambaran kepada kezaliman... takrifam umum ulama', Meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Terngiang2 lagu "Sunnah Orang Berjuang" didalam pemikiran, dianalogikan pihak yang memperjuangkan kebenaran lazimnya akan melalui jalan yang sukar, manakala dengan melalui jalan yang senang kebiasaannya akan menghadapi masaalah di akhir penghujung perjalanan.

Ibarat transformer, pihak Autobots ( golongan menjaga bumi ) menghadapi kesukaran kerana pihak musuh Decepticons  ( ingin menguasai bumi dan menghapuskan seluruh manusia ) mempunyai kekuatan tenaga yang jauh lebih canggih & berintelek berbanding pihak yang memperjuangkan kebenaran. Mereka mempunyai kuasa. Golongan zalim dikurniakan pengaruh yang kuat. Keanggotaan yang ramai. Kemajuan yang mampu meremehkan golongan kebenaran. Namun, dek keIkhlasan pihak kebenaran mempertahankan bumi demi ingin melihat masa depan penduduk bumi yang cerah. Terjahan demi terjahan, Taluan serangan dihumban, demi mencapai maslahah yang lebih umum... diri sanggup terkorban..

Pertahankan keADILan,

Hapuskan keZALIMan,
Waqafkan diri wahai INSAN,

Ke Medan tempur menentang keBATILan,

Jangan Cabar Hak Mahasiswa..
Islam Will Conquer..











tintaelfarisi
1:30pm
bayt syuhada'
Universiti Of Mutah, Jordan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...